10 Tempat menarik di New Zealand. Wah Cantiknya! Lokasi best untuk bercuti.

"Teringin nak pergi bercuti? Memang banyak tempat menarik di New Zealand! Tapi tempat mana paling berbaloi dilawati & shopping cenderahati?"
tempat menarik di New Zealand

Pernah tonton cerita Lord of The Ring? Lawa kan set penggambaran cerita itu. Sebenarnya semua itu di ambil di New Zealand.

Jika sebelum ini Ibu cerita tempat best di Perth, Hari ini pula negara jirannya. Tak perlu kesan khas pun, memang banyak tempat menarik di New Zealand.

Oleh kerana negara ini jauh, kos yang besar perlu untuk tiket kapal terbang, penginapan & belanja di sana. Gaji besar macam kontraktor tak pe lah kan. Nak jimat, boleh bercuti di Melaka. Dekat & berbaloi. (Mesti baca: Tempat penginapan menarik di Melaka)


Tempat menarik di New Zealand? Terokai alam semulajadi. Pasti puas hati!

Semua tempat di New Zealand yang Ibu senaraikan dibawah telah disusun cantik cantik di dalam kotak navigasi untuk memudahkan di baca. 

Banyak lokasi menarik di New Zealand untuk dilawati. Semoga bermanfaat.



KLIK kotak di kiri (Nama Tempat, Alamat dan Review) untuk maklumat tambahan.

Nama Tempat Shopping & Waktu terbaik untuk beli belah.

_________________
Alamat untuk rujukan anda.


_________________
Review pengunjung lepas.


_________________

10 Tempat Jalan jalan di New Zealand yang paling best! 

Walaupun ada banyak tempat best di NEW ZEALAND, Ibu hanya akan senaraikan 10 tempat terbaik di bawah.

Insyaallah sama sama kita tinjau bersama.

Coronet peak Tempat menarik di new zealand
Meluncur ski & main salji puas puas di Coronet Peak. Imej: Newzealand.com

10. Coronet Peak.

Satu destinasi perlancongan popular di New Zealand. Terutama sekali untuk yang minat meluncur ski.

Nikmati permandangan indah dari aras ketinggian 3,894 kaki di Coronet peak..

Dah puas main salji & meluncur boleh berehat di pusat peranginan ski di New Zealand yang terkenal ini.

New Zealand memang cantik & terkenal dengan keindahan alamnya.

Antara salah satu tempat terbaik untuk berehat dan menikmati permandangan matahari terbenam. 
_________________
Alamat Coronet Peak New Zealand untuk rujukan anda.


Alamat: Coronet Peak 9371, New Zealand

Waktu lawatan Coronet Peak adalah seperti di bawah: 

Isnin 9:00 PG –12:00 PTG
Selasa 9:00 PG – 4:00 PTG
Rabu 9:00 PG – 4:00 PTG
Khamis 12:00 PG – 4:00 PTG
Jumaat 9:00 PG – 9:00 PTG
Sabtu 9:00 PG – 9:00 PTG
Ahad 9:00 PG – 4:00 PTG

Telefon: +64 3-442 4620

_________________
Review pengunjung pusat peranginan ski Coronet peak.

Review terkumpul memberikan mata 
4.5 dari 5.0 bintang berdasarkan 381 ulasan di Google.

Tempat ni memang sejuk sangat. Jauh lebih sejuk dari cameron highland & tanah tinggi lain di Malaysia.

Meluncur salji adalah sukan yang sangat baik kerana banyak bakar peluh. Senaman kan ubat terbaik untuk elak sakit seperti kencing manis.



Kalau isteri sedang mengandung, tak sesuai bawa ke sini. New Zealand ada banyak lagi tempat menarik untuk rehat rehat tenangkan diri sambil makan Strawberry.
_________________

Tips 1 - Penting untuk kita merancang sebaiknya perjalanan sebelum melancong ke New Zealand. Pastikan kita survey dulu harga sebelum tempah tiket flight, booking di hotel new zealand queenstown atau wellington (Tak kisahlah yang 5 star atau yang murah) & tempat makan halal berhampiran. Masa disana sangat terhad, usah dibazirkan.




Shotover Canyon Swing & Canyon Fox Tempat menarik di new zealand
Anda berani?

9. Shotover Canyon Swing & Canyon Fox.

Satu lagi tempat tarikan pelancong di Queenstown, New Zealand.

Kita akan memperolehi pengalaman yang sangat berharga, permandangan semasa melakukan "canyon swing" memang memukau.

Sangat wajib di lakukan sekiranya kita sukakan cabaran aktiviti lasak. Sambil menghargai keindahan alam ciptaan ilahi.

_________________
Alamat Shotover Canyon swing & fox untuk rujukan anda.

Alamat: 34 Shotover St, Queenstown 9300, New Zealand.

Waktu perniagaan: Di buka 7 hari seminggu. Waktu lawatan dari jam 8 pagi hingga 7.30 malam.

