Umai Cafe Putrajaya 2019! Makan sedap di tepi tasik.

Umai cafe putrajaya tempat makan menarik best
Kedai makan besti di Putrajaya. Umai Cafe.

Pernah pergi Putrajaya? Tempat yang cantik dan mempunyai senireka bangunan yang indah ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang tinggal di hotel & homestay.

Tapi, sambil sambil makan angin, perut pun mahu di isi sama kan? Di mana tempat makan sedap di putrajaya? (Putrajaya pun tak kalah dengan KL)






Umai Cafe Putrajaya, Tempat makan menarik dengan suasana tepi tasik yang best!


Kali ini ibu nak kongsikan tentang restoran Umai Cafe Putrajaya. Kedai yang menyajikan santapan makanan malaysia yang enak. 

Dan sambil makan makan kita akan di sajikan juga dengan keindahan tasik putrajaya yang mendamaikan. Mata kenyang , hati pun senang.

Dari kedai makan ini juga kita boleh nampak bangunan Masjid sultan mizan putrajaya. Jadi nak solat lepas makan memang terbaik.



Lokasi Umai Cafe Putrajaya.




Alamat: Jalan P8e2/10, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 9 pagi sampai 11 petang

Telefon: 012-239 6118



Kelebihan Makan di Restoran Umai Putrajaya!

Kenapa Ibu sangat rekemen untuk makan di sini? 

Restoran dengan bangunan 2 tingkat ini akan memberikan  pemandangan indah tasik Putrajaya sambil menghabiskan masa bersama insan tersayang.

Selain itu, kita juga boleh anjurkan majlis perjumpaan keluarga atau sebarang acara di sini. Mana tau isteri kita yang mengandung teringin nak ambil angin, bawak le ke mari.

Semua ini pada harga yang sangat berbaloi. Memang setimpal dengan kualitinya.

Kedai ini terkenal dengan




1. Makanan yang lazat

Umai Cafe menyajikan pelbagai juadah masakan melayu yang lazat. Antara menu wajib di cuba di sini ialah cucur udang.

Memang terbaik di Putrajaya.

Tekstur cucur udang tetap rangup & seronok di kunyah. Tak jemu menikmati hidangan ringkas ini walaupun dah mencubanya berulang kali.

Bagi penjawat awat dan kakitangan kerajaan yang bertugas di sini, memang dah sedia maklum kedai mana yang ada cucur udang paling sedap.

Mesti sebulat suara pilih cucur di Umai Cafe.

Cucur udang ini sedap di makan bersama sama dengan sambalnya yang pedas dan manis cukup rasa.

Susahlah ibu nak jelaskan kesedapannya. Mari lah rasa sendiri di sini.

Ibu tak suka makan cucur yang berminyak, nanti jerawat cepat naik di dagu.

Selain itu, rasa juga lempeng cecah dengan sambal tumis yang pedas. Keluar air liur tiap kali teringatkan sensasi rasa lempeng panas yang di makan bersama sambalnya.

Memang kombinasi sempurna untuk minum petang dengan secawan kopi susu yang panas. Hilang rasa stress dan penat di pejabat sekejap.

Banyak lagi pilihan lauk pauk dan juadah di Umai Cafe yang sedap sedap.

Ibu syorkan cuba jemput jemput, nasi goreng sardin & masakan melayu yang lain.

Cuba jangan tak cuba tau, kalau sedap tambah lagi. Datang ulang kali.

Kalau tak sedap bagitau tuan kedai.

2. Harga yang berpatutan.

Zaman harga barang mahal sekarang ni, kita memang sangat memilih kedai makan yang sedap di Putrajaya untuk menjamu selera kan.

Barulah berbaloi setiap sen duit yang di keluarkan.

Dan sebagai bonus, kalau portion makanan yang kita dapat tu banyak, sejuk hati kita nak keluarkan helaian duit kertas dari dompet.

Jadi, datanglah makan di sini. Harga makanan berpatutan dengan kuantiti yang kita dapat. Dan yang penting sedap.

Kalau dapat banyak tapi tak sedap, kita makan pun tak habis.

Betul kan. Tak pasal pasal kita sambung silaturahim dengan syaitan. Ya lah kan, syaitan kan suka membazir.

Sebab harga makanan di Umai berpatutan, orang memang ramai.


Umai cafe putrajaya tempat makan menarik best

3. Sesuai untuk keluarga.

Kerap kali di hujung minggu kita rasa serba salah nak bawa anak anak pergi mana. Asyik pergi tempat yang sama saja kan.

Paling tidak pun, bila sanak saudara datang dari kampung (Lagi lagi dari jauh macam Kelantan, Johor & Melaka) kita teringin nak ambil hati mak dan ayah mertua.

Sebab itu Ibu rekemen bawa mereka ke Putrajaya pusing pusing lihat tempat menarik. Di Selangor (terutama sekali di Shah Alam dan Kuala Lumpur) pun ada banyak tempat menarik.

Sudah penat bawa mereka berjalan jalan, singgah sekali di sini untuk duduk bersembang dengan mereka. 

Tempat duduknya banyak dan ada 2 pilihan.

Sama ada kita nak cucuk dalam kedai dengan suasana sejuk nyaman dari angin pendingin hawa seperti duduk di ladang teh cameron highland. Lebih selesa dan boleh duduk lama. Dalam kedai juga tak di benarkan hisap rokok. 

