"Johor ni besar, tapi tempat mana yang menarik untuk habiskan cuti?"

Kalau kita merancang untuk bercuti di Johor, mesti akan alami dilema di atas.
Berbeza dengan Melaka yang kecil comel tapi padat dengan tempat menarik untuk melancong.
Jadi kena rancang betul betul lokasi percutian yang di pilih di Johor (JDT).
Tempat menarik di Johor Waktu Malam & Siang? Wah, Cantiknya!
Di bawah ini, Ibu sediakan tempat best untuk di dilawati di Johor pada waktu siang & malam.Supaya mudah untuk rancang cuti makan angin kita. Kita mulakan dengan tempat menarik di waktu malam.
Tempat Menarik Di Johor Waktu Malam!
Sebelum ini Ibu ada sediakan senarai yang sama untuk negeri Melaka & Selangor. Boleh rujuk untuk kemudahan di kemudian hari.
Waktu malam, kebanyakan pusat tarikan pelancong di Johor tidak di buka.
Jadi manfaatkan sebaiknya waktu siang kita di sana.
_________________
_________________
_________________
_________________
_________________
_________________
_________________
_________________
Waktu malam, kebanyakan pusat tarikan pelancong di Johor tidak di buka.
Jadi manfaatkan sebaiknya waktu siang kita di sana.
![]() |
Imej: Gaigai.com.my |
Zoo Johor
Kalau di Selangor & KL mesti pergi Zoo negara kan, orang johor ada zoo sendiri.
Zoo yang telah di buka pada tahun 1928 menempatkan banyak haiwan liar dalam habitat terkawal.
Zoo yang telah di buka pada tahun 1928 menempatkan banyak haiwan liar dalam habitat terkawal.
Saiz zoo ini memang kecil, tapi sangat berbaloi.
Harga tiket memang murah & berpatutan. Boleh bawa anak anak melihat sendiri haiwan sebenar.
_________________
Alamat Zoo Johor untuk rujukan anda.
_________________
Alamat: Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Telefon: 07-223 0404
_________________
Review pengunjung lepas.
_________________
4.0 dari 5.0 bintang dari 1,381 ulasan di Google.
Bila datang sini teringat pula pada taman haiwan di Shah Alam. Taman botani negara yang harga tiketnya murah dan mesra keluarga.
Tips 1 - Penting untuk kita merancang sebaiknya perjalanan sebelum berjalan jalan ke Johor. Pastikan kita bandingkan harga sebelum tempah tiket flight & booking hotel Johor Bahru. Tak kisahlah yang 5 star atau yang murah & tempat makan sedap berhampiran. Masa disana sangat terhad, usah dibazirkan.
Dataran Mahkota
Bangunan kerajaan Johor yang di jaga dengan baik. Menjadi pusat tumpuan pelancong & rekreasi warga johor.
Terutama sekali di waktu malam.
Tempat ini akan meriah dengan pengunjung. Memang cantik untuk ambil gambar.
_________________
Alamat untuk rujukan anda.
_________________
Tempat tarikan pelancong di Iskandar Puteri, Malaysia
Alamat: Lebuhraya Sultan Iskandar, Puteri Harbour, 79100 Nusajaya, Johor
_________________
Review pengunjung lepas.
4.1 dari 5 bintang berdasarkan 149 ulasan di Google.
Kawasan dataran mahkota ini di penuhi dengan tumbuhan hijau yang cantik. Tempat yang bagus untuk joging dan keluarkan peluh.
Boleh dikatakan tempat ini selalu menjadi pilihan untuk acara di lakukan. Contohnya acara larian untuk keamaanan dan ekspo anjuran badan kerajaan.
_________________
4.1 dari 5 bintang berdasarkan 149 ulasan di Google.
Kawasan dataran mahkota ini di penuhi dengan tumbuhan hijau yang cantik. Tempat yang bagus untuk joging dan keluarkan peluh.