Telefon: +64 3-442 6990
_________________
Review pengunjung lepas.

4.7 dari 5.0 bintang berdasarkan 109 ulasan di Google.

Rasai pengalaman mendebarkan di sini, staf baik baik belaka & mesra pengunjung. Ibu rekemen sebelum buat aktiviti ini di New Zealand, pergi lawati Skytrex adventure di Taman Botani Shah Alam.

Tak adalah rasa gayat sangat kan. Atasi ketakutan, cabar keberanian.
_________________


Tips 2 - Baca review terkini di internet sebelum pergi ke tempat tersebut. Ini akan berikan kita sedikit gambaran adakah tempat tersebut berbaloi dilawati. Jika anda berhasrat pergi ke shotover canyon swing, seeloknya kita survey dulu queenstown hotel new zealand yang sesuai dengan bajet.




Skyline Queenstown Tempat menarik di new zealand
Nikmati perjalanan kereta kabel di New Zealand.

8. Skyline Queenstown.

Teringin menikmati permandangan indah bergunung di New Zealand dari paras tinggi? Ibu rekemen naik gondola di Skyline Queenstown.

Gondola ini sebenarnya kereta kabel seperti di Langkawi. Ibu ada review sebelum ini.

Selain menikmati keindahan alam di sini dengan menaiki gondola, kita juga boleh menyewa Luge (sejenis kereta kart tanpa enjin).

Susur turun jalan di pergunungan New Zealand menaiki Luge & rasai perjalanan turun yang pasti kita ingati sampai bila bila. Anak anak pasti suka.


_________________
Alamat Skyline Queenstown rujukan anda.

Alamat: Brecon St, Queenstown 9300, New Zealand.

Waktu perniagaan: Skyline Queenstown di buka setiap hari dari 10 pagi & tutup pada 9 malam.

Telefon: +64 3-441 0101
_________________
Review pengunjung Skyline Queenstown.

4.6 dari 5.0 bintang berdasarkan 1,800 ulasan di Google.

Mesti cuba naik Luge walaupun sekali, memang berbaloi. 

Waktu terbaik untuk ke sini adalah di luar waktu puncak (Seperti hujung minggu & cuti sekolah).

Tempat ini sangat penuh dengan manusia. Jalan raya akan penuh dengan pelancong yang menaiki Luge. Jangan lupa shopping cenderamata untuk di bawa pulang.
_________________



Real Journeys Visitor Center Tempat menarik di new zealand
Tak perlu pening kepala rancang trip anda di New Zealand. Mereka boleh uruskan!

7. Real Journeys Visitor Center.

Nak pastikan percutian kita di isi dengan sebaiknya? Berkunjunglah ke pusat maklumat pelancong di Queenstown, New Zealand ini.

Real Journeys visitor center menawarkan pelbagai aktiviti yang hebat untuk dilakukan pelancong. 

Sesiapa sahaja yang menuju ke Queenstown sangat disyorkan ke mari untuk mendapat khidmat mereka. Staf pun teramat lah baik.

_________________
Alamat Pusat lawatan Real Journeys untuk rujukan anda.

Alamat: 88 Beach St, Queenstown 9197, New Zealand

Waktu perniagaan: Pusat pelancong ini di buka setiap hari dari 6.30 pagi hingga 9 malam.

Telefon: +64 800 656 501

_________________
Review pengunjung lepas.

4.4 dari 5.0 bintang daripada 321 ulasan di Google.

Pusat ini menawarkan banyak pakej lawatan berbeza di sini. Kita boleh pilih pakej yang menepati citarasa.

Dapatkan nasihat mereka dan pertimbangkan pilihan yang ada. Staf di sini sangat terlatih & profesional dalam melayan pelancong.
_________________



Queenstown Gardens Tempat menarik di new zealand
Duduk rehatkan diri di taman yang indah ini. Itik pun comel belaka,

6. Queenstown Gardens.

Kalau di Shah Alam kita ada Taman tasik yang indah, di Queenstown New Zealand pula ada Queenstown garden.

Sebuah taman botani yang di jaga dengan baik & mempunyai permandangan yang cantik.

Taman yang cantik di sebalah tasik wakatipu untuk kita bawa anak anak berlari riang. 


_________________
Alamat untuk rujukan anda.

Alamat: Queenstown 9300, New Zealand

Waktu lawatan Queenstown garden: Di buka 24 jam setiap hari 
Telefon: +64 3-441 0499

_________________
Review pengunjung Queenstown garden.

4.6 dari 5.0 bintang terkumpul berdasarkan 926 ulasan di Google.

Sebuah taman tasik yang cantik dengan pokok pokok besar yang mendamaikan. 

Ada banyak itik tempatan di sini, dan sememangnya mereka sangat comel. 

Dari sini kita boleh nampak restoran di atas gunung yang dilimpahi cahaya. Kalau di Putrajaya kita boleh lepak makan cucur di Umai cafe
_________________


Tongariro National Park Tempat menarik di new zealand

5. Tongariro National Park

Mana lagi tempat paling bagus untuk menikmati alam semulajadi? Semestinya di taman negara.

Taman negara Tongariro telah ditubuhkan sejak 1887 dengan keluasan 303.6 batu persegi.

Terokai kehijauan hutan & rimbunan flora serta fauna di sini.

_________________
Alamat Taman Negara Tongariro untuk rujukan anda.

Alamat: Manawatu-Wanganui 4691, New Zealand

Telefon: +64 7-892 3729

_________________
Review pengunjung Tongariro National Park.

4.7 dari 5.0 bintang hasil dari 1,548 ulasan terkumpul di Google.

Destinasi wajib pergi untuk kaki hiking. Jamu mata kita sepuasnya di belantara taman negara New Zealand yang masih dara dari pencemaran.

Dan tangan jahat manusia.

Nak berada di alam semulajadi pastikan bawa kelengkapan yang sesuai. Skincare wajib bawa bagi yang wanita.
_________________


Kiwi Birdlife Park Tempat menarik di new zealand
Selalu makan buah kiwi je. Di sini kita lihat sekali burung kiwi.

4. Kiwi Birdlife Park

Penting untuk kita memelihara hidupan liar dari pupus. Kalau di Malaysia kita ada kawasan pemuliharaan orang utan & gajah.

Di New Zealand pula terdapat kawasan perlindungan burung kiwi di Queenstown.

_________________
Alamat Taman Burung Kiwi untuk rujukan anda.

Alamat: Upper Brecon Street, Queenstown 9300, New Zealand.

Waktu lawatan Kiwi Birdlife park: Di buka setiap harid ari 9 pagi & tutup pada 5 petang.

Telefon: +64 3-442 8059
_________________
Review pengunjung Kiwi Birdlife Park.

4.4 dari 5.0 bintang dari 225 ulasan di Google.

Harga tiket masuk memang agak mahal. $49 per kepala.

Tapi kalau dinilai dari duit, memang keutamaan kita berbeza.

Setiap duit dari tiket masuk kiwi birdlife park yang kita belanjakan akan di gunakan oleh taman ini dalam memelihara burung tempatan seperti kiwi dari pupus.

Semua burung di sini berada dalam keadaan yang baik & staf bertugas benar benar mahir dengan kerja mereka.

_________________


Onsen Hot Pools Tempat menarik di New Zealand
Mandi rehatkan diri di kolam air panas onsen.

3. Onsen Hot Pools.

Menjadi kebiasaan bagi penduduk negara beriklim sejuk untuk mandi berendam dalam kolam air panas.

Kita di Malaysia pula sentiasa panas & lembap sepanjang tahun. Jadi bila sampai New Zealand, memang sejuk cuaca di sini. Terutama masa musim dingin.

Berendam dalam kolam mata air panas semulajadi akan menyegarkan kembali badan yang lesu. Mesti anak anak & isteri suka pengalaman mandi berbeza.

Sambil mandi tu boleh saksikan sendiri permandangan indah di sekeliling.

Tak ternilai harga senyuman di wajah mereka.

_________________
Alamat Kolam Air Panas Onsen untuk rujukan anda.

Alamat: 160 Arthurs Point Rd, Arthurs Point 9371, New Zealand

Waktu perniagaan Onsen Hot pools: Di buka 7 hari seminggu dari 9 pagi sampai 11 malam.

Telefon: +64 3-442 5707
_________________
Review pengunjung kolam air panas onsen.

4.7 dari 5.0 bintang berdasarkan 348 ulasan di Google.

Ambil masa untuk menikmati gaya hidup masyarakat di New Zealand dengan berendam di kolam air panas onsen.

Negara 4 musim seperti Jepun & Australia memang dah jadi budaya.

Harga tiket agak mahal, tapi memang berbaloi dengan badan yang kembali bertenaga.
_________________


G Force Paragliding Tempat menarik di new zealand
Terbang tinggi di bumi burung kiwi.

2. G Force Paragliding

Satu lagi aktiviti menarik yang mesti di cuba di New Zealand. Kalau di Selangor kita boleh buat aktiviti paragliding di bukit broga Banting.

Tapi terbang di langit New Zealand tentu tak akan sama kan. Permandangan di sini berlatar belakangkan gunung ganang di litupi salji.

Dengan langit yang biru terang pasti memberikan impak mendalam dalam diri kita.


_________________
Alamat G Force Paragliding untuk rujukan anda.

Alamat: Queenstown 9300, New Zealand.

Waktu perniagaan G Force paragliding: Di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang.

Telefon: +64 3-441 8581

_________________
Review pengunjung lepas.

4.4 dari 5.0 bintang hasil dari 193 ulasan terkumpul di Google.

Perkhidmatan yang benar-benar luar biasa! Kakitangan paragliding yang mahir, mesra dan membantu menenangkan kita sepanjang terