10 Tempat shopping di Kuala Lumpur yang menarik! Ini lokasi best selalu promosi!

"Kl ada banyak kompleks beli belah. Tapi tempat shopping mana di Kuala Lumpur yang paling best?"
Tempat shopping di kuala lumpur

Pergi ke kota metropolitan kuala lumpur, tak kiralah untuk bercuti atau shopping untuk hari raya, mesti nak cari tempat paling berbaloi.

Dekat pula dengan tempat makan sedap.


Di bawah ini, Ibu sediakan tempat menarik di kuala lumpur untuk shopping pada waktu siang & malam


Tempat Shopping di Kuala Lumpur untuk musim perayaan & beli borong untuk berniaga? Promosi setiap masa!


Kita mulakan dengan tempat shopping menarik pertama.



Tempat Shopping Di Kuala Lumpur! Pusat membeli belah yang best!

Dari barangan berjenama di butik terkemuka, gajet telefon pintar & juga cenderamata untuk kenang kenangan.

Semua kita boleh dapati di shopping complex ini.



Pasar seni central market Tempat shopping di kuala lumpur
Tempat legend untuk shopping di KL. Sumber: Scratchmypack.com


10. Pasar Seni / Central Market

Jika berkunjung ke KL, memang tak sah kalau tak singgah ke pasar seni.

Ia adalah sebuah bangunan lama berwajah baru yang mengetengahkan unsur kesenian masyarakat di Malaysia.


Pasar Budaya atau Pasar Seni ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi. 


Pelbagai barangan kraftangan dengan hasil pertukangan yang bernilai tinggi ada di jual disini.


Khas untuk pelancong dan juga pengunjung dalam dan luar negara. Boleh pilih ikut bajet masing masing. 


_________________
Alamat Pasar Seni untuk rujukan anda.


Alamat: Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu perniagaan central market: Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam.


Telefon: 1-300-22-8688

_________________
Review pengunjung Pasar Seni Kuala Lumpur.

Review terkumpul dari 9,226 pengunjung pasar seni kuala lumpur memberikan mata 4.2 dari 5.0 bintang yang di kongsi di Google.


Selain kraftangan seperti ukiran, pakaian, alat muzik, terdapat pelbagai barangan antik, lukisan yg menarik.


Dan juga persembahan kebudayaan seperti dikir barat & tarian tradisional.


Banyak barang menarik boleh dibeli sebagai kenang kenangan di kemudian hari. Cantik cantik belaka dan sesuai dengan harga nya.



Kita juga boleh menikmati di cafe yang menyajikan makanan tradisi dari pelbagai etnik di Malaysia.


Dari utara, pantai timur & nun di selatan Johor, semua ada!

Suasana kedai bersih, jadi tak payah risau sakit perut sebab keracunan makanan.

Kedudukan pasar seni yang strategik dengan pelbagai kemudahan terutama sekali pengangkutan awam. 


Stesen LRT, MRT dan stesen bas semua dalam 1 lokasi yang sangat hampir. Memang tak ada alasan untuk singgah ke mari.


_________________
Tips 1 - Pusat membeli belah dalam list ini memang dikenali orang KL. Bagi pelancong & orang luar pula, sebelum anda tempah tiket flight & booking hotel kuala lumpur untuk menginap, boleh pertimbangkan lebih awal aktiviti yang nak dilakukan serta tempat makan berhampiran. Jalan di KL memang sangat sesak. Walaupun kita menginap di hotel 5 star dengan hidangan disediakan chef sekalipun, rugi kalau tak cuba makanan terbaik di kawasan tempatan kan.




Sogo KL Tempat shopping di kuala lumpur menarik
Sumber: ebookers.com

9. SOGO Shopping Complex.

Masih ingat lagi bila Ibu kata promosi setiap masa sepanjang tahun? Inilah salah satu tempatnya.

Walaupun dah lama shopping mall ini berdiri, bersaing pula dengan peniaga di Jalan TAR, tapi sampai sekarang masih bertahan megah.


