Masbro Village Homestay Melaka 2023! Wah Cantiknya.

Masbro village homestay


Assalamualaikum Wrmbth, Sebelum ni Ibu ada kongsi tentang senarai homestay melaka yang menarik untuk penginapan keluarga semasa bercuti.

Dalam banyak banyak tu, ada 1 yang bersinar lebih terang berbanding yang lain.

Umpama bulan purnama di kelilingi bintang bintang di langit malam.


Ibu cukup tertarik dengan Masbro village homestay.

Mujurlah kami dah pun booking hotel di Amverton Melaka, kalau tidak mungkin kami menginap disini cuti sekolah bulan 3.


Kelebihan Menginap di Masbro Homestay Melaka?



Dari pembacaan yang Ibu baca mengenai review Masbro village, rata rata pelawat memang berpuas hati. Ini kerana
  1. Suasana menarik untuk makan angin, terutama waktu malam.
  2. Layanan yang baik disana, ini pun penting sebab tak guna pergi bercuti tapi semua orang muka ketat kan?
Orang kata, suasana di sini ada persamaan dengan sebuah pantai di Australia. Brighton beaches. Dibawah ini Ibu kongsikan gambarnya.

Apa persamaan yang kita boleh nampak?

Brighton beach australia dan masbro village

persamaan masbro village homestay dengan australia

Kedua duanya di bawah langit yang sama, warna rumahnya terang benderang.

Kalau di Australia tempat ni di tepi pantai, di Masbro pula depan homestay ni ada swimming pool. Cantik memang cantik.

Tapi ada swimming pool depan rumah ni ada risiko tersendiri, terutama untuk anak anak kecil lemas. Hati hati ya.

Di bawah ini Ibu sertakan beberapa maklumat untuk rujukan kita semua, mana tahu nak singgah kesini selepas ini kan.

Masbro Village ini terletak tujuh kilometer daripada bandaraya bersejarah Melaka. Nama Masbro Village ini merupakan gabungan nama adik beradik pemilik homestay ini.

Dan pengurusnya, En Mazlan menguruskan Masbro Village sebagai sebuah perniagaan keluarga. Bagusnya, Ibu pun teringin anak anak kami belajar berniaga bersama sama.

Dan tolong menolong membangunkan perniagaan.

Susah tahu berniaga ni kalau tiada sokongan keluarga & orang yang tak memahami.


Memang banyak tempat menarik di Melaka seperti dalam video dibawah. Tekan butang play untuk tonton.

.

.

Apa yang menarik di Masbro Village, Homestay melaka yang pernah viral?



Setelah penat berjalan jalan di sekitar Melaka, kita akan pulang ke bilik hotel & penginapan kita kan?

Jika kebiasaannya, kita pulang ke bilik hotel & tidur saja di bilik, apa kata anda jika kita naikkan tahap percutian ini ke tahap berbeza dengan menjadikan tempat penginapan kita juga lokasi lawatan yang menarik.


rupa masbro village dari udara

Serius Ibu kata ni.

Contohnya, salah satu tempat menarik di Melaka adalah rumah terbalik di Kota Laksamana. Pergi sana mesti nak tangkap gambar kan di tapak warisan dunia diperakui UNESCO?

Menginap di Masbro village umpama tinggal di kawasan tarikan pelancong, depan pintu ada swimming pool.

Dan buat kaki gambar, setiap bahagian luar di sini berwarna-warni dengan senibina rumah berbentuk tiga segi.

Dan nampak canti, terutama di bawah sinaran lampu yang terang benderang. Rasa macam rugi nak tidur awal kalau menginap disini kan.

Kalau boleh buat barbeque mesti seronok. Tapi tak tahulah boleh atau tidak.

Sama ada fasiliti / kemudahan untuk bakar bbq.

Hiasan landskap disini yang mudah & kemas akan membuatkan kita terasa seperti berada di luar negara. 

Hiasan dalaman tidak kalah dengan hotel 3 bintang, luas dan bersih dengan susunan yang menarik. 

Sekiranya anda ingin duduk di homestay dengan suasana hotel 5 bintang, kami galakkan anda klik video di bawah sekarang!




Berapa Harga Masbro Village Homestay Untuk 1 Hari 1 Malam?

ada kafe dan tempat makan untuk pengunjung

Cantik cantik tempat ni, mesti mahal harga sewanya kan? Bagi sebuah rumah yang boleh menempatkan 6 orang, harga untuk sewa penginapan 1 malam adalah RM280 pada Jan 2018.

Itu kira murah kalau bahagi perkepala.

Dah lah depan rumah ada swimming pool kan, kalau dah boring nak mandi di tepi pantai pada siang hari atau pergi taman rama rama, boleh berenang santai santai dengan anak anak dan keluarga depan rumah.

Terbaik tu.

Anak anak Ibu mesti suka sebab mudah tak perlu pergi mana mana.

Pada awal pembukaan Masbro village, harga promosi adalah RM250. Perbezaan hanya RM30. Ok sangat lah tu.