Tak perlu risau semburan ekzos asap rokok yang berbau tidak menyenangkan. Dan semestinya tidak baik untuk kesihatan.

Atau pun kita boleh duduk di luar dengan suasana "open air". Kelebihan duduk luar kita dapat lihat permandangan tasik putrajaya yang cantik.

Dan jika ada ahli keluarga kita yang merokok, ayah mertua contohnya, duduk saja di luar. Tak elok merokok depan ahli keluarga kita yang mengandung tunggu hari nak bersalin.

Asap rokok tak mengganggu pelanggan lain yang tidak merokok jika kita duduk di luar.

Dan di luar tidak ada bumbung, kalau cuaca baik boleh duduk. Kalau mendung cepat cepat cari tempat duduk di dalam.


4. Tempat makan sembang dengan rakan.

Kadang kala, kita bukan nak sangat makan makan berat pun. Kebetulan berjumpa dengan kawan di universiti atau satu sekolah dulu.

Mesti nak bersembang lama dan berkongsi cerita menarik kan.

Boleh saja makan hidangan ringan seperti lempeng dan cucur bersama sama dengan air sejuk untuk menghilangkan mengantuk.

Review Restoran Umai Cafe! Bagus atau Mendukacitakan?

Setakat pemerhatian ibu di Google, kedai ini mendapat mata terkumpul 3.9 dari 5.0 bintang dari 184 ulasan.

Ulasan ini di berikan sendiri daripada pelanggan yang singgah ke mari.

Terdapat dua sisi pelanggan dari review ini, ada yang berpuas hati dan ada pula sebaliknya.

Review dari pelanggan mengatakan

  1. Perkhidmatan yang di sediakan di Umai Cafe sangat bagus dan cepat. Makanannya sedap.
  2. Pelbagai lauk pauk dan juadah untuk pilihan pelanggan.
  3. Hari jumaat servis lambat kerana orang sangat ramai, terpaksa lama menunggu.
  4. Makanan cepat sampai selepas tempahan di ambil. Staf pun mesra.
  5. Waktu puncak iaitu semasa makan tengahari dan makan malam memang ramai. Susah dapat tempat duduk.
  6. Makanan lambat sampai semasa orang ramai.
  7. Panggil pelayan tak datang pun semasa orang ramai. Terutama sekali kalau duduk di luar. Pelayan lagi rajin lap meja.
  8. Pelayan kurang mesra dengan pelanggan semasa musim puncak. Tak senyum pun.
  9. Ada masalah lalat, kerap mengganggu makan dan terpaksa kibas tangan untuk halau lalat yang hinggap di makanan.
  10. Ada pelanggan lain hisap rokok tak fikirkan orang lain yang kurang senang.

Dari perkongsian pengalaman yang Ibu baca, boleh cuba tips di bawah untuk pengalaman ke restoran umai yang lebih menyenangkan
  1. Datang ke sini elakkan waktu puncak terutama di hari bekerja. Maklumlah semua orang suka tempat yang sedap dan murah.

    Permandangan pun lawa kan.

    Datang luar waktu puncak kita boleh pilih tempat duduk dan tak perlu lama menunggu.

    Kalau kita dah keluar lewat cuba cari tempat lain. Kita pun dah tau kedai ni ramai orang. Mana ada kedai yang sedap, view cantik dan harga murah tak ramai orang.

    Kalau harga mahal macam di hotel 5 bintang tu, Ibu pasti mesti suasana lebih tenang ceria sebab tak ramai sanggup bayar harga premium tu.
  2. Nak elakkan asap rokok makna di ruang dalam kedai yang ada hawa dingin.

    Luar memang tempat orang hisap rokok. Nak buat macam mana kan. Kita cuma boleh kawal diri sendiri.

    Tak boleh nak halang orang lain hisap rokok.
  3. Masalah staf pelayan tak mesra, kalau pekerja sibuk masa puncak memang agak mencabar nak memuaskan hati setiap pelanggan.

    Mungkin staf itu pun baru kena marah dengan majikan sebab masing masing stress dengan beban kerja tinggi di waktu puncak.

    Nak tunggu kedai amalkan sistem yang lebih cekap semasa waktu puncak mungkin susah lah.

    Jadi kalau boleh elak saja makan sini waktu macam tu. Kalau nak juga makan sini, kenalah sabar.

    Kalau nak dapat layanan terbaik, datang luar waktu puncak. Orang tak ramai, order cepat sampai. Staf pun kerja lebih enjoy.

    Betulkan?

Kesimpulannya.

Makan di Umai Cafe akan memberikan kita pengalaman yang berbeza. Terutama sekali jika kita jarang jarang singgah di sini.

Kita pergi mana pun mesti akan ada kelebihan dan kelemahan.

Pandang yang baik dapat baik, pandang buruk dapat buruk. Sama macam kita memandu di jalanraya.

Ada banyak jalan untuk pilihan kita yang menuju ke destinasi yang sama. Ada yang percuma. Ada berbayar tol. Ada yang sesak tapi dekat.

Ada pula yang kena pusing jauh tapi tak sesak.

Kita sendiri buat pilihan. Ibu suka cari alternatif kepada masalah yang ada dan selesaikannya untuk pengalaman yang lebih baik.

Seperti biasa, kongsikan pengalaman dan pendapt anda di ruangan komen di bawah.