60+ Tempat menarik di Langkawi Kedah 2021!

"Teringin nak pergi pulau lagenda? Memang banyak tempat menarik di Langkawi! Tapi mana yang paling berbaloi dilawati?"
Pulau yang terletak di Kedah ini memang cukup terkenal. Tak kiralah untuk berehat sambil makan sedap dan makan angin. 

Ataupun untuk shopping. Kan pulau bebas cukai. Barang barang murah, terutama coklat. Pergi sana mesti borong bawa balik. Pastikan kita booking hotel langkawi yang dekat dengan tempat shopping. Senang sikit nak angkut barang. Homestay & hotel murah di Pekan Kuah pun banyak apa.





Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati? Lawa bak hang!

Pantai Di Langkawi untuk berenang & melihat matahari terbit / terbenam yang cantik!

Pantai Cenang Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
Laut yang biru berbumbungkan langit yang cerah di Pantan Cenang. Sumber: Twitter.com

1. Pantai Cenang

Kalau sampai Pulau Langkawi, rugi tak menikmati keindahan pantai dan laut di sini.

Ini adalah pantai yang paling indah dan tenang di pulau-pulau Langkawi. 


Persisiran pantainya yang dihiasi dengan pasir putih bersih & gelombang air pasang surut yang mendamaikan.


Memang cantik & memikat hati untuk duduk lama di sini.


Antara salah satu tempat terbaik untuk berehat dan menikmati permandangan matahari terbenam. Kalau isteri sedang mengandung & ada alahan, elok bawa rehat tepi pantai yang cantik ni.


Pantai seterusnya kegemaran keluarga ibu. Pantainya lebih sunyi & kurang popular tetapi permandangannya memang cantik. Airnya pun bersih. Hotel di langkawi terdekat dengan pantai ini ialah four seasons hotel langkawi. Penginapan 5 star, memang terbaik disini. Cuma 6 minit dari pantai.



Pantai Tanjung Rhu Tempat menarik di langkawi untuk dilawati
Pantai Tanjung Rhu yang tenang dan mendamaikan.


2. Pantai Tanjung Rhu.

Satu lagi Pantai yang popular di Langkawi. Pantai Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung yang terletak di timur laut pulau Langkawi.

Keunikan pantai ini yang terletak di tanjung yang mempunyai persisiran laut yang menarik.

Pasti menarik: Lihat gambar menarik di Pantai Tanjung Rhu Langkawi.

Kawasan ini sangat sesuai untuk mandi manda & menikmati keindahan pantai yang bersih terjaga. Airnya pun jernih.

Datang awal pagi untuk melihat permandangan matahari terbit yang sangat terbaik. Tempat yang sangat best untuk mereka yang suka bersantai di tepi pantai. 

Taman Marin Pulau Payar Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
Berenang di temani hidupan laut yang jinak.

3. Taman Marin Pulau Payar.

Pulau Payar adalah adalah gugusan tiga pulau kecil yang terletak kira-kira 17km dari Langkawi. 

Sebuah pulau yang sangat kecil berhampiran langkawi dengan pengalaman untuk berenang & berinteraksi dengan kehidupan laut yang menakjubkan. Lebih kurang macam Pulau Redang di Terengganu.

Kita boleh menempah servis snorkeling dan skuba diving yang Ibu sangat rekemen untuk dilakukan di sana. 

Para jurulatih skuba yang sangat ramah akan membantu kita dengan menikmati pengalaman menyelam di dasar laut yang indah.



Tempat menarik di Langkawi untuk menikmati bentuk muka bumi yang menakjubkan!

Taman Kilim Geoforest Park Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
Terokai khazanah kepelbagaian bentuk geografi di Langkawi Geopark. Kredit: Flickr.com Wazari Wazir

4. Taman Kilim Geoforest.

Satu lagi tempat menarik untuk di lawati di Langkawi ialah Kilim Geopark. Permandangan alam semulajadi yang menarik seluas hampir 100 kilometer persegi.

Terdapat banyak kawasan berbeza disini yang menjadi habitat hidupan liar. 

