60+ Tempat menarik di Langkawi 2019! Hanya yang terbaik!

"Teringin nak pergi pulau lagenda? Memang banyak tempat menarik di Langkawi! Tapi mana yang paling berbaloi dilawati?"
Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
Cantiknya keindahan alam di Langkawi bak hasil seni kanvas yang Maha Esa!
Pulau yang terletak di Kedah ini memang cukup terkenal. Tak kiralah untuk berehat sambil makan sedap dan makan angin. 

Ataupun untuk shopping. Kan pulau bebas cukai. Barang barang murah, terutama coklat. Pergi sana mesti borong bawa balik.


Seperti biasa, dilema yang kita hadapi semasa bercuti. Masa tak cukup panjang nak pusing pusing. Sama macam melaka, ada banyak tempat best sampai pening.


Jadi, Ibu senaraikan di bawah senarai tempat menarik di Langkawi untuk dilawati. Balik bercuti puas hati.


Perut kenyang, fikiran tenang, hati pun senang.




Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati? Lawa bak hang!

Semua tempat di Langkawi yang Ibu senaraikan dibawah telah di susun cantik cantik di dalam kotak navigasi untuk memudahkan di baca. 

Semoga bermanfaat


Pantai Di Langkawi untuk berenang & melihat matahari terbit / terbenam yang cantik!

Pantai Cenang Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
Laut yang biru berbumbungkan langit yang cerah di Pantan Cenang. Sumber: Twitter.com


1. Pantai Cenang

Kalau sampai Pulau Langkawi, rugi tak menikmati keindahan pantai dan laut di sini.

Ini adalah pantai yang paling indah dan tenang di pulau-pulau Langkawi. 


Persisiran pantainya yang dihiasi dengan pasir putih bersih & gelombang air pasang surut yang mendamaikan.


Memang cantik & memikat hati untuk duduk lama di sini.


Antara salah satu tempat terbaik untuk berehat dan menikmati permandangan matahari terbenam. Kalau isteri sedang mengandung & ada alahan, elok bawa rehat tepi pantai yang cantik ni.


_________________
Alamat Pantai Cenang Langkawi untuk rujukan anda.


Alamat: Pantai Cenang, 07000, Langkawi Kedah

Waktu lawatan: Dibuka setiap masa.

_________________

Hotel di Langkawi berhampiran pantai cenang yang murah!

Moto dorm "backpacker's hostel"
Hanya 26 minit pemanduan dari hostel ke pantai cenang. Jarak 17.5km.
4.9  dari 5 bintang dari 34 ulasan pelancong.

Alamat: 54, Persiaran Bunga Raya, Langkawi Mall, 07000 Kuah Langkawi, Kedah

Koordinat: 8RGR+RW Kuah, Kedah

No telefon: 012-424 1308



Hotel Langkawi 5 bintang dekat pantai cenang!

The Danna Langkawi
Sebuah hotel berstatus 5 bintang yang sangat hampir pantai cenang. Jaraknya hanya 15.8km. 

Pemanduan selama 21 minit jika jalan lengang. Review pengunjung setakat ini memberikan markah 4.8 dari 5 bintang hasil ulasan 868 pelancong.

Harga bilik untuk 1 malam pada musim puncak ialah RM1,300.

Lokasi: Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah

Koordinat: 9M8J+QC Langkawi, Kedah

No telefon: 04-959 3288


_________________

Homestay di Langkawi tepi Pantai Cenang!

Tok Bidin Homestay
Sangat dekat dengan pantai cenang. Hanya 1.6 km, dengan masa pemanduan selama 4 minit saja dengan kereta.

Ramai pelancong lepas berpuas hati dengan home stay ini, buktinya mata puratanya sebanyak 4.2 dari 5 bintang hasil dari 38 ulasan pelancong.

Lokasi: 07000 Langkawi, Kedah

Koordinat: 7PXJ+V5 Langkawi, Kedah

No telefon: 013-804 7030


Teratak d'kampung Homestay
Antara Homestay Langkawi Pantai Cenang terbaik untuk elakkan sesak. Hanya perlu memandu selama 6 minit saja untuk sampai ke pantai cenang.

Jarak pemanduan pun hanya 6 km.

Review yang diberikan pelancong setakat ini telah memberikan mata purata 4.3 dari 5 bintang berdasarkan 21 ulasan.

Lokasi: Teratak D Kampung Homestay, Jalan Bohor Tempoyak, Kg Berjaya, 07000 Langkawi, Kedah

Koordinat: 7PWM+5G Langkawi, Kedah

No telefon: 017-420 2656

_________________
Review pengunjung Pantai Cenang Langkawi.

Review terkumpul daripada 213 pelancong yang mengunjungi Pantai Cenang telah memberikan 4.4 dari 5.0 bintang di Google.


Pantai yang harus dikunjungi saat berkunjung ke Langkawi. Pantainya bersih dan pemandangannya indah. 


Pasirnya yang berwarna putih (Bukan pasir puteh Kelantan) halus menjadikan ia tempat yang baik untuk beristirahat & berenang. 


Berenang ni senaman yang bagus tau. Sebab boleh bantu kita kekalkan berat badan. Kalau obes senang kena kencing manis.

Atau boleh duduk bermalas malasan di sini. 


Selain itu terdapat beberapa permainan air di sediakan disini. 


Pantai ini agak lengang di siang hari, waktu siang ramai pelancong tempatan.


Tetapi di malam hari semasa  persembahan api diadakan secara percuma, ramai pelancong luar negara yang singgah ke sini. 


Persembahan api ini percuma dan bermula pada pukul 10.00 malam.


Terdapat resort di persisiran pantai ini. Boleh menginap di hotel yang harganya sudah tentu mahal. Atau tinggal di homestay untuk lebih jimat.


Pastikan kita bawa tikar, air dan losyen pelindung matahari untuk duduk lama di sini.


Ada juga penjual air kelapa segar dan servis sewa kerusi di sini. Kalau Langkawi dekat dengan Selangor mesti Ibu selalu singgah.