Boleh dikatakan tempat ini selalu menjadi pilihan untuk acara di lakukan. Contohnya acara larian untuk keamaanan dan ekspo anjuran badan kerajaan.
_________________
Tips 2 - Baca review terkini di internet sebelum melawat ke tempat best di negeri Johor. Ini akan berikan kita gambaran jika tempat tersebut berbaloi dikunjungi. Jangan terburu buru beli tiket flight online & booking hotel di Johor sebelum meluangkan masa membuat kajian. Pasti trip anda akan mendapat rating 5 star dengan perancangan yang rapi.
Taman Negara Pulau Kukup
Bagi mereka yang sukakan kehijauan dan suasana yang tenang seperti Ibu, tempat ini sangat sesuai dengan anda.
Elok datang pagi sebab suasana lebih sejuk & redup. Tak lah berminyak sangat muka tu walau dah pakai pencuci.
Elok datang pagi sebab suasana lebih sejuk & redup. Tak lah berminyak sangat muka tu walau dah pakai pencuci.
Taman Negara Pulau Kukup ialah sebuah taman negara hutan paya bakau yang terletak di Pulau Kukup, Pontian, Malaysia.
Ia telah diwartakan pada 27 Mac 1999 dan dibuka kepada para pengunjung pada Julai 2003.
Saiz pulau ini tidak besar, dan untuk datang ke sini perlu menaiki bot yang boleh di sewa pada harga berpatutan. Di Langkawi juga ada tempat melawat paya bakau macam ni.
_________________
Alamat untuk rujukan anda.
_________________
Alamat: 82300, Johor
Waktu lawatan pulau kukup ialah dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Telefon: 07-696 9355
_________________
Review pengunjung lepas.
Pulau Kukup telah mendapat mata purata 4.0 dari 5.0 bintang berdasarkan 224 ulasan pelawat yang di tinggalkan di google.
Taman negara ini kebanyakannya adalah hutan paya bakau yang menjadi tempat perlindungan dan habitat semulajadi untuk burung burung.
Kalau kita nak menikmati permandangan keseluruhan pulau, boleh gunakan menara peninjau yang mempunyai ketinggian 30 meter.
Permandangan yang memang berbaloi untuk di tatap.
_________________Hutan Lipur Gunung Pulai
Satu lagi kawasan riadah di alam semulajadi yang masih terpelihara di Johor. Ada air terjun yang cantik di sini untuk mandi manda.
Airnya bersih & jernih. Memang puas hati dapat mandi manda dalam air terjun yang sejuk.
Tasik berwarna biru yang terdapat di sini memang lawa. Nak jungle treking di sini dan berkelah dengan keluarga memang terbaik.
_________________
Alamat untuk rujukan anda.
_________________
Alamat: Kulai, Johor
Waktu lawatan: Hutan rekreasi gunung pulai di buka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Tutup pada hari isnin.
Telefon: 011-1756 6284
Review pengunjung lepas.
_________________
4.1 dari 5.0 bintang daripada 554 pengunjung hutan rekreasi ini yang bermurah hati meninggalkan review di Google.
Agak memenatkan untuk berjalan kaki di trek jungle treking yang di sediakan di kawasan gunung pulai. Jadi kenalah makan makanan yang sihat & selalu minum susu.
Tapi ganjarannya kita dapat mandi di air terjun yang cantik.
Legoland Malaysia
Salah satu taman tema tersohor di Malaysia. Masakan tidak, kempren promosi banyak di jalan terutama semasa cuti sekolah.
Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan.
Banyak mainan di dalam legoland untuk kanak kanak berusia 5 tahun ke atas, jadi buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil mungkin agak ralat sebab tak dapat cuba permainan ini.
_________________
Alamat untuk rujukan anda.
_________________
Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor
Telefon: 07-597 8888
_________________
Review pengunjung lepas.
4.3 dari 5.0 bintang oleh 5,690 pengunjung yang memberikan ulasan di google.
