Tempat menarik di Perth Australia? Wah Cantiknya! 10 Lokasi Best Untuk Bercuti.

Tempat menarik di Perth Australia

"Teringin nak pergi bercuti ke di down under? Memang banyak tempat menarik di PERTH Australia! Tapi tempat mana paling berbaloi dilawati & shopping cenderahati?"
Bukan selalu kita dapat sampai ke Perth. Selain jaraknya yang jauh. Perlu belanja tiket flight kapal terbang yang mahal. Masa adventure kita pula sangat terhad.

Cukup rugi kalau kita tak rancang percutian kita sebaiknya. 


Seperti biasa, dilema yang kita hadapi semasa bercuti. Masa tak cukup panjang nak pusing pusing. Di Perth Australia, ada banyak tempat best sampai pening.


Jadi, Ibu senaraikan di bawah senarai tempat menarik di PERTH untuk dilawati. Daripada alam sekitar yang cantik.


Dan destinasi tarikan pelancongnya yang lain.







Tempat menarik di PERTH Waktu Malam & Siang? 

Semua tempat di PERTH yang Ibu senaraikan dibawah telah di susun cantik cantik di dalam kotak navigasi untuk memudahkan di baca. 

Semoga bermanfaat



KLIK kotak di kiri (Nama Tempat, Alamat dan Review) untuk maklumat tambahan.

Nama Tempat Shopping & Waktu terbaik untuk beli belah.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.


_________________
Review pengunjung lepas.


_________________


Mari mulakan dengan tempat menarik pertama untuk jalan jalan & 
shopping.




Jalan jalan di PERTH di 10 tempat ini! Pasti jatuh hati.

Perth merupakan ibu negeri Australia Barat. Dengan jumlah penduduk seramai 1,507,900 orang menjadikan Perth sebagai bandar terbesar di Australia Barat.

Walaupun ada banyak tempat best di PERTH, Ibu hanya akan senaraikan 10 tempat terbaik di bawah yang akan meninggalkan kenangan manis.


Insyaallah sama sama kita tinjau bersama.


 

Tempat menarik di PERTH waktu malam! Rugi tidur awal.

Kings park Tempat menarik di Perth Australia
Kalau nak tengok KL kita naik Bukit Ampang. Nak lihat Perth pergi Kings Park. Imej: Flickr.com


10. 
Kings Park, Western Australia! Nikmati permandangan indah disini.

Tempat pertama yang Ibu cadangkan untuk di lawati adalah Kings Park, satu lokasi yang benar-benar cantik & tempat yang indah untuk pelbagai aktivivti.

Daripada perhimpunan, majlis hari jadi, berkelah dan bersantai dengan keluarga dan rakan-rakan. 


Pemandangan sungai swan dari sini memang menakjubkan.


Taman ini sesuai dikunjungi siang dan malam, terutama sekali pada waktu matahari terbenam untuk menyaksikan pemandangan malam.


Inilah waktu ketika lampu bangunan di bandar dinyalakan.  

_________________
Alamat Kings Park, Perth untuk rujukan anda.


Alamat: Fraser Ave, Perth WA 6005, Australia

Waktu lawatan Kings Park Perth: Taman ini di buka 24 jam setiap hari dan 7 hari seminggu.


Telefon: +61 8 9480 3600


_________________
Review pengunjung Kings Park Perth Australia.

4.8 dari 5.0 bintang berdasarkan 6,228 ulasan di Google.



Tempat untuk bersantai bersama keluarga. Menjadi tumpuan warga tempatan & pelancong dari luar negara. Sama macam Cameron Highland di Pahang masa cuti.

Tempat ini sebenarnya adalah tugu peringatan perang.


Dari taman ini, kita dapat melihat banyak bangunan pencakar langit, laut, sungai dan kawasan desa yang indah di Perth. 



Kings Park memang indah dengan banyak tumbuh-tumbuhan dan bunga eksotik menghiasi permandangan. 

Ramai orang beriadah, dan menenangkan diri menghirup udara segar. Ibu mengandung bagus pergi tempat begini.

_________________





Elizabeth Quay Tempat menarik di Perth Australia
Lawa kan permandangan waktu malam di sini. Imej: Aeroture.com.au

9. Elizabeth Quay. Dataran yang cantik di tepi laut!

Satu kawasan dataran yang cantik dengan pelbagai aktiviti menarik. Yang bagusnya, kegiatan untuk pelancong di sini adalah hasil dari perniagaan tempatan & juga pihak berkuasa.

Ibu teringat suasana di dataran negeri Johor apabila melihatkan suasana di dataran ini. 


Pencahayaan yang cantik di waktu petang & malam menambahkan seri & keceriaan tempat ini.