Bagi ibu bapa & rakan rakan yang ingin menginap disini, Ibu sarankan untuk tempah lebih awal.

Confirm penuh awal sebab ramai orang cari di internet.

Memang viral di Fb tempoh hari.

Jadi ramai yang nak cuba.


Kemudahan di Setiap Unit Masbro Village!

Setiap unit homestay di sini menyediakan kemudahan seperti:
  1. Ketuhar
  2. Peti ais (Boleh simpan makanan mudah rosak seperti susu. Ibu menyusu anak boleh simpan susu EBM dalam ni.)
  3. Katil
  4. Penghawa dingin 
  5. Pemanas air di bilik air
Keselamatan temapat ini terjamin kerana kawasan ini berpagar.

Bagaimana menghubungi Masbro Village untuk tempahan?

Lokasi : Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka.
No Telefon : 013 3136872
Masbrovillage.com
Google Map : 



Semasa tempahan masuk dan check in, kita perlu bayar deposit RM100 dan duit ini akan dipulangkan kepada kita semasa check out sekiranya tiada apa apa kerosakan yang berlaku.


Apa review dari pelanggan Masbro Village Melaka?

Ibu suka baca review pelanggan lepas sebelum menginap di sesuatu kediaman, terutama sekali komen terkini.

Dari sini kita boleh tahu baik dan buruk sesuatu tempat.

Maklumlah kan, sekarang ni banyak review berbayar yang kurang telus & berat sebelah. Tak boleh nak salahkan sepenuhnya.

Kempen pemasaran memang kena buat, tapi jangan sampai menipu.

Bila kita jalan jalan dengan keluarga ni, duit dah keluar banyak. Jadi memang nak kenangan manis saja.

Dari tinjauan yang Ibu lakukan di google pada 26 Jan 2018, ini jumlah review terkumpul.


review masbro village homestay

Dah ada 156 review bertulis dengan jumlah bintang terkumpul sebanyak 3.6 dari 5. Atau 72% daripada 100.

Kategori sederhana.

Review bercampur aduk sama ada memuaskan dan berpuas hati dan sederhana.

Antara review di Google tentang Masbro homestay melaka adalah seperti berikut





1. Review oleh Nora_ila@gmail.com Nora, Oct 2017. 4 Bintang

My opinion this place is good and plus much convenience for us or family to going out and find the best place for eat. We stay here is so calm. So anyone need a vacation but good environment this is the best. But in future mybe the management need to put a bigger signboard so we could see from far and part of marketing also.


2. Muhammad Zulhazim Jan 2018, 1 Bintang

Service is quite bad.. broken water pipes and also we need to put the pillow cover on by ourselves. Please improve your maintenance service to attract more visitors.


3. H Mohamad, Oct 2017. 4 Bintang

The  chalets are just so attractive, clean, neat and tidy. Wonderful shower and airconditioning. A small swimming pool. Just a short distance from Melaka city centre. On the ground floor there is a double bed, toilet and shower, small kitchenette and tv and dining area and the 1st floor there are 2 double beds, toilet and shower. Covenient for a small family or a group of friends on a budget. Accessible from the main road with a small parking area at the back of the chalets.


4. Abe Chik, Oct 2017. 4 Bintang

When i sent pics and told my friend im at overseas they believed it. Hahaahhaha. This place is unique and peaceful. I dont mind bout' service as long as they provided towel. Hihihii. Room is almost fully furnished with low price. There is no other place like this in Malacca.

Di bawah ini pula review yang Ibu dapat daripada Tripadvisor.com


Review masbro village di tripadvisor

Markah review terkumpul untuk Masbro village di trip advisor 3 dari 5 bintang. Dan cuma ada 9 review saja setakat ini.

Pada Ibu, review ini tak terpakai sangat sebab kuantiti yang mengomen tu tak ramai.

Dan 1 dari 9 yang memberi review di Tripadvisor ni, ini yang paling teruk reviewnya. Katanya pernah kerja dalam industri perhotelan.


review trip advisor masbro

Seronok baca review orang ni sebab kita boleh tahu serba serbi baik buruk tempat tu.
Review masbro village homestay

Apa yang penting, pihak poengurusan Masbro Village pun patut ambil tindakan segera untuk jaga nama baik homestay mereka.

Sebab ini kan perniagaan keluarga, kalau maju boleh wariskan pada anak anak.

Tapi kalau nama buruk dah terjejas, nanti jadi macam Proton. Orang nak sokong pun dah serik sebab masa awal awal keluar dulu semua orang sokong atas dasar patriotik.

Sekarang ni masih bergelut dengan kerugian saban tahun.

Momentum di awal operasi dah ada yang baik, siap viral lagi di media sosial. Nak jaga momentum tu lagi payah sebenarnya.


Masbro Village Homestay Sesuai Untuk Apa?




Dari gambar gambar yang berlegar legar di ruang maya internet, ramai juga orang tempah untuk aktiviti family day untuk keluarga.

Ada syarikat tempat untuk buat event company.

Menarik tu.














Video dari pengunjung Masbro


Kesimpulan tentang Masbro Village Homestay Melaka!




Keseluruhannya, pada pendapat Ibu nak pergi melancong elok elakkan masa puncak iaitu cuti sekolah.

Sebab masa ini pelanggan ramai sangat, sebab itu akan ada review yang tak bagus masa puncak ni. Dan ibu perhatikan, review yang teruk (1 bintang) berlaku pada musim cuti sekolah.

Dalam kes terbaru pada Dis 2017.

Tapi Review pada bulan lain, bulan oktober 2017 comtohnya memuaskan. 4 Bintang.

Macam langit dan bumi kan.

Sebab itu, Ibu memang suka pergi bercuti di luar musim cuti sekolah.

Sebabnya

  1. Orang tak ramai, rasa privasi sikit.
  2. Biasanya harga lebih murah terutama kalau weekdays. Tak percaya cuba survey.
Cuma kena pandai mengurus cuti lah kan.

Kerja kuat sepanjang tahun untuk bercuti puas puas, kita usaha Allah swt yang menentukan.

Jumpa lagi di lain masa.


21 Ulasan

Ulasan

ajumohit berkata…
menarik juga tempat ni, kalau tengok rate harga pun berbaloi dengan kemudahannya
Mazni Azmi berkata…
Sekarang ni trend untuk orang kita melawat tempat tempat unik dan aneh aneh.

Rumah terbalik, sekarang ni rumah 3 segi.

Melaka memang banyak tempat macam ni untuk lawatan keluarga semasa bercuti. Walaupun kecil tapi berbaloi pergi.

Dari segi keselesaan pergi bercuti, memang maznee suka sewa homestay saja.

Sebab senang nak masak dan baring baring, tak perlu formal sangat pun kan
Wani SK berkata…
wow memang dah lama dah orang dok cerita pasal homestay ni.. tengok sekali macam dok kat overseas hiii
Nadhie Wueen berkata…
Memang bersinar sungguh homestay ni ibu zahid. hihi. tapi lebih mahal dari yang lain. itu hari hanya mampu duduk dekat yang biasa je. tp yang ni sesekali boleh je pergi kan. hihi
mamapp berkata…
Cantiknya masbro. Antara wishlist mama.ni
Ibu Syurga berkata…
Apa lagi wani, kena singgah melaka masa cuti sekolah. Nak torai tinggal di masbro homestay bersama keluarga.
Ibu Syurga berkata…
Pergi bersama keluarga memang seronok dan semestinya mesra bajet tinggal di homestay.

Melaka memang banyak homestay yang kita boleh pilih. Dari yang murah kepada yang mahal.

Tapi masih lagi murah dari tinggal hotel kan.
Ibu Syurga berkata…
Ibu pun memang suka tinggal homestay kalau pergi dengan anak anak.

Kalau pergi honeymoon berdua lain lah.

Pergi dengan anak, berlari sana sini dalam bilik hotel risau jugak.
Ibu Syurga berkata…
Bersinar juga mata nak bayar, hehe. Harga homestay ni mahal tapi dapat mandi swimming pool depan homestay anak anak mesti suka.

Dah jimat tempat lain. Berbaloi sangat tu.
Ibu Syurga berkata…
Mama pp memang rajin berjalan jalan di melaka kan.

Nanti dah pergi boleh kongsi review. Ibu pun masuk wish list juga.
mamapp berkata…
Haah ibu.. sebab mama selalu balik muo kampung mama. So jalan2 melaka lah yg paling dekat hihii
Mazni Azmi berkata…
Sedapnya makan mee bandung muar 😍
Mazni Azmi berkata…
Kena tempah homestay ni awal awal. Nama tengah hot, semua nak cuba.
Mazni Azmi berkata…
Terutama kalau hotel tu tinggi kan, risau juga duduk balkoni.
Mazni Azmi berkata…
Nak yang ada swimming pool pun ada, asalkan ada duit.
Mimie berkata…
Lor ada dekat Alor Gajah rupanya homestay ni.tak tahu pun.sekali sekala bila nak balik Melaka boleh ajak suami menginap dekat sini.nampak cantik dan menarik tempatnya
Hans Hanis berkata…
wah baru tahu ada dekat alor gajah
lawa lak tu
Zafirah Kama berkata…
Ishh ! cantiknya tempat ni.. in sha allah.. ada rezeki lagi nak ke Melaka, nak bawak parents stay sini
Mama Hakim berkata…
Homestay senang nak masak, pergi dengan keluarga memang patut duduk homestay je.

Duduk hotel mahal sangat
Ana Suhana berkata…
Salah satu tempat utk bermalam yg ana nak sangat pergi. Tp nak kena pergi masa bukan cuti umum dan cuti sek. Selalu org tak ramai dan selesa lah sikit.
Unknown berkata…
Alhamdulillah..percutian yg x dirancang..19-21/1/2019 berkesempatan ke Masbro Village bersama keluarga dan sahabat..Mmg sgt menarik dan memuaskan..saya bg 4.5 bintang✌️