_________________
Gambar permandangan menarik di sini.

Akan di kemaskini.
_________________


Pantai Tanjung Rhu Tempat menarik di langkawi untuk dilawati
Pantai Tanjung Rhu yang tenang dan mendamaikan.

2. Pantai Tanjung Rhu.

Satu lagi Pantai yang popular di Langkawi. Pantai Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung yang terletak di timur laut pulau Langkawi.

Keunikan pantai ini yang terletak di tanjung yang mempunyai persisiran laut yang menarik.


Kawasan ini sangat sesuai untuk mandi manda & menikmati keindahan pantai yang bersih terjaga. Airnya pun jernih.


Datang awal pagi untuk melihat permandangan matahari terbit yang sangat terbaik. Tempat yang sangat best untuk mereka yang suka bersantai di tepi pantai. 


_________________
Alamat Pantai Tanjung Rhu untuk rujukan anda.

Alamat: Pantai Tanjung Rhu, 07000, Kedah

Waktu lawatan: Di buka setiap masa



_________________

Hotel di Langkawi berhampiran Pantai Tanjung Rhu (PTR).

Tanjung Rhu Resort, Langkawi
Hotel yang sangat hampir dengan pantai tanjung Rhu ini terletak 2.4 km dan 6 minit pemanduan.

Pelancong telah memberikan mata 4.4 dari 5.0 bintang hasil 414 ulasan pelancong untuk hotel 5 bintang ini.

Harga Hotel Tanjung Rhu untuk semalam pada musim cuti berada sekitar RM959.

Lokasi: 07000 Langkawi, Kedah

Koordinat: FR3F+QF Langkawi, Kedah

No Telefon: 04-959 1033

_________________
Homestay Langkawi dekat Pantai Tanjung Rhu.
Homestay Padang Lalang
  • Hanya 9 min saja memandu dari homestay ke pantai ini.
  • Sangat dekat, hanya 5.5 km.
  • 4.1 dari 5.0 bintang dari 9 ulasan pelancong.
  • No.36, Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, 07000, Langkawi, Kedah, Bohor Merah, 07000 Langkawi, Kedah
  • CRG4+94 Langkawi, Kedah
  • 04-959 1561



_________________
Review pengunjung Pantai Tanjung Rhu.

Ulasan dari pelancong pantai Tanjung Rhu memberikan mata 4.9 dari 5.0 bintang berdasarkan 15 review bertulis di Google.


Jika di bandingkan dengan Pantai Cenang, pantai tanjung Rhu kurang pelawat. Jadi lebih tenang dan "privacy". Ibu lebih suka datang tempat yang sunyi macam ini.


Langkawi, Johor & Terengganu memang terkenal dengan pulau dan pantai yang cantik.

Kalaulah semua pantai di Malaysia ini terjaga bersih dengan air seperti ini, Memang patut di beri pujian tentang usaha menjaga keindahan pantai ini.


Kita boleh nampak banyak pulau pulau kecil di sekeliling pantai. Satu keadaan yang "rare" di Malaysia.


Permandangan yang sangat cantik, tetapi tandas agak sukar di cari.



_________________
Gambar permandangan menarik di sini.

Akan di kemaskini.
_________________

Taman Marin Pulau Payar Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
Berenang di temani hidupan laut yang jinak.

3. Taman Marin Pulau Payar.

Pulau Payar adalah adalah gugusan tiga pulau kecil yang terletak kira-kira 17km dari Langkawi. 

Sebuah pulau yang sangat kecil berhampiran langkawi dengan pengalaman untuk berenang & berinteraksi dengan kehidupan laut yang menakjubkan. 

Kita boleh menempah servis snorkeling dan skuba diving yang Ibu sangat rekemen untuk dilakukan di sana. 

Para jurulatih skuba yang sangat ramah akan membantu kita dengan menikmati pengalaman menyelam di dasar laut yang indah.


_________________
Alamat Taman Marin Pulau Payar untuk rujukan anda.

Alamat: Pulau Payar Langkawi.

Waktu lawatan: Elok datang pagi. Periksa ramalan kaji cuaca sebelum ke sini.



_________________

Hotel di Langkawi berhampiran Jeti ke Pulau Payar.

Tiada hotel terletak di Pulau Payar. Tapi, di bawah ini Ibu kongsikan juga hotel di Pulau Langkawi yang terletak hampir dengan jeti untuk ke Pulau Payar.

The St. Regis Langkawi
Mata yang diberikan pelancong adalah 4.7 dari 5.0 bintang untuk 456 ulasan bagi hotel 5 bintang ini.

Harga bilik untuk Hotel St Regis Langkawi boleh naik sehingga RM2199 semasa musim perayaan.

Lokasi: 09 MY, Jalan Pantai Beringin, 07000 Langkawi, Kedah

Koordinat: 7VW7+F2 Langkawi, Kedah

No telefon: 04-960 6666

    _________________

    Homestay Langkawi di Jeti ke Pulau Payar.

    Di bawah ini adalah homestay berdekatan jeti pekan Kuah untuk mudah ke Pulau Payar.

    Zeetech Homestay Langkawi.
    20 pelancong telah meninggalkan 20 ulasan untuk mata 4.2 dari 5.0 bintang.

    Lokasi : Sri Lagenda Apartment Condominium Resort, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

    Koordinat: 8V95+MM Langkawi, Kedah

    No telefon: 019-550 8142



      _________________
      Review pengunjung Pulau Payar.

      4.3 dari 5.0 bintang berdasarkan 29 ulasan di Google.

      Pulau Payar merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terdapat di Kedah, Malaysia di kawasan perairan Selat Melaka


      Kawasan tumpuan pelancong, dan taman marin di pulau boleh menjadi sangat sibuk semasa musim pelancongan.


      Kalau boleh datang di luar waktu puncak (bukan musim cuti panjang) kerana boleh memberikan pengalaman kurang indah.


      Cuba bayangkan suasana di pantai kecil yang di penuhi beratus ratus manusia. 