Oleh kerana taman tema ini sangatlah besar, elok datang awal pagi supaya dapat cuba semua permainan.
Sebab, dari respon pengunjung, tak sempat nak main semua. Ramai yang kata water park dia kurang berbaloi. Lebih menarik pergi theme park.
_________________![]() |
Imej: Tourism.johor.my |
Austin Heights Water & Adventure Park
Cuaca panas memang sesuai mandi manda. Kita boleh pilih nak mandi manda sambil menikmati alam semulajadi dengan pergi ke pantai atau air terjun.
Ataupun kalau nak ke taman tema air. Kalau di Shah Alam ada wet world, di JB pula ada taman tema air austin heights.
Datang awal pagi sebab cuaca tak panas terik. Nak mandi lama pun lebih rileks. Ramai pengunjung sebab taman air ni bersih.
Tempat ni tak ramai sangat pengunjung, jadi nak main permainan yang ada tak perlu tunggu beratur lama lama.
_________________
Alamat untuk rujukan anda.
_________________
Alamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu lawatan taman tema air Austin Heights: Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Telefon: 019-716 3183
_________________
Review pengunjung lepas.
_________________
386 pengunjung taman teman ini telah meninggalkan ulasan di Google dan memberikan mata purata 3.9 dari 5.0 bintang.
Kemudahan dan permainan yang di sediakan dalam keadaan baik, cuma harga tiket masuk agak mahal.
Zoom Park Johor.
Anda sukakan aktiviti lasak? Tak boleh duduk diam? Ibu galakkan untuk datang ke sini. Mesti akan banyak banyak lemak dan keluar peluh.
Kita boleh melompat dengan riang gembira dan jatuh di atas lantai lembut. Pengalaman berbeza untuk habiskan cuti hujung minggu bersama keluarga di Zoom Park Johor.
_________________
Alamat untuk rujukan anda.
_________________
Alamat: 9 & 11, Jalan Kencana Emas 2/3, Kawasan Perindustrian Tebrau 3, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu perniagaan Zoom Park Johor: Taman ini di buka setiap hari. Hari bekerja di buka dari jam 1 petang hingga 10 malam.
Hujung minggu buka dari 10 pagi sampai 10 malam.
Telefon: 07-351 7219
_________________
Review pengunjung lepas.
_________________
Tempat yang seronok untuk habiskan masa melompat. Trampolin gergasi untuk kita melompat sesuka hati dan melakukan aksi akrobatik.
Pengunjung zoom park telah memberikan mata terkumpul 4.7 dari 5 bintang berdasarkan 6 ulasan di Google. (Belum ramai yang beri review setakat ni)
Kilang Bateri
Nak beli belah boleh singgah ke sini. Kedai makan banyak & boleh pilih ikut selera sendiri. Nak makan burger, kambing & apa apa, insyaallah ada.
Pusat membeli belah hipster ini di bina dari bekas kilang bateri.
Nak solat senang sebab surau di sediakan. Parking pun banyak. Harga barang kena pandai survey sebab kedai banyak.
Kalau datang siang memang panas. Ibu galakkan datang bila cuaca dah redup sikit. Malam lebih baik.
_________________
Alamat untuk rujukan anda.
_________________
Alamat: No, 83, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru.
Waktu perniagaan: Pusat membeli belah ini di buka dari jam 3 petang hingga 12 malam setiap hari.
Telefon: 07-232 5121
_________________
Review pengunjung lepas.
3.8 dari 4.0 bintang di berikan dari 434 pelawat kilang bateri. Mata terkumpul ini dari ulasan di dapati di google.
Tempat orang muda hipster lepak dan makan makan.
_________________
3.8 dari 4.0 bintang di berikan dari 434 pelawat kilang bateri. Mata terkumpul ini dari ulasan di dapati di google.
Tempat orang muda hipster lepak dan makan makan.
_________________
Terima kasih kerana singgah ke mari. Senarai tempat menarik di johor ini akan Ibu kemaskini jika ada lokasi yang best.