Kadangkala kita boleh melihat ikan dolfin berenang di laut semasa kita memerhatikan permandangan indah ini dari jambatan.



_________________
Alamat Elizabeth Quay untuk rujukan anda.

Alamat: The Esplanade, Perth WA 6000, Australia


Waktu lawatan Elizabeth Quay: Dataran ini di buka 24 jam setiap hari. 7 hari seminggu.


Telefon: +61 8 6557 0700

_________________
Review pengunjung lepas.

4.3 dari 5.0 bintang dari 3,982 ulasan di Google.


Kalau pergi Langkawi mesti singgah di Dataran Lang kan? Singgah ke Perth mesti singgah ke sini.

_________________




Perth Cultural Centre Tempat menarik di Perth Australia
Tempat makan makan & bersenang lenang di Perth di malam hari. Imej: Mra.wa.gov.au

8. Perth Cultural Centre. Datang makan & nikmati kopi di sini!

Tempat yang bagus untuk lepak dan menikmati secawan kopi panas di cafe. Kawasan yang berwarna warna warni ini kaya dengan bangunan warisan.

Pusat seni ini digunakan untuk mempunyai poster jalan yang diselipkan dan ia adalah tempat yang sejuk untuk penggearan skateboard. Kini ia kelihatan sangat kemas dan banyak kanak-kanak dan mesra pelancong.



_________________
Alamat Perth Cultural Centre untuk rujukan anda.

Alamat: Bordered by Roe Street, Beaufort Street, Francis Street and, William St, Northbridge WA 6003, Australia.


Waktu lawatan di perth cultural centre: Di buka 7 hari seminggu & 24 jam setiap hari.


Telefon: +61 8 6557 0700

_________________
Review pengunjung lepas.

4.3 dari 5.0 bintang dari 208 ulasan di Google.


Tempat yang menarik untuk di kunjungi di Perth. Mesra keluarga & terletak berhampiran dengan kawasan tarikan pelancong yang lain seperti AGWA (Art Gallery of Western Australia) yang telah Ibu kongsikan tadi.


Dan perpustakan Alexander.


Ada banyak kedai makan best di sini, tapi kena cek dulu dan pastikan halal baru makan ya.


_________________

Tempat menarik di PERTH waktu siang! Banyak destinasi best untuk dilawati semasa bercuti.

Aquarium of Western Australia Tempat menarik di Perth Australia
Terokai dunia dasar laut Australia Barat tanpa membasahkan baju. Imej: Pinterest.com

7. Aquarium of Western Australia! Hiburkan diri bersama hidupan marin.

Jika sebelum ini kita melawati Zoo Perth untuk melihat hidupan darat, jangan lepaskan peluang mengunjungi tempat ini untuk melihat hidupan laut di Australia barat.

Aquarium ini telah di tubuhkan sejak 1988 & terdapat 400 spesis hidupan marin di pamerkan di sini.


Tempat yang sangat baik untuk melawat untuk melihat kehidupan laut. Kita dapat melihat ikan pari besar berenangbersama-sama dengan jerung dan pelbagai ikan di ruang yang luas. 


Tempat ini sangat sibuk semasa cuti sekolah. 


_________________
Alamat Aquarium of Western Australia untuk rujukan anda.

Alamat: 91 Southside Dr, Hillarys WA 6025, Australia


Waktu lawatan Aquarium of western Australia: Di buka dari jam 10 pagi hingga jam 5 petang setiap hari.


Telefon: +61 8 9447 7500

_________________
Review pengunjung lepas.

4.2 dari 5.0 bintang berdasarkan 1,052 ulasan di Google.


Antara pameran yang di anjurkan di sini

  • Perth Coast
  • Coral Reef
  • Danger Zone
  • Seal Island
  • Great Southern Coast
  • Far North Coast
  • Shipwreck Coast
Lawatan kita ke sini menjanjikan pengalaman hebat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. 

Mesti kita gembira melihat anak anak kita melihat sendiri aksi hidupan laut Australia di dasar air. 


Hidupan marin tempatan yang di pamerkan memang menakjubkan. Teringat pengalaman mengunjungi Aquaria di KLCC Kuala Lumpur.


Pastikan kita lawati semasa ikan jerung di beri makan. Tak sangka haiwan yang sering di salah erti sebagai ganas ini semakin terdedah kepada kepupusan kerana siripnya.


_________________



Adventure World Tempat menarik di Perth Australia
Mandi manda di taman tema air terkenal di Perth.

6. Adventure World Taman Tema Air di Perth Australia.

Taman tema air yang menarik di Perth. Antara tarikan pelancong terbaik di Perth. 