      Pergi di luar waktu puncak akan memberikan pengalaman yang lebih baik, boleh menempah servis snorkeling atau menyelam di sini. 


      Ikan dan makhluk air di kawasan ini sangat banyak banyak, pastikan kita tidak lepaskan peluang untuk melihat pemandangan dasar laut dengan air jernih, di hiasi batu karang dan ikan berwarna-warni. 


      Tempat yang sangat baik untuk belajar berenang sambil ditemani hidupan laut. Staf di sini boleh membantu melatih kita berenang. Sangat ramah dengan pelancong.


      Ibu sarankan untuk kita datang ke sini awal pagi, dari jam 9 pagi dah sampai ke jeti. Tak perlu sesak sesak kalau pergi awal.


      Cuba periksa ramalan kaji cuaca sebelum merancang lawatan ke sini. Kalau cuaca di ramal cerah memang bonus. Kita akan ada lebih masa berkualiti untuk meneroka semua tarikan pelancong di sini.


      Kalau cuaca buruk, baik tangguhkan saja untuk elakkan sebarang risiko.


      Peralatan snorkeling, skuba diving, makanan dan minuman ada di sediakan di sini.


      Aktiviti macam ni tak sesuai untuk ibu hamil yang nak tunggu hari bersalin


      _________________
      Gambar permandangan menarik di sini.

      Akan di kemaskini.
      _________________


      Tempat menarik di Langkawi untuk menikmati bentuk muka bumi yang menakjubkan!

      Taman Kilim Geoforest Park Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
      Terokai khazanah kepelbagaian bentuk geografi di Langkawi Geopark. Kredit: Flickr.com Wazari Wazir

      4. Taman Kilim Geoforest.

      Satu lagi tempat menarik untuk di lawati di Langkawi ialah Kilim Geopark. Permandangan alam semulajadi yang menarik seluas hampir 100 kilometer persegi.

      Terdapat banyak kawasan berbeza disini yang menjadi habitat hidupan liar. 

      Contohnya paya bakau, pantai yang cantik dan masih dara, dan bukit unik dengan struktur menegak. 

      Memang cantik bentuk muka bumi di sini.

      Taman ini berada di hujung timur Pulau Langkawi, dan Ibu rekemen untuk datang ke mari selepas singgah pantai Tanjung Rhu (5 minit saja dari sini).


      _________________
      Alamat Taman Kilim Geoforest untuk rujukan anda.

      Alamat: Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Mukim Ayer Hangat, Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah

      Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.


      Telefon: 04-959 2323



      _________________

      Hotel berhampiran Kilim Geopark Langkawi.

      Bayview Hotel Langkawi

      Sekiranya kita menginap disini, perlu memandu 11.8km untuk ke Kilim Geopark.

      Jika kita memandu semasa trafik tidak sesak, 17 minit dah sampai.

      Rating 4.1 dari 5 bintang terkumpul hasil 1,397 ulasan pelancong.

      Harga Hotel Bayview Langkawi bertaraf 4 bintang untuk 1 malam ialah RM256.

      Lokasi: Jalan Pandak Mayah 1, Pusat Bandar Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

      Koordinat: 8RFX+6M Kuah, Kedah

      No telefon: 04-966 1818
      __________________

      Homestay dekat Kilim Geopark Langkawi.
      Langkawi homestay.
      Antara homestay paling hampir untuk pergi ke Kilim Geopark. Perlu memandu 7 minit untuk jarak perjalanan 4.2 km sebelum tiba ke destinasi.

      Mata 3.2 dari 5 bintang telah diberi hasil 21 ulasan pelancong. Jadi, jangan harapkan banyak sangat. Sesuailah untuk percutian bajet.

      Lokasi: No 482, Taman Nilam, Jalan Ayer Hangat, Kisap, 07000 Kuah, Kedah.

      Koordinat: 9VJ9+35 Langkawi, Kedah

      No telefon: 019-417 2177

      _________________
      Review pengunjung Taman Kilim Geoforest.

      4.5 daripada 5.0 bintang berdasarkan 586 ulasan di Google.

      Ada pelbagai jenis hidupan liar yang terdapat di Kilim Geoforest Park Langkawi untuk kita temui di sini.


      Daripada pelbagai spesis burung, kera, dan banyak lagi. 


      Ada antara burung yang di dapati di sini dari spesis di luar negara yang bermigrasi ke Langkawi. Musim terbaik untuk melihat burung migrasi ialah dari September hingga Mac.


      Bayaran terkini untuk menikmati pengembaraan di Taman Kilim Geo Forest ialah RM90 per kepala.


      Harga pakej ini termasuk panduan & makan tengah hari di restoran terapung. Kalau kita pergi dalam kumpulan besar, contohnya bersama keluarga lebih baik sewa saja 1 bot.


      Ada banyak pakej untuk di pilih. 


      1 bot dengan beban maksima 8 orang adalah RM250 untuk perjalanan 1 jam.


      Terdapat 4 pakej ekslusif terdiri daripada 1 jam, 2 jam, 3 jam & 4 jam pada kadar yang berbeza.


      _________________
      Gambar permandangan menarik di Kilim Geopark.

      Akan di kemaskini.
      _________________

      Gunung Raya Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
      Menikmati keindahan Langkawi dari puncak gunung tertinggi di pulau ini. Sumber: 

      5. Gunung Raya.

      Sudah puas menjamu mata dengan keindahan pantai di Langkawi? Selepas ini kita mendaki gunung tertinggi di sini.

      Gunung Raya adalah tempat yang indah & mendamaikan tanpa bunyi hiruk pikuk kenderaan. Jauh dari gangguan yang biasa didapati di bandar besar seperti KL & Shah Alam.

      Cuaca di puncak gunung ini sejuk lebih baik dan nyaman dengan udara yang segar. Bebas pencemaran.

      Ibu rekemen datang ke mari untuk menikmati permandangan matahari terbenam yang mengasyikkan dari ketinggian 881 meter di atas paras laut. 

      Sambil tu dapat bakar lemak dan kekalkan gula darah supaya sihat selalu.


      _________________
      Alamat untuk rujukan anda.

      Alamat: Gunung Raya, 07000 Langkawi, Kedah


      _________________

      Hotel berhampiran Gunung Raya.


      De Langkawi Resort and Convention Centre
      Tempoh masa dari resort ini dengan gunung yang ingin di daki mengambil masa 31 minit dengan kereta dengan jarak 22.2 km.

      Tetamu yang pernah menginap dsinikan memberikan markah 4.0 dari 5 bintang berdasarkan 29 ulasan.

      Harga penginapan untuk hotel 3 bintang ini ialah sekitar RM 152.

      Lokasi: No. 133, Jalan Durian Perangin, 07000, Kampung Sungai Itau, 07000 Langkawi, Kedah

      Koordinat: CR9G+2C Langkawi, Kedah

      No telefon: 04-963 6102



      __________________

      Homestay berhampiran Gunung Raya.

      Malinja Homestay
      Homestay paling hampir, hanya perlu pandu kereta 32 minit  dan perjalanan sejauh 21.4km untuk tiba ke gunung ini.

      34 pelancong telah meninggalkan ulasan dan memberikan mata purata 3.2 dari 5 bintang untuk pengalaman tinggal disini.

      Harga penginapan untuk 1 malam di home stay ini ialah RM 212.

      Lokasi: Lot 30, Jalan Makam Mahsuri. Mukim Ulu Melaka - Kuah, Kampung Mawar, 07000 Kuah, Kedah

      Kordinat: 8QQG+5M Langkawi, Kedah

      No telefon: 019-426 3457

      _________________
      Review pengunjung Gunung Raya.

      4.1 dari 5.0 bintang berdasarkan 43 ulasan di Google di berikan oleh pendaki Gunung Raya.

      Gunung Raya mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Dulu masa sekolah ada belajar dalam subjek Geografi kan.


      Terdapat banyak tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. 


      Ini adalah puncak tertinggi di pulau ini. Tempat tinggi ni cuaca dia nyaman dan sejuk. Teringat pengalaman di Cameron Highland. Sejuk juga.

      Masa terbaik untuk berada di puncak gunung adalah 1 ke 2 jam sebelum matahari terbenam untuk permandangan matahari terbenam yang indah.


      Nikmati sepuas puasnya. 


      Kalau di luar negara, mesti kawasan tanah tinggi dah jadi tempat bela lembu susu kualiti tinggi.
      _________________
      Gambar permandangan menarik di Gunung Raya.

      Akan di kemaskini.
      _________________



      Air Terjun Telaga Tujuh Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
      Air terjun di gunung Mat Chincang Langkawi.

      6. Air Terjun Telaga Tujuh

      Di mana ada gunung, pasti akan ada air terjun. Dari puncak gunung di Pulau Langkawi, kita boleh mandi manda di air tejun telaga tujuh.

      Nama air terjun ini datang daripada airnya yang mengalir dari satu kolam ke satu kolam yang lain dan membentuk tujuk kolah pada muka bukit.

      Air terjun yang sangat cantik ini menjadi tarikan perlancongan yang popular buat pengunjung Langkawi.


      _________________
      Alamat untuk rujukan anda.

      Alamat: Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah

      Telefon: 012-570 0104



      _________________

      Hotel Langkawi berhampiran Air Terjun ini.

      Berjaya Langkawi Resort
      Salah satu hotel di langkawi yang berbaloi dengan harganya. Lokasinya sangat hampir dengan air terjun ini. Hanya 8 minit pemanduan & sejauh 1.9km.

      Ramai pelancong berkongsi pengalaman mereka selepas tinggal di hotel 4 bintang ini. 

      Buktinya 3,108 ulasan ditinggalkan untuk mata purata 4.3 dari 5 bintang. 

      Caj untuk menginap semalaman disini ialah RM 612. Cuba bandingkan harga terkini di traveloka & trivago untuk diskaun terbaik.

      Lokasi: Karung Berkunci 200 Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah

      Lokasi: 9M89+Q2 Langkawi, Kedah

      No telefon: 04-959 1888


      __________________

      Homestay berdekatan Air terjun ini.

      KB Roomstay / Homestay.
      Homestay murah di Langkawi yang agak dekat dengan air terjun. Perlu bawa kereta untuk 18 minit pada jarak 11.3km.

      9 Pelawat yang bermalam ni homestay ini telah memberikan 4.1 dari 5.0 bintang.

      Lokasi: Kampung Kuala Muda, 07000 Langkawi, Kedah

      Koordinat: 8PWG+VP Langkawi, Kedah

      No telefon: 012-473 5151

      _________________
      Review pengunjung Air Terjun Telaga Tujuh.

      4.4 dari 5.0 bintang berdasarkan 507 ulasan pelawat air terjun telaga tujuh Langkawi yang meninggalkan jejak di Google.


      Tidak hairanlah Pulau Langkawi di iktiraf UNESCO sebagai geopark yang menghimpunkan banyak khazanah keindahan semulajadi.


      Air Terjun Telaga Tujuh merupakan rangkaian air terjun yang berasal dari tujuh mata air, mengalir ke 7 telaga semula jadi. 


      Ia terletak di tebing Gunung Mat Chinchang menghala ke Teluk Burau & mempunyai ketinggian 91 meter.


      Pelawat boleh mendaki hingga ke puncak menggunakan 900 anak tangga curam yang mengambil masa antara 45 minit sehingga 60 minit.


      _________________
      Gambar permandangan menarik di Air Terjun Telaga 7.

      Akan di kemaskini.
      _________________




      Hutan Lipur Air Terjun Temurun Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
      Cantiknya air terjun temurun. Sumber: Otlaat.com

      7. Hutan Lipur Air Terjun Temurun.

      Jangan terkejut ya, di Langkawi ada beberapa pilihan air terjun untuk mandi manda. Dan air terjun paling tinggi pulau ini ada di air terjun hutan lipur temurun.