Pelanggan tetap ramai.


Sogo adalah salah satu tempat membeli belah menarik di Kuala Lumpur. Jika kita dah penat ronda ronda di kedai yang banyak di jalan TAR dan tak nak berpanas lagi dan nyaman seperti di Cameron Highland, boleh pergi ke SOGO.


Di sani ada semua barang yang diperlukan seperti baju bayi ,baju orang dewasa, baju ibu mengandung yang dah nak bersalin, kasut, alat mekap dan makanan boleh di nikmati pada harga patut.


Tapi, masih kena pandai pandai survey harga juga. Kadang kadang kempen pemasaran dengan diskaun harga runtuh ni boleh buat kita rambang mata.


Salah satu keistimewaan beli belah disini ialah kita boleh lihat pertunjukan busking di kawasan dataran pasaraya SOGO.


Orang muda memang banyak habiskan masa di sini. 

_________________
Alamat SOGO untuk rujukan anda.


Alamat: 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan pusat membeli belah SOGO: Di buka setaip hari dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam. Jumaat dan sabtu tutup lewat sikit jam 9.30 malam.


Telefon: 1-300-88-7646

_________________
Review pengunjung pusat membeli belah SOGO.

Seramai 7,651 pengunjung yang membeli belah di Sogo telah meninggalkan ulasan di Google. Memberikan mata purata 4.2 dari 5.0 bintang.


Seperti yang Ibu maklumkan tadi, memang promosi di adakan sepanjang tahun. Tapi bukan semua produk murah pun.


Banyak promosi dan barangan lelaki / perempuan juga diasingkan mengikut tingkat. Ada juga buat promosi kelengkapan bersalin untuk ibu dan bayi.


Wajib survey harga di kedai lain dan bandingkan dengan harga. Kalau rasa ok, kualiti pun ok dan semestinya produk asli. Baru beli. 


Kalau jalan jalan dengan keluarga, terutama kalau bawa baby, kan bagus kalau ada kemudahan tukar lampin dan buat susu di sini.

Selepas puas belanjakan duit bolehlah keluar di perkarangan sogo untuk melihat persembahan busking dari band tempatan. Setiap hari ada di sana.


Ahli yang buat kad SOGO boleh nikmati promosi tertentu.


Nak datang ke sini selain naik kereta sendiri dan mengharungi jalan yang sesak, boleh juga naik pengangkutan awam. 


Ambil tren LRT dan turun di stesen Bandaraya. Jika menaiki kenderaan sendiri, terdapat tempat letak kereta di basement.Tapi Ibu nak ingatkan ya, mahal letak kereta di sini.


Nak makan pun senang, ada food court yang menyajikan makanan sedap seperti asam pedas melaka di tingkat atas. Cuma pastikan kedai tu ada sijil halal JAKIM.


Atau jalan kaki sikit ke pertama Complex atau bangunan Mara untuk menjamu selera.


Pengalaman Ibu sendiri, staf dalam pusat beli belah ni kadang kadang lebih sudu dari kuah. Sombong dan pandang pelanggan dari luaran saja.


Kalau kita balik dari pejabat pakai baju cantik baru nak layan dengan baik. Kalau pakai baju biasa layan pun macam acuh tak acuh.



Bukan semua macam ni. Lumrah pergi butik berjenama.
_________________

Tips 2 - Pernah tak anda pergi shopping di kedai yang ramai orang kata murah, tapi bila kita pergi sendiri tak delah murah mana. Macam mana nak elakkan ya? Baca review terkini di internet. Ini akan memberikan info paling di yakini samaada kedai tu masih berbaloi ataupun tidak. Tips yang sama kita boleh gunakan semasa booking hotel di kuala lumpur ni. Kalau selalu dapat rating 5 star, memang berbaloi untuk kita cuba.



Suria KLCC Tempat shopping di kuala lumpur menarik
Sumber: Thaigoodview.com


8. Suria KLCC. Membeli belah di menara berkembar tertinggi di dunia!

Pusat membeli belah yang berada di tengah tengah bangunan paling ikonik dalam Malaysia.