Walaupun dah dibuka dari 1982, tempat ini masih menjadi tarikan pelancong yang di gemari ramai.


Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk semua orang dari pelbagai peringkat usia.


Antara permainan yang boleh wajib kita cuba ialah roller coaster & 15 permainan air lain untuk di cuba.


Antaranya Abyss, Dragon Express, Tidal Wave, Tunnel of Terror, Sky Lift dan Kraken.



_________________
Alamat Adventure World Perth untuk rujukan anda.

Alamat: 351 Progress Dr, Bibra Lake WA 6163, Australia


Telefon: +61 8 9417 9666


_________________
Review pengunjung lepas.

4.4 dari 5.0 bintang dari 1,041 ulasan di Google._________________



Cohunu Koala Park Tempat menarik di Perth Australia
Bergambar bersama koala yang manja. Imej: Aroundyou.com.au

5. Cohunu Koala Park! Mari bermesra dengan Koala yang jinak!

Selain Zoo Perth, tempat seterusnya juga sangat baik untuk bermesra dengan haiwan.

Cohunu Koala Park telah di buka sejak 1972 pasti salah satu taman hidupan liar yang terbaik yang boleh kita kunjungi di Perth.


Kakitangannya sangat ramah dan kita dapat melihat banyak haiwan yang berbeza terutama sekali Koala. 


Jangan lepaskan peluang bergambar dengan haiwan yang jinak ini.


_________________
Alamat Cohunu Koala Park untuk rujukan anda.

Alamat: Lot 103 Lo Nettleton Road, Byford WA 6122, Australia


Waktu lawatan Cohunu Koala Park: Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 4 petang.


Telefon: +61 8 9526 2966

_________________
Review pengunjung Koala Park Perth.

4.0 dari 5.0 bintang berdasarkan 274 ulasan di Google.


Tempat yang penuh kehijauan & haiwan liar ini wajib di lawati. Antara kelebihan negara Australia ini ialah kesedaran mereka menjaga haiwan liar.

Semangat sayangkan negara tinggi. Macam di Kelantan.
_________________


Caversham Wildlife Park Tempat menarik di Perth Australia
Beri haiwan makan & perhatikan telatah mereka dari dekat. 

4. Caversham Wildlife Park.

Mahu bermain & memberi makanan kepada haiwan yang bebas berkeliaran? Marilah berkunjung ke Taman hidupan liar di Australia.

Pelawat di benarkan memberi makan kepada haiwan jinak seperti kambing biri biri & kangaroo.


Ramai pengunnjung melawat taman ini. Cuba datang awal sebelum "Farm show" pada jam 10 pagi kerana haiwan belum di beri makan.


Dan mereka akan lebih cenderung untuk menghampiri pelawat yang memberi makanan.


_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: B, Lot 99 Lord St, Whiteman WA 6068, Australia.


Waktu lawatan Caversham Wildlife Park: Taman ini di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.


Telefon: +61 8 9248 1984

_________________
Review pengunjung lepas.

4.6 dari 5.0 bintang dari 1,677 ulasan di Google.

_________________


Fremantle Markets Tempat menarik di Perth Australia
Nak shopping barangan untuk kenang kenangan? Singgah sini. Imej: Freemantlestrory.com.au

3. Fremantle Markets. Shopping cenderahati untuk kenangan!

Tempat terbaik untuk pelancong memilih ole ole untuk di bawa pulang. Oklah kan, dah sampai Perth paling tidak pun kita beli fridge magent.

Antara keunikan pasar freemantle ialah ia sebuah pasar jenis tradisional yang menjual pelbagai barangan & kelengkapan ada di jual disini.


Daripada buah buahan segar, hasil dari susu, demonstrasi produk & gerai makanan untuk menjamu selera (pastikan makanan halal saja yang masuk perut).

Barangan klasik & antik juga ada. 


Sambil membeli belah, boleh dengar artis jalanan buat persembahan. Macam di pasar seni Kuala Lumpur kan.


_________________
Alamat Freemantle Market untuk rujukan anda.

Alamat: South Terrace & Henderson St, Fremantle WA 6160, Australia


Waktu perniagaan: Taman ini hanya di buka pada hujung minggu dari jam 9 pagi hingga 6 petang.


Telefon: +61 8 9335 2515

_________________
Review pengunjung lepas.

4.3 dari 5.0 bintang dari 3,238 ulasan di Google.


_________________


Art Gallery of Western Australia Tempat menarik di Perth Australia
Lihat hasil khazanah hasil seni di sini.

2. Art Gallery of Western Australia

Selepas puas menikmati keindahan alam semulajadi & juga haiwan liar Australia di Perth.