      Sekiranya kita dah sampai di Langkawi, boleh berkunjung ke sini dan singgah merasai sendiri ketenangan tempat yang masih terpelihara alam dan flora.

      Kawasannya bersih terjaga dengan air yang sejuk menyamankan.


      _________________
      Alamat Hutan Lipur Air Terjun Temurun untuk rujukan anda.

      Alamat: 07000 Langkawi, Kedah

      Waktu perniagaan: Di buka dari jam 7 pagi hingga 7 petang.



      _________________

      Hotel Langkawi berhampiran Hutan Lipur Temurun.

      The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi
      Sebuah resort di tepi pantai yang terletak hanya 9 minit (5.2km) perjalanan untuk ke Hutan Lipur Air Terjun Temurun. 

      Hotel 5 bintang ini mendapat penilaian yang tinggi dari pelancong. Markah setakat ini 4.6 dari 5.0 bintang berdasarkan 591 ulasan.

      Anggaran harga bagi menginap semalaman di Hotel Luury Collection Resort Langkawi ialah RM 898. Memang standard harga hotel 5 bintang.

      Lokasi: Jalan Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah

      Koordinat: CMHG+P8 Langkawi, Kedah

      No telefon: 04-959 1088



      __________________

      Homestay berdekatan hutan lipur ini.

      Malangnya tiada homestay terletak dekat dengan hutan lipur ini. Yang paling hampir pun dalam 23 minit perjalanan memandu kereta.
      Basrim Homestay (Langkawi Homestay)
      Antara homestay Langkawi yang agak hampir dengan hutan lipur temurun. Dalam 18.9km.

      Rating homestay ini ialah 3.5 dari 5.0 bintang berdasarkan 2 ulasan.

      Lokasi: Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat, Kampung Ranggot Kecil, 07100 Langkawi, Kedah

      Koordinat: 9P8G+MR Langkawi, Kedah

      No telefon: 017-531 9383

      _________________
      Review pengunjung hutan lipur Temurun.

      4.3 dari 5.0 bintang hasil dari 854 ulasan pelawat air terjun temurun yang meninggalkan jejak di Google.

      Udara di kawasan air terjun ini sangat segar, maklumlah sebab kawasan hutan lipur kan.


      Pastikan kita perhatikan perubahan cuaca, kalau hujan lebat hentikan kegiatan mandi manda untuk elakkan fenomena kepala air.


      Jangan lepaskan peluang untuk tangkap gambar dan berkelah bersama keluarga di sini.


      Banyak kedai cenderamata di buka di sini untuk di jadikan kenangan dan juga ole ole saudara mara dan sahabat handai di rumah.


      _________________
      Gambar permandangan menarik di Hutan Lipur Air Terjun Temurun.

      Akan di kemaskini.
      _________________


      Pulau Dayang Bunting Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
      Tasik di tengah pulau yang penuh tarikan. Sumber: Pinterest.com

      8. Tasik di Pulau Dayang Bunting.

      Mandi pantai sudah, di air terjun pun sudah? Nak pergi mana lagi lepas ni? Ibu cadangkan untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting.

      Pulau Dayang Bunting ialah pulau yang terbesar kedua selepas Langkawi. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Ada kisah legenda tentang dayang mengandung di pulau ini.

      Di sini ada 1 kawasan mandi manda yang tak kurang menariknya.

      Tasik Dayang Bunting yang terletak di tengah tengah pulau ini memberikan pengalaman mandi manda yang lebih tenang dan tenteram.

      Airnya jernih dan sejuk. 


      _________________
      Alamat untuk rujukan anda.

      Alamat: Pulau Dayang Bunting, Kedah

      _________________

      Hotel berhampiran Tasik Dayang Bunting.

      Terapung Hotel & Fish Garden
      Jika anda mahukan penginapan paling hampir dengan pulau ini, boleh menginap di hotel terapung ini.

      Seramai 17 pelancong telah meninggalkan ulasan dengan mata purata 3.8 dari 5.0 bintang.

      Harga penginapan di sini dalam anggaran RM250 semalaman.

      Lokasi: Pulau Batu Merah, Pantai Cenang, KH

      Koordinat: 6Q76+HW Langkawi, Kedah

      No telefon: 04-955 5552


      __________________

      Homestay berdekatan Pulau Dayang Bunting.

      Pilihan terbaik yang anda ada ada menginap di homestay berdekatan jeti. Antaranya ialah
      Tok Bidin Homestay
      38 ulasan telah ditinggalkan pelancong yang pernah menginap di sini dengan markah 4.2 dari 5.0 bintang.

      Lokasi: 07000 Langkawi, Kedah

      Koordinat: 7PXJ+V5 Langkawi, Kedah

      No telefon: 013-804 7030

      _________________
      Review pengunjung Tasik Dayang Bunting.

      Review terkumpul dari 25 pelawat yang telah mandi di tasik dayang bunting memberikan mata 4.0 dari 5 bintang di Google.

      Keindahan kawasan ini memang menawan.


      Tasik di sini boleh mandi, tak macam tasik Shah Alam & di Putrajaya. Tapi, oleh kerana tasik ini banyak pelawat, masalah sampah menjadi terlalu ketara.


      Begitu banyak sampah di dalam tasik. Alangkah sayangnya. Bukankah lebih baik jika kebersihan alam semulajadi dikekalkan dengan baik.


      Sikap prihatin dan menghargai alam sekitar mesti di pupuk.


      Bawa bersama jaket keselamatan dari bot untuk digunakan mandi manda di sini. Kalau tidak bawa kerana lupa, kita boleh sewa di sini. Kan dah membazir duit.


      Hati hati dengan monyet di sana yang suka merampas minuman & makanan yg di bawa dalam beg plastik.

      _________________
      Gambar permandangan menarik di Tasik Dayang Bunting.

      Akan di kemaskini.
      _________________



      Taman Lagenda Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati
      Lanskap tumbuh tumbuhan yang di susun indah di Taman Lagenda. Sumber: Gogopixlibrary.com

      9. Taman Lagenda.

      Satu taman riadah untuk lepak lepak dan menikmati keindahan lanskap taman.