Suria KLCC berada di menara berkembar petronas yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia satu masa dahulu.


Antara pusat beli belah paling terkemuka di Malaysia disebabkan lokasinya yang sangat strategik. Terdapat lebih 300 kedai barangan berjenama termasuk farmasi di buka di sini. (senanglah nak beli skincare berjenama untuk jerawat di sini)


Sentiasa sibuk dengan orang tempatan (yang rata rata tinggal di Selangor), pelancong asing dan pekerja asing setiap hari & terutama sekali pada hujung minggu. 


Lagipun, banyak pejabat korporat dan syarikat multinasional di KLCC, setiap hari waktu lunch saja berpusu pusu wanita membeli belah tak kira masa.


Tak perlu tunggu hujung bulan pun. Hehe.



_________________
Alamat SURIA KLCC untuk rujukan anda.

Alamat: 241, Kuala Lumpur City Centre, City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Waktu perniagaan: Buka ⋅ Akan ditutup pada 10:00 PTG



Telefon: 03-2382 2828

_________________
Review pengunjung SURIA KLCC.

Pusat membeli belah yang di bukan pada Mei 1998 ini memang popular sebagai syurga membeli belah. Seramai 25,335 review dari pengunjung telah ditinggalkan di Google.


Dengan mata purata sebanyak 4.5 dari 5.0 bintang berjaya di kumpulkan. 


Kedudukannya yang strategik, naik saja Putra LRT dan turun di stesen KLCC.


Kenapa ramai orang suka pergi KLCC? Ada banyak sebab, pertama lengkap untuk shopping dengan segala kedai dan butik berjenama.


Kedua, boleh melawat menara KLCC dan naik jambatan tergantung tertinggi di dunia.


Selepas itu KLCC ada banyak tarikan untuk pelancong, ada Aquaria untuk melihat hidupan laut dalam akuarium gergasi.


Boleh juga melawat Petrosains untuk pameran sains interaktif dan berskala besar. Dan juga banyak lagi.


Tangkap gambar menara ini di waktu malam memang cantik berlampu. Teringat kenangan berjalan di Melaka waktu malam yang juga penuh cahaya.

Ibu tiap tiap hari naik stesen ini untuk ke tempat kerja. Naik LRT senang. Tapi kalau nak bawa kereta dan parking di dalam KLCC, ada parking khas untuk wanita saja. Terbaik.


Cuma tiket tempat letak kereta mahal ya ampun.


Di luar bangunan ini ada taman rekreasi yang penuh tumbuhan hijau seperti di Shah Alam. Ada persembahan air pancut berwarna warni yang cukup cantik di malam hari.



Nak cerita tak habis. 
_________________


Plaza Low Yat Tempat shopping di kuala lumpur


7. Plaza Low Yat

Teringin nak beli handphone baru? Atau saja nak survey harga komputer dan aksesori yang lain?

Tak ada tempat lebih lengkap untuk semua itu daripada Plaza Low Yat.


Ini adalah pusat membeli-belah khusus untuk produk elektronik dan IT di Kuala Lumpur. 


Tempat ini telah dibuka dari tahun 1999 dan terletak berhadapan dengan pusat membeli belah Time Square.


Pada tahun 2009, Low Yat telah di perakui oleh Buku Rekod Malaysia sebagai "Pusat Gaya Hidup IT Terbesar Malaysia" 


_________________
Alamat Plaza Low Yat untuk rujukan anda.

Alamat: 7, Jalan Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Waktu perniagaan Plaza Low Yat: Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.



Telefon: 03-2148 3651

_________________
Review pengunjung lepas.

Review daripada 11,905 orang peminat gajet dan komputer telah memberikan mata 4.2 dari 5.0 bintang di Google.


Ibu sarankan datang survey dulu harga dan bukan buat pembelian terburu buru. Jurujual di sini dah terlatih untuk "psiko" kita dengan tawaran yang kononnya berbaloi.