Tempat seterusnya dalam senarai ini adalah sebuah galeri seni kepunyaan Government of Western Australia & telah di buka semenjak 1895.


Ramai peminat seni dari seluruh dunia datang ke mari untuk menghargai hasil seni yang di pamerkan. Anggaran 400,000 pelawat setahun.


Ramai kan.


_________________
Alamat Galeri seni Australia Barat untuk rujukan anda.

Alamat galeri: Perth Cultural Centre Roe St, Perth WA 6000, Australia


Waktu perniagaan: Tutup pada hari selasa. Beroperasi dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada hari hari lain.


Telefon: +61 8 9492 6600

_________________
Review pengunjung Galeri Seni Autralia Barat.

4.4 dari 5.0 bintang dari 608 ulasan peminat seni di Google.


Banyak hasil seni yang di kumpul di galeri seni Australia Barat untuk tatapan pelawat. Staf bertugas melayan pelawat dengan mesra.


Harga tiket masuk berpatutan & kita akan di berikan buku mengandungi maklumat tentang semua lukisan & artifak di sini.


_________________




Perth Zoo Tempat menarik di Perth Australia
Dinosour tiada di sini. 

1. Perth Zoo! Berinteraksi bersama haiwan liar di Zoo berkelas dunia.

Sebuah Zoo yang bertaraf dunia, telah di buka sejak dari 1898. Semua haiwan hidup gembira di Zoo Perth dengan fasiliti yang di jaga dengan baik.

Memang tak hairanlah ia menjadi tempat menarik yang di kunjungi ramai di Perth. Sebanyak 1,258 haiwan dari 164 spesis di tempatkan di sini.


Kita boleh saksikan sendiri banyak haiwan eksotik dari seluruh dunia, terutama sekali haiwan tempatan seperti Kangaroo, Wombat & Platipus.


Ruang yang di sediakan untuk haiwan memang terbaik. Kita dapat lihat sendiri gajah di bawa berjalan jalan menegelilingi zoo setiap hari di laluan khas.


_________________
Alamat Zoo Perth untuk rujukan anda.

Alamat: 20 Labouchere Rd, South Perth WA 6151, Australia


Waktu lawatan Zoo Perth: Di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.


Telefon: +61 8 9474 0444


_________________
Review pengunjung Zoo Perth.

4.4 dari 5.0 bintang terkumpul berdasarkan 2,023 ulasan di Google.


Antara Zoo yang terkenal di Australia, kalau di Selangor & KL kita boleh pergi melawat ke Zoo Negara. Di Johor pula ada Zoo Johor.


Warga Perth & pelancong boleh melihat binatang liar di Zoo Perth. Satu tempat untuk rehat di hari cuti bersama keluarga yang menarik.


Ibu syoirkan kita bawa makanan sendiri ke sini kerana harga makanan di kafe mahal. Keadaan haiwan di sini sangat baik.


Boleh nampak mereka mendapat perhatian sewajarnya, dan ada banyak platform untuk pengunjung melihat haiwan.


Di sini terdapat banyak kawasan padang rumput untuk berkelah dan kanak-kanak bermain.


Banyak kemudahan di sediakan untuk pengunjung & akses kerusi roda di sediakan untuk golongan OKU. Harga tiket memang berbaloi dengan detik indah yang kita luangkan bersama keluarga di sini.


Pasti kita akan rindu setiap kali terkenangkan keriangan yang terpancar di wajah anak anak. Jadi, jangan lupa tangkap gambar.

_________________



Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di PERTH. Insyaallah Ibu akan sambung di masa akan datang.

Kongsikan pengalaman dan pendapat di ruangan komen di bawah ya. Terima kasih banyak kerana mengunjungi blog Ibu.


Tempat menarik di Perth Australia? Wah Cantiknya! 10 Lokasi Best Untuk Bercuti. Reviewed by Mazni Azmi on Mei 06, 2018 Rating: 5

3 ulasan:

  1. seronoknya dapat tengok tempat orang, ada rezeki boleh sampai sini insha allah

    BalasPadam
  2. Maznee singgah bertamu di blog sis Ibu Zaid. Nampaknya lepas baca artikel tempat menarik di perth dan melbourne, cuaca di perth ni macam lebih kurang di Malaysia.

    Tak nampak pula lokasi gunung ganang untuk meluncur ais. Ke Maznee salah. Hehe. memang tak tahu keadaan negara kangaroo ni

    BalasPadam
  3. Selamat menjamu selera saya ucapkan. Singgah blogwalking petang isnin ni. Besar australia ni beberapa kali ganda dari Malaysia.

    Memang tak mungkin dapat pusing semua

    BalasPadam

Hak Cipta Terpelihara Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga © 2017-2018

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.