Contohnya paya bakau, pantai yang cantik dan masih dara, dan bukit unik dengan struktur menegak. 

Memang cantik bentuk muka bumi di sini.

Taman ini berada di hujung timur Pulau Langkawi, dan Ibu rekemen untuk datang ke mari selepas singgah pantai Tanjung Rhu (5 minit saja dari sini).


Gunung Raya Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
Menikmati keindahan Langkawi dari puncak gunung tertinggi di pulau ini. Sumber: 

5. Gunung Raya.

Sudah puas menjamu mata dengan keindahan pantai di Langkawi? Selepas ini kita mendaki gunung tertinggi di sini.

Gunung Raya adalah tempat yang indah & mendamaikan tanpa bunyi hiruk pikuk kenderaan. Jauh dari gangguan yang biasa didapati di bandar besar seperti KL & Shah Alam.

Cuaca di puncak gunung ini sejuk lebih baik dan nyaman dengan udara yang segar. Bebas pencemaran.

Ibu rekemen datang ke mari untuk menikmati permandangan matahari terbenam yang mengasyikkan dari ketinggian 881 meter di atas paras laut. 

Sambil tu dapat bakar lemak dan kekalkan gula darah supaya sihat selalu.

Air Terjun Telaga Tujuh Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
Air terjun di gunung Mat Chincang Langkawi.

6. Air Terjun Telaga Tujuh

Di mana ada gunung, pasti akan ada air terjun. Dari puncak gunung di Pulau Langkawi, kita boleh mandi manda di air tejun telaga tujuh.

Nama air terjun ini datang daripada airnya yang mengalir dari satu kolam ke satu kolam yang lain dan membentuk tujuk kolah pada muka bukit.

Air terjun yang sangat cantik ini menjadi tarikan pelancongan yang popular buat pengunjung Langkawi.




Hutan Lipur Air Terjun Temurun Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
Cantiknya air terjun temurun. Sumber: Otlaat.com

7. Hutan Lipur Air Terjun Temurun.

Jangan terkejut ya, di Langkawi ada beberapa pilihan air terjun untuk mandi manda. Dan air terjun paling tinggi pulau ini ada di air terjun hutan lipur temurun.

Sekiranya kita dah sampai di Langkawi, boleh berkunjung ke sini dan singgah merasai sendiri ketenangan tempat yang masih terpelihara alam dan flora.

Kawasannya bersih terjaga dengan air yang sejuk menyamankan.



Pulau Dayang Bunting Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
Tasik di tengah pulau yang penuh tarikan. Sumber: Pinterest.com

8. Tasik di Pulau Dayang Bunting.

Mandi pantai sudah, di air terjun pun sudah? Nak pergi mana lagi lepas ni? Ibu cadangkan untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting.

Pulau Dayang Bunting ialah pulau yang terbesar kedua selepas Langkawi. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Ada kisah legenda tentang dayang mengandung di pulau ini.

Di sini ada 1 kawasan mandi manda yang tak kurang menariknya.

Tasik Dayang Bunting yang terletak di tengah tengah pulau ini memberikan pengalaman mandi manda yang lebih tenang dan tenteram.

Airnya jernih dan sejuk. 




Taman Lagenda Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
Lanskap tumbuh tumbuhan yang di susun indah di Taman Lagenda. Sumber: Gogopixlibrary.com

9. Taman Lagenda.

Satu taman riadah untuk lepak lepak dan menikmati keindahan lanskap taman.

Taman ini terletak berdekatan dengan dataran Lang.

Jangan lepaskan peluang abadikan kenangan dengan tangkap gambar di sini sementara menunggu bot di Jeti Kuah.



Kereta kabel Langkawi Tempat menarik di langkawi untuk dilawati
Malas nak panjang gunung? Naik saja kereta kabel. Duduk dan nikmati permandangan!

10. Kereta kabel Langkawi.

Ibu letakkan lokasi ini di tempat pertama, memang wajib pergi Langkawi dan naik kereta kabel.

Permandangan yang menarik dan kita dapat lihat keindahan alam semulajadi dari udara tanpa perlu keluarkan peluh.

Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang,  yang berada di barat laut Pulau Langkawi.

Perkhidmatan kereta kabel ini mula beroperasi pada tanggal 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. 






Bahagian ke 2: Lebih 50+ lagi tempat best untuk percutian di Langkawi!

Ibu juga dah bahagikan tempat best ini ikut kategori yang menyenangkan anda.


Klik saja kotak di sebelah kiri untuk kategori tersebut.


tempat menarik di langkawi


_________________

Waktu malam

Tempat menarik di langkawi waktu malam

Takkan nak tidur awal kan. Masa kita di Langkawi pun sangat terhad. Sebab itu, penting untuk kita rancang sebaiknya aktiviti.

Ibu dah asingkan siap siap beberapa tempat best untuk jalan jalan di malam hari semasa bercuti di sini.

Baca lebih lanjut di link yang Ibu sertakan di bawah.
Bacaan menarik: Tempat yang menarik di langkawi waktu malam! Cantik & meriah dengan pelancong.


_________________

Kanak kanak

tempat menarik di langkawi untuk kanak kanak (1)

Sekiranya kita melancong bersama keluarga, penting untuk pastikan anak anak mendapat pengalaman yang berharga untuk menghabiskan masa bersama.

Menurut kajian saintis & pakar kanak kanak, melancong sangat membantu anak kita belajar & mengalami perkembangan emosi yang baik.

Mereka juga akan lebih lasak & pandai membawa diri di kemudian hari. 

Ibu senaraikan lokasi terbaik untuk bawa anak anak di Langkawi.
Bacaan menarik: Ini lokasi menarik di langkawi untuk kanak-kanak! Mesti budak budak gembira.



_________________

Percuma / tak perlu bayaran

Tempat menarik di langkawi percuma

Bagi pelancong yang mempunyai kekangan kewangan, banyak tarikan menarik di Langkawi yang tidak memerlukan bayaran masuk tetapi tetap best.

Terutama sekali untuk pelajar, backpakers dan mereka yang melancong dalam kumpulan besar.

Kita boleh datang berkali kali ke tempat ini tanpa perlu risau tentang tiket masuk.

Di bawah ini ibu sertakan tempat yang menarik lagi mesra poket.
Bacaan menarik: Tempat yang menarik di langkawi percuma, tak perlu keluarkan bayaran pun!


_________________

Honeymoon

tempat menarik di langkawi untuk honeymoon

Bagi pasangan suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan, Ibu nak ucapkan tahniah & semoga ikatan suci yang termeterai kekal ke syurga.

Penting untuk kita luangkan masa berkualiti dengan pasangan kita di awal perkahwinan. Selain boleh berjalan jalan menikmati keindahan alam, kita juga boleh mengenali pasangan kita dengan lebih baik semasa bermusafir.

Ibu sediakan senarai tempat syok untuk suami isteri menikmati bulan madu.
Bacaan menarik: Tempat menarik di langkawi untuk honeymoon! Bulan madu terindah bersama sama pasangan anda!


_________________

Family day

Tempat menarik di langkawi untuk hari keluarga (2)

Jika anda sedang merancang membawa keluarga besar anda bercuti di Langkawi, memang banyak lokasi yang bagus untuk kita buat hari keluarga.

Tempah tiket flight ke langkawi lebih awal, contohnya selalu cek tempahan tiket kapal terbang di Airasia ataupun Traveloka. Bolehlah dapat harga terbaik.

Biasanya, semasa hari keluarga mesti kita nak buat sukaneka & makan makan bersama keluarga kan.

Tempat yang luas dengan permandangan yang indah cukup sesuai untuk acara ini.

Ibu kongsikan tempat tempat menarik tersebut sebagai cadangan. Klik saja link di bawah.
Bacaan menarik: Tempat menarik  yang ada di langkawi untuk family day! Jadikan ia hari keluarga paling bermakna dalam sejarah!

_________________

Shopping

tempat menarik di langkawi untuk shopping

Dah puas jalan jalan, mestilah kita nak beli cenderamata untuk di bawa pulang kan.

Orang perempuan memang cukup suka shopping. Di bawah ini Ibu kongsikan tempat best untuk beli coklat, pinggan mangkuk & banyak lagi. Klik link di bawah.
Bacaan menarik: Tempat shopping menarik di langkawi untuk beli belah! Harga murah & berkualiti! Mesti puas hati.


_________________

Penginapan

Tempat penginapan menarik di langkawi

Kadang kadang, kita perlukan ketenangan & jauh dari gangguan bunyi bising kenderaan.

Di Langkawi memang banyak hotel & homestay  di tepi pantai dengan suasana yang mendamaikan.

Barulah kita boleh berehat dengan baik. Di bawah ini Ibu kongsikan beberapa penginapan berbaloi untuk percutian kita.
Bacaan menarik: Tempat penginapan yang menarik di langkawi! Nak pilih yang terbaik di hotel 5 bintang ataupun yang murah lagi berbaloi.
Atau kita boleh juga booking hotel online paling murah dengan selalu buat survey. Elakkan beli last minit. Insyaallah boleh dapat harga hotel & tiket flight terbaik!

_________________
Makan malam

Tempat makan menarik di langkawi

Siang hari memang cukup banyak kedai makan buka. Tapi, di malam hari lain ceritanya.

Dalam sikit yang buka pun, tak semua sedap.

Setelah penat berjalan jalan di siang hari, semestinya kita nak makan sedap. Ibu kongsikan restoran & kedai makan halal & sedap di Langkawi untuk anda cuba.
Bacaan menarik: Restoran & kedai makan malam menarik di langkawi! Sedap & berbaloi dengan harganya.


_________________


Jalan jalan di Langkawi di tempat ini pasti jatuh hati.

Pulau ini kaya dengan khazanah alam semulajadi yang memukau. Tak hairanlah ia di iktiraf oleh badan UNESCO PBB sebagai pusat rujukan geopark peringkat Asia pasifik.

Bukan sembarangan tau. 


Lagi terbaik, permandangan matahari terbenam di Langkawi dikatakan antara yang terindah di dunia.


Hmm. Betul ke?


Insyaallah sama sama kita tinjau bersama.


Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Langkawi. Insyaallah Ibu akan sambung di masa akan datang.

Kongsikan pengalaman dan pendapat di ruangan komen di bawah ya. Terima kasih banyak kerana mengunjungi blog Ibu.




27 Ulasan

Ulasan

Mama Hakim berkata…
Langkawi memang terbaik untuk pergi bercuti kerana ada banyak tempat menarik yang best.

Wajib pergi walaupun sekali.
Unknown berkata…
Selamat menjamu selera saya ucapkan. Singgah blogwalking petang isnin ni. Menarik pergi langkawi bersama keuarga. Stand by duit saja
Zafirah Kama berkata…
Ada yang dah pernah pergi. Ada yang blom.. in sha allah... kalau diberi kesempatan
Zafirah Kama berkata…
MZ singgah blogwalking sini. Lama tak datang menjengah... hendaknya ibu dan keluarga sihat selalu
Zafirah Kama berkata…
Selamat berpuasa untuk ibu dan keluarga
mamapp berkata…
wah ada list ni senanglah mama nak plan nanti bila g langkawi
Ana Suhana berkata…
Lama tak Langkawi. Rasa rindu pula nak ke sana. Sekarang ni dah banyak tempat menarik yang baru untuk para pengunjung.

Selamat hari raya Ibu. Maaf zahir batin.
Unknown berkata…
Ramai juga pergi berctui dan jalan jalan makan angin di langkawi semasa cuti panjang aidil fitri.
ShirVen berkata…
Pernah pergi sekali je, plan akan pergi lagi, salam singgah ibu. Dh follow ibu juga 😊
Nadhie Wueen berkata…
Banyak sungguh tempat2 menarik di Langkawi, seronok je pergi
Tengkubutang berkata…
TB pernah pi sekali je Langkawi.. huhu.. tu pun pergi time bekerja.. tak banyak tempat nak pi sebab pergi atas urusan kerja.. kalau dapat pi lagi ni mesti besttt.. heeee
adianiez AIDA berkata…
so far, 75% of langkawi aida da gi, ibu.
few times gi.
latest is in 2015.
kursus 2 minggu di langkawi.
bila sorang2, tanpa anak-anak, panjang langkah kami-kami semua.
hingga naik jemu dah towards the end of kursus :) ha ha ha
Syiera Firdaus berkata…
Syira dah 3 kali pegi Langkawi. Tak semua lagi syira explore. Paling suka pegi pantai cenang sebab semua ada dalam satu tempat.
cindyrina berkata…
I pergi Langkawi my picture tak secantik yours tau. Your photo all very awesome view. I really wanna revisit to Langkawi one day.
Nina Mirza berkata…
Oh langkawi... Suka pi Langkawi, banyak. Tempat Menarik kat sana. Semua pun best. Shopping, jalan², aktiviti outdoor.... Lama nya tak pi Langkawi, rasa macam nak pi cuti sekolah nanti
apekinahdotcom berkata…
Dah dua kali pergi Langkawi. Langkawi memang best ada sesetengah tempat lagi kinah tak pergi lagi. Bila sampai Langkawi tempat pertama kinah tuju nak beli coklat la. Rasa nak pergi lagi
Fadzi Razak berkata…
Saya pernah buat trip 2 minggu keliling semenanjung malaysia. Dan dalam banyak-banyak tempat, memang saya rasa Langkawi paling fun, paling banyak tempat nak explore dan nak datang lagi sebab masa saya pergi pun masih ada development in progress. SO memang saya nak pergi langkawi lagi lepas ni
Unknown berkata…
Despite being a kedahan, never had the oppurtunity to visit Langkawi. Feeling meh and stupid when i think about it. Gonna visit all this places soon. Thanks for sharing
Rawlins GLAM berkata…
Rawlins tak habis explore lagi Langkawi tapi memang Langkawi sangat indah dan relaxing. Rawlins suka duduk tepi pantai sambil merenung lautan. Tenang je.
Hanny Abdullh berkata…
Langkawi mmg satu tempat yg tak jemu di lawati walaupun dh gi byk kali.
Ada je tempat baru kita nk lawat..kalau x pun shopping ceklat..hehehe
Wawa Ashihara berkata…
Langkawi mmg byk pulau.. Rugi kalau xbercuti ke sana.. Wawa dh brpe kali asik postponed je nk ke langkawi... Boleh lah lps ni nk trget tmpt2 yg ibu zahra suggestkan ni..
Mazni Azmi berkata…
Hujung tahun ni syarikat tempat Maznee bekerja akan madakah trip ke Langkawi. Tak sabar nak join trip kali ni. Angkut dengan keluarga sekali
Lia Hasty berkata…
Pulau payar tak pegi lagi. Teringin sangat nak pergi sana . Langkawi suka pergi n shopping coklat sebab favorite 😋 rasa cam nak repeat lagi.
Mama Hakim berkata…
Langkawi memang terkenal sebagai tempat tarikan pelancong yang di gemari orang tempatan dan luar negara
Alia Farhan berkata…
Pantai chenang dengan tanjung rhu tu memang lawa gila..saya pun suka..sebenarnya pulau langkawi ni lawa dia sama mcm krabi semua tu gak...
penaberkala berkata…
Walaupun dah banyak kali ke Langkawi, tapi masih banyak lagi tempat yang tak sempat nak pergi. Air terjun tu pun belum pergi. Boleh masukkan dalam list nanti untuk next trip
Ruby berkata…
Akak tertinggal satu lagi. Iaitu kedai coklat dan pinggang mangkuk tu. Wakakaka! Saya pi Langkawi tak tahan panas la kak. Saya boleh pitam. Jadi kebanyakan masa keluar malam. Pi shopping dan makan. Hehehe