Ambil masa dan buat perbandingan harga. Pastikan barang yang kita beli original. Dan baca review tentang kedai tersebut sebelum buat pembelian.


Elakkan beli dari kedai yang dikendalikan warga asing untuk elakkan penipuan.


Masih ingat lagi kan beberapa tahun lepas kekacauan terjadi di plaza low yat yang mencetuskan suasana tegang antara kaum.



Hanya kerana urusniaga yang tidak telus. 
_________________


Pavilion KL Tempat shopping di kuala lumpur menarik
Sumber: Facebook.com


6. Pavilion Kuala Lumpur

Mahu beli belah di butik berjenama yang "high class" di KL? Datanglah ke Pavilion.

Ini adalah pusat membeli-belah yang sangat mewah dan ekslusif. 


Segala galanya dalam kelas tersendiri di sini. Daripada tempat letak kereta, tandas, lobby dan lain lain termasuklah pilihan restoran dan makanan. Lepas penat shopping, lepak kejap minum kopi susu panas.


Semuanya lengkap. Mana taknya, pusat membeli belah yang di buka pada tahun 2007 ini mempunyai keluasan lantai 31 ekar & terdapat 532 kedai di dalamnya. 
Harga memang mahal. Naik jerawat di muka sebab berkerut.

Berjalan seharian di sini di setiap tingkat saja dah membakar banyak lemak.



_________________
Alamat Pavillion Kuala Lumpur untuk rujukan anda.

Alamat: 168, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Waktu perniagaan Pavillion Kuala Lumpur: DI buka setiap hari daripada jam 10 pagi hingga 10 malam.


Telefon: 03-2118 8833


_________________
Review pengunjung lepas.


Review terkumpul setakat ini memberikan mata terkumpul 4.5 dari 5.0 bintang berdasarkan 18,917 ulasan di Google.

_________________


NU Sentral Tempat shopping di kuala lumpur menarik
Sumber: Facebook.com


5. NU Sentral

Malas nak memandu ke tempat shopping? Naik saja pengankutan awam seperti bas, komuter,lrt dan MRT.

Semuanya akan menghala ke KL Sentral. Lokasi dimana Shopping complex NU Sentral terletak.


Lengkap dengan segala kemudahan dan hiburan. Dari wayang, butik dan restoran makan terkemuka.


_________________
Alamat NU Sentral untuk rujukan anda.

Alamat: 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Waktu perniagaan NU Sentral: Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.


Telefon: 03-2859 7177

_________________
Review pengunjung lepas.


4.4 dari 5.0 bintang daripada 13,246 ulasan pelawat Nu Sentral di Google.

_________________


Mid Valley Megamall Tempat shopping di kuala lumpur menarik


4. Mid Valley Megamall

Ini adalah antara pusat membeli-belah terbaik di negara ini. Menjadi tumpuan ramai warga kota Kuala Lumpur untuk membeli belah dan bersiar siar di hujung minggu.

Lagipun ada bas percuma di sediakan untuk ke sini, dan stesen komuter khas mid valley di laluan Seremban.


Ibu lebih suka naik komuter kerana masalah tempat letak kereta terutama sekali di hujung minggu.


Kita  boleh mencari hampir apa-apa di sini, dari pakaian ke makanan berkhasiat kepada apa sahaja yang anda boleh fikirkan! 


Malah ada pusat pameran di tingkat atas yang kerap menjadi tuan rumah pelbagai fungsi. Contohnya karnival kerjaya, baby fair dan lain lain.


_________________
Alamat Mid Valley Megamall untuk rujukan anda.

Alamat: Mid Valley Megamall, 1, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Waktu perniagaan Mid Valley Megamall: Di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

_________________
Review pengunjung Mid Valley Megamall.

Review pengunjung yang memli belah di Midvalley megamall telah memberikan mata 4.4 dari 5.0 bintang di Google berdasarkan 13,933 ulasan di Google.