      Taman ini terletak berdekatan dengan dataran Lang.

      Jangan lepaskan peluang abadikan kenangan dengan tangkap gambar di sini sementara menunggu bot di Jeti Kuah.


      _________________
      Alamat Taman Lagenda untuk rujukan anda.

      Alamat: Taman Lagenda, Kuah, 07000 Kuah, Kedah


      Waktu lawatan: Di buka setiap hari. 24 jam.


      _________________

      Hotel berhampiran Taman Legenda.

      HIG Hotel
      Kalau pergi langkawi, memang tak boleh tinggal coklat. Lagipun lokasinya tak jauh dari Taman Legenda. Cuma 1.6km saja, bawa kereta ambil masa 6 minit untuk sampai.

      Hotel 3 bintang milik orang islam ini telah mendapat penilaian yang tinggi dari para pelanggan. 4.2 dari 5.0 bintang hasil dari 863 ulasan pelancong yang pernah tinggal di sini.

      Harga penginapan Haji Ismail Group untuk 1 malam sekitar RM 174. 

      Lokasi: Jalan Penarak, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

      Koordinat: 8RGX+4V Kuah, Kedah

      No telefon: 04-966 8001

      __________________

      Homestay sekitar Taman Legenda.

      Langkawi Kak Aisyah Homestay
      Sangat dekat, hanya 290m saja dari Taman Legenda.

      Lokasi: No 11 Kompleks EB Adina, Jalan Persiaran Putra, 07000 Langkawi, Kedah

      Koordinat: 8R9X+3X Kuah, Kedah

      No telefon: 019-578 1306

      _________________
      Review pengunjung lepas.

      Review terkumpul memberikan mata 4.0 dari 5.0 bintang berdasarkan 351 ulasan di Google.


      Kemudahan di selenggara dengan baik dan kebersihan juga terjaga.


      Ada beberapa arca dan monumen yang menarik untuk menangkap gambar di sini.


      Saja tambah koleksi kenangan kan.


      _________________
      Gambar permandangan menarik di Taman Legenda.

      Akan di kemaskini.
      _________________



      Kereta kabel Langkawi Tempat menarik di langkawi untuk dilawati
      Malas nak panjang gunung? Naik saja kereta kabel. Duduk dan nikmati permandangan!

      10. Kereta kabel Langkawi.

      Ibu letakkan lokasi ini di tempat pertama, memang wajib pergi Langkawi dan naik kereta kabel.

      Permandangan yang menarik dan kita dapat lihat keindahan alam semulajadi dari udara tanpa perlu keluarkan peluh.

      Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang,  yang berada di barat laut Pulau Langkawi.

      Perkhidmatan kereta kabel ini mula beroperasi pada tanggal 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. 


      _________________
      Alamat untuk rujukan anda.

      Alamat: Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah


      Waktu perniagaan: Di buka setiap hari. Hari bekerja dari 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Hujung minggu pula dari 9.30 pagi hingga 7.00 malam.


      Telefon: 04-959 4225


      _________________

      Hotel berhampiran Langkawi Cable Car.

      The Danna Langkawi
      Dari Hotel The Danna Langkawi ke lokasi kereta kabel mengambil masa 7 minit je. Jarak pun cuma 2.7 km. Cukup senang nak pergi.

      Terutama sekali sebab susah nak naik kereta kabel ni. Ramai sangat orang.

      Dari ulasan 868 pelancong, hotel ini telah mengumpulkan markah 4.8 dari 5.0 bintang. Nampaknya memang best hotel ni.

      Tak hairanlah harga bilik untuk 1 malam di The Danna mencecah RM 1,145.

      Lokasi: Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah

      Koordinat: 9M8J+QC Langkawi, Kedah

      No telefon: 04-959 3288

      __________________

      Homestay di sekitar kereta kabel Langkawi.

      Idaman Guest House
      Ibu perasan, homestay di Langkawi ni kebanyakannya taklah dekat sangat dengan kawasan tarikan pelancong.

      Yang ni pun 14 minit perjalanan ke skypark, dengan jarak permanduan 7.9km.

      Pun begitu, ramai berpuas hati. Tak hairanlah mata yang berjaya di raih setinggi 4.4 dari 5.0 bintang hasil 20 ulasan yang diberikan.

      Harga untuk 1 malam pun murah, hanyan RM 71. Perubahan harga boleh kita perhatikan di laman tempahan hotel online seperti booking.com dan lain lain.

      Jadi pandai pandai survey sebelum bayar.

      Lokasi: Kampung Kuala Teriang, Mukim Padang Matsirat, Langkawi 07100, 07100 Langkawi, Kedah

      Koordinat: 9P66+RM Langkawi, Kedah

      Lokasi: 012-516 3481


      _________________
      Review pengunjung kereta kabel Langkawi.

      4.5 dari 5.0 bintang berdasarkan 3,590 ulasan di Google.


      Walaupun tiketnye agak mahal untuk perkepala, sekarang ni RM40 seorang tapi berbaloi singgah sini.


      Harga tiket letak kereta pun mahal juga. Kena sediakan duit lebih untuk lawatan ini. Terutama kalau saiz kumpulan besar.


      Pastikan kita bawa kad pengenalan sebab harga untuk pelancong luar atau yang tak bawa IC lagilah mahal.


      _________________
      Gambar menarik di Kereta Kabel Langkawi.

      Akan di kemaskini.
      _________________


      Bahagian ke 2: Lebih 50+ lagi tempat best untuk percutian di Langkawi!

      Ibu juga dah bahagikan tempat best ini ikut kategori yang menyenangkan anda.


      Klik saja kotak di sebelah kiri untuk kategori tersebut.


      tempat menarik di langkawi


      _________________

      Waktu malam

      Tempat menarik di langkawi waktu malam

      Takkan nak tidur awal kan. Masa kita di Langkawi pun sangat terhad. Sebab itu, penting untuk kita rancang sebaiknya aktiviti.

      Ibu dah asingkan siap siap beberapa tempat best untuk jalan jalan di malam hari semasa bercuti di sini.

      Baca lebih lanjut di link yang Ibu sertakan di bawah.
      Bacaan menarik: Tempat yang menarik di langkawi waktu malam! Cantik & meriah dengan pelancong.


      _________________

      Kanak kanak

      tempat menarik di langkawi untuk kanak kanak (1)

      Sekiranya kita melancong bersama keluarga, penting untuk pastikan anak anak mendapat pengalaman yang berharga untuk menghabiskan masa bersama.

      Menurut kajian saintis & pakar kanak kanak, melancong sangat membantu anak kita belajar & mengalami perkembangan emosi yang baik.

      Mereka juga akan lebih lasak & pandai membawa diri di kemudian hari. 

      Ibu senaraikan lokasi terbaik untuk bawa anak anak di Langkawi.
      Bacaan menarik: Ini lokasi menarik di langkawi untuk kanak-kanak! Mesti budak budak gembira.



      _________________

      Percuma / tak perlu bayaran

      Tempat menarik di langkawi percuma

      Bagi pelancong yang mempunyai kekangan kewangan, banyak tarikan menarik di Langkawi yang tidak memerlukan bayaran masuk tetapi tetap best.

      Terutama sekali untuk pelajar, backpakers dan mereka yang melancong dalam kumpulan besar.

      Kita boleh datang berkali kali ke tempat ini tanpa perlu risau tentang tiket masuk.

      Di bawah ini ibu sertakan tempat yang menarik lagi mesra poket.
      Bacaan menarik: Tempat yang menarik di langkawi percuma, tak perlu keluarkan bayaran pun!


      _________________

      Honeymoon

      tempat menarik di langkawi untuk honeymoon

      Bagi pasangan suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan, Ibu nak ucapkan tahniah & semoga ikatan suci yang termeterai kekal ke syurga.

      Penting untuk kita luangkan masa berkualiti dengan pasangan kita di awal perkahwinan. Selain boleh berjalan jalan menikmati keindahan alam, kita juga boleh mengenali pasangan kita dengan lebih baik semasa bermusafir.

      Ibu sediakan senarai tempat syok untuk suami isteri menikmati bulan madu.
      Bacaan menarik: Tempat menarik di langkawi untuk honeymoon! Bulan madu terindah bersama sama pasangan anda!


      _________________

      Family day

      Tempat menarik di langkawi untuk hari keluarga (2)

      Jika anda sedang merancang membawa keluarga besar anda bercuti di Langkawi, memang banyak lokasi yang bagus untuk kita buat hari keluarga.

      Tempah tiket flight ke langkawi lebih awal, contohnya selalu cek tempahan tiket kapal terbang di Airasia ataupun Traveloka. Bolehlah dapat harga terbaik.

      Biasanya, semasa hari keluarga mesti kita nak buat sukaneka & makan makan bersama keluarga kan.

      Tempat yang luas dengan permandangan yang indah cukup sesuai untuk acara ini.

      Ibu kongsikan tempat tempat menarik tersebut sebagai cadangan. Klik saja link di bawah.
      Bacaan menarik: Tempat menarik  yang ada di langkawi untuk family day! Jadikan ia hari keluarga paling bermakna dalam sejarah!

      _________________

      Shopping

      tempat menarik di langkawi untuk shopping

      Dah puas jalan jalan, mestilah kita nak beli cenderamata untuk di bawa pulang kan.

      Orang perempuan memang cukup suka shopping. Di bawah ini Ibu kongsikan tempat best untuk beli coklat, pinggan mangkuk & banyak lagi. Klik link di bawah.
      Bacaan menarik: Tempat shopping menarik di langkawi untuk beli belah! Harga murah & berkualiti! Mesti puas hati.


      _________________

      Penginapan

      Tempat penginapan menarik di langkawi

      Kadang kadang, kita perlukan ketenangan & jauh dari gangguan bunyi bising kenderaan.

      Di Langkawi memang banyak hotel & homestay  di tepi pantai dengan suasana yang mendamaikan.

      Barulah kita boleh berehat dengan baik. Di bawah ini Ibu kongsikan beberapa penginapan berbaloi untuk percutian kita.
      Bacaan menarik: Tempat penginapan yang menarik di langkawi! Nak pilih yang terbaik di hotel 5 bintang ataupun yang murah lagi berbaloi.
      Atau kita boleh juga booking hotel online paling murah dengan selalu buat survey. Elakkan beli last minit. Insyaallah boleh dapat harga hotel & tiket flight terbaik!

      _________________
      Makan malam

      Tempat makan menarik di langkawi

      Siang hari memang cukup banyak kedai makan buka. Tapi, di malam hari lain ceritanya.

      Dalam sikit yang buka pun, tak semua sedap.

      Setelah penat berjalan jalan di siang hari, semestinya kita nak makan sedap. Ibu kongsikan restoran & kedai makan halal & sedap di Langkawi untuk anda cuba.
      Bacaan menarik: Restoran & kedai makan malam menarik di langkawi! Sedap & berbaloi dengan harganya.


      _________________


      Jalan jalan di Langkawi di 10 tempat ini! Pasti jatuh hati.

      Pulau ini kaya dengan khazanah alam semulajadi yang memukau. Tak hairanlah ia di iktiraf oleh badan UNESCO PBB sebagai pusat rujukan geopark peringkat Asia pasifik.

      Bukan sembarangan tau. 


      Lagi terbaik, permandangan matahari terbenam di Langkawi dikatakan antara yang terindah di dunia.


      Hmm. Betul ke?


      Insyaallah sama sama kita tinjau bersama.


      Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Langkawi. Insyaallah Ibu akan sambung di masa akan datang.

      Kongsikan pengalaman dan pendapat di ruangan komen di bawah ya. Terima kasih banyak kerana mengunjungi blog Ibu.



      60+ Tempat menarik di Langkawi 2019! Hanya yang terbaik! Reviewed by Mazni Azmi on April 30, 2018 Rating: 5

      28 ulasan:

      1. Langkawi memang terbaik untuk pergi bercuti kerana ada banyak tempat menarik yang best.

        Wajib pergi walaupun sekali.

        BalasPadam
      2. Selamat menjamu selera saya ucapkan. Singgah blogwalking petang isnin ni. Menarik pergi langkawi bersama keuarga. Stand by duit saja

        BalasPadam
      3. Ada yang dah pernah pergi. Ada yang blom.. in sha allah... kalau diberi kesempatan

        BalasPadam
      4. MZ singgah blogwalking sini. Lama tak datang menjengah... hendaknya ibu dan keluarga sihat selalu

        BalasPadam
      5. Selamat berpuasa untuk ibu dan keluarga

        BalasPadam
      6. wah ada list ni senanglah mama nak plan nanti bila g langkawi

        BalasPadam
      7. Lama tak Langkawi. Rasa rindu pula nak ke sana. Sekarang ni dah banyak tempat menarik yang baru untuk para pengunjung.

        Selamat hari raya Ibu. Maaf zahir batin.

        BalasPadam
      8. Ramai juga pergi berctui dan jalan jalan makan angin di langkawi semasa cuti panjang aidil fitri.

        BalasPadam
      9. Pernah pergi sekali je, plan akan pergi lagi, salam singgah ibu. Dh follow ibu juga 😊

        BalasPadam
      10. Banyak sungguh tempat2 menarik di Langkawi, seronok je pergi

        BalasPadam
      11. TB pernah pi sekali je Langkawi.. huhu.. tu pun pergi time bekerja.. tak banyak tempat nak pi sebab pergi atas urusan kerja.. kalau dapat pi lagi ni mesti besttt.. heeee

        BalasPadam
      12. so far, 75% of langkawi aida da gi, ibu.
        few times gi.
        latest is in 2015.
        kursus 2 minggu di langkawi.
        bila sorang2, tanpa anak-anak, panjang langkah kami-kami semua.
        hingga naik jemu dah towards the end of kursus :) ha ha ha

        BalasPadam
      13. Syira dah 3 kali pegi Langkawi. Tak semua lagi syira explore. Paling suka pegi pantai cenang sebab semua ada dalam satu tempat.

        BalasPadam
      14. I pergi Langkawi my picture tak secantik yours tau. Your photo all very awesome view. I really wanna revisit to Langkawi one day.

        BalasPadam
      15. Oh langkawi... Suka pi Langkawi, banyak. Tempat Menarik kat sana. Semua pun best. Shopping, jalan², aktiviti outdoor.... Lama nya tak pi Langkawi, rasa macam nak pi cuti sekolah nanti

        BalasPadam
      16. Dah dua kali pergi Langkawi. Langkawi memang best ada sesetengah tempat lagi kinah tak pergi lagi. Bila sampai Langkawi tempat pertama kinah tuju nak beli coklat la. Rasa nak pergi lagi

        BalasPadam
      17. Saya pernah buat trip 2 minggu keliling semenanjung malaysia. Dan dalam banyak-banyak tempat, memang saya rasa Langkawi paling fun, paling banyak tempat nak explore dan nak datang lagi sebab masa saya pergi pun masih ada development in progress. SO memang saya nak pergi langkawi lagi lepas ni

        BalasPadam
      18. Despite being a kedahan, never had the oppurtunity to visit Langkawi. Feeling meh and stupid when i think about it. Gonna visit all this places soon. Thanks for sharing

        BalasPadam
      19. Rawlins tak habis explore lagi Langkawi tapi memang Langkawi sangat indah dan relaxing. Rawlins suka duduk tepi pantai sambil merenung lautan. Tenang je.

        BalasPadam
      20. Langkawi mmg satu tempat yg tak jemu di lawati walaupun dh gi byk kali.
        Ada je tempat baru kita nk lawat..kalau x pun shopping ceklat..hehehe

        BalasPadam
      21. Langkawi mmg byk pulau.. Rugi kalau xbercuti ke sana.. Wawa dh brpe kali asik postponed je nk ke langkawi... Boleh lah lps ni nk trget tmpt2 yg ibu zahra suggestkan ni..

        BalasPadam
      22. Hujung tahun ni syarikat tempat Maznee bekerja akan madakah trip ke Langkawi. Tak sabar nak join trip kali ni. Angkut dengan keluarga sekali

        BalasPadam
      23. Pulau payar tak pegi lagi. Teringin sangat nak pergi sana . Langkawi suka pergi n shopping coklat sebab favorite 😋 rasa cam nak repeat lagi.

        BalasPadam
      24. Langkawi memang terkenal sebagai tempat tarikan pelancong yang di gemari orang tempatan dan luar negara

        BalasPadam
      25. Pantai chenang dengan tanjung rhu tu memang lawa gila..saya pun suka..sebenarnya pulau langkawi ni lawa dia sama mcm krabi semua tu gak...

        BalasPadam
      26. Walaupun dah banyak kali ke Langkawi, tapi masih banyak lagi tempat yang tak sempat nak pergi. Air terjun tu pun belum pergi. Boleh masukkan dalam list nanti untuk next trip

        BalasPadam
      27. Akak tertinggal satu lagi. Iaitu kedai coklat dan pinggang mangkuk tu. Wakakaka! Saya pi Langkawi tak tahan panas la kak. Saya boleh pitam. Jadi kebanyakan masa keluar malam. Pi shopping dan makan. Hehehe

        BalasPadam
      28. Langkawi memang syok kalau pergi bercuti dengan keluarga. Ada banyk tempat menarik. Jika nak sewa kereta di Langkawi, pastikan kereta dalam keadaan baik.. jangan jadi macam saya yang pernah dapat kereta sewa di langkawi yang rosak.

        BalasPadam

      Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

      Borang Maklumat Hubungan

      Nama

      E-mel *

      Mesej *

      Dikuasakan oleh Blogger.