Antara kompleks membeli belah terbesar di negara ini & juga di Asia tenggara. Sebab saiznya yang terlalu besar, sampai sekarang tiap kali ke mari Ibu akan sesat.



Tempat letak kereta agak murah, RM2 sahaja. 
_________________


Tempat borong di Kuala Lumpur? Beli belah dalam kuantiti banyak untuk simpan stok berniaga

Ada dari kita yang mempunyai ahli keluarga ramai, jadi selalu beli baju dan pakaian dalam kuantiti besar.

Alang alang baik ambil di kedai borong. Atau mungkin juga kita baru nak berniaga.

Di bawah ini Ibu senaraikan kedai di KL yang memberikan harga borong untuk para peniaga. (Tak perlu borong di sempadan Kedah & Kelantan pun)


Plaza GM KL Tempat shopping di kuala lumpur menarik



3. Plaza GM KL

Ini antara destinasi wajib untuk peniaga mendapatkan stok berniaga. Ada banyak kedai di sini menawarkan harga borong barangan yang diimport dari negara China dan boleh menawar harga.

Kalau pandai menawar, insyaallah boleh dapat tawaran borong yang menakjubkan.

Pusat borong setinggi 6 tingkat ini menawarkan pelbagai barangan seperti jam tangan, minyak wangi, solek, pakaian, mika karaoke, fon kepala, mainan kanak-kanak, gel rambut, beg tangan, troli bagasi

Dan banyak lagi.
_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Lorong Haji Taib 5, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali Ahad. Waktu operasi dari 10.30 pagi hingga 6.30 petang.


Telefon: 03-4044 8502

_________________
Review pengunjung lepas.

Review tentang Pusat memborong Plaza GM KL di internet adalah seperti berikut
3.9 dari 5.0 bintang berdasarkan 934 ulasan di Google.

4.3 dari 5.0 bintang dari 83 undian di Facebook.

5.7 dari 10 berdasarkan 147 undian di Foursquare.

Respon dari pelanggan yang membeli belah di plaza GM mengatakan masalah tempat letak kereta menjadi masalah utama.

Terutama sekali pada waktu cuti (hari sabtu).


Kita boleh mencuba tempat letak kereta yang bertingkat di pintu masuk dengan akses dari Jalan Raja Laut.

_________________

KWC Kenanga Wholesale City Tempat shopping di kuala lumpur menarik
Sumber: Rozblog.net


2. KWC Kenanga Wholesale City

Satu lagi tempat shopping di KL untuk barang borong. Tempat yang baik untuk berbelanja kerana harga adalah sangat murah dan pelbagai fesyen boleh kita pilih.

Kalau nak cari kain untuk jahut baju baru, Kenangan wholesale memang syurga kain. 

Banyak jenis pilihan fabrik pada harga berbeza. 

Kalau sudah penat shopping, boleh makan terus di sini. Shopping mall ini mempunyai foodcourt.

Nak lebih murah ada caranya. Sama ada kita dapatkan harga yang lebih murah apabila anda membeli banyak barangan.

Dan satu lagi, bina hubungan dengan beberapa kedai secara berterusan. Bila mereka dah kenal kita sebab selalu beli disana mesti dapat harga lain.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: 2, Jalan Gelugor, Pudu, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan Kenangan Wholesale: Di buka setiap hari dari 10 pagi hingga 7 malam.

Telefon: 03-9224 1998

_________________
Review pengunjung lepas.

Pelanggan lepas telah memberikan 4.0 dari 5.0 bintang dari 2,881 ulasan yang di tinggalkan di Google.

Bagi peniaga dan peminat fesyen baru, boleh dapatkan semua fesyen pakaian melayu, aksesoris dan banyak beg moden sebelum sampai di luar sana. 

Boleh tinjau harga dari semua kedai pembekal di pusat membeli-belah setinggi 10 tingkat ini.

Tempat yang bagus untuk berbelanja semasa musim perayaan tetapi ia ditutup pada awal pukul 8 malam jadi datang awal. 

Kualiti pakaian memuaskan, tapi kita wajib perhatikan juga untuk elakkan dapat stok yang tak elok. 

Walaupun Kenanga adalah pusat perbelanjaan borong, kebanyakan kedai juga menjual barangan pada harga runcit. 

Sesetengah kedai-kedai itu hanya menjual harga borong dari hari Isnin hingga Jumaat. Logiklah kan, orang meniaga saja yang boleh shopping waktu hari bekerja.

Ada beberapa kedai yang sama menjual di tingkat berbeza, jadi memang dapat harga dan stok barangan yang sama. 

Para peniaga tidak di kumpulkan menurut barang peniagaan yang di jual, jadi agak penat nak berjalan memilih terutama kalau kali pertama ke mari.


_________________

Jalan Masjid India & Jalan TAR Tempat shopping di kuala lumpur menarik



1. Jalan Masjid India & Jalan TAR.

Bosan shopping di pusat membeli belah? Datanglah ke mari. Ada banyak kedai-kedai di sepanjang kawasan perniagaan di jalan masjid india.

Kita dapat mencari banyak barangan disini sama ada pada harga runcit & juga borong. Boleh tawar menawar.

Dan banyak gerai dan kedai menjual makanan sedap di sini.

Selain itu, kawasan ini juga terdapat Masjid lama yang aktif. Kawasan tumpuan pelancong dan juga mereka dari keturunan india.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Jalan Masjid India, Pusat Bandar, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Telefon: 03-2692 1009

_________________
Review pengunjung lepas.

4.3 dari 5.0 bintang dari 374 ulasan di Google.

Dah lama kawasan ini menjadi tumpuan warga kota KL untuk membeli belah terutama sekali sewaktu musim perayaan.

Boleh asah skil menawar dan kena banyak bersabar jugalah. Ada pelayan yang sombong. Yang baik dan ramah pun ada.


Duit kita punya kan. Tak nak beli kita pilih saja tempat lain.
_________________


Sebenarnya ada banyak lagi tempat shopping menari di Kuala Lumpur. Insyaallah Ibu akan tambah lagi di kemudian hari.
9 تعليقات

تعليقات

‏قال Mama Hakim
Assalamualaikum, Mama singgah blog walking di petang khamis. Semoga sis Ibu zaid sihat.

Mama dah pun shopping untuk hari raya ni.

Supaya bulan ramadhan nanti tak perlu nak susah susah pergi beli belah. RUgi sebab masa puasa kita patut utamakan ibdat sebab pahala berganda.

Tempat shopping di kl yang Ibu senaraikan di atas ni memang bagus. Tak sampai semua lagi
‏قال Unknown
Selamat menjamu selera saya ucapkan. Singgah blogwalking petang isnin ni. Dah lama tak shopping di KL. Agak jauh
‏قال Wani SK
salam ibu,, singgah sini, KL memang banyak tempat menarik, tak kesampaian nak pergi ke semua tu
‏قال Mimie
Dua tempat je saya dah pernah singgah suria klcc dan jalan masjid india. Yang lain belum singgah lagi.. Heheh
‏قال Ana Suhana
Assalamualaikumm ibu. Ana singgah sini. Dalam banyak2 tu favorite Ana ialah di KWC. Selalu juga ana ke sana sebab selesa dan harga berpatutan.
‏قال Mazni Azmi
OO. Murah murah ya Ana. Maznee nak terai pergi Kenanga whosale city lah lepas ni.

Raya pun dah dekat ni
‏قال Mama Hakim
Wah bestnya dapat shopping musim raya ni. MEsti banyak promosi di gudang beli belah di kuala lumpur kan
‏قال Unknown
Dah lama tak pergi shopping di Kuala Lumpur. Tak berapa minat sebab jalan selalu sesak.
‏قال Encik X
fuhh..

memang best ni kalau pegi.

lagi-lagi kalau bini yang pegi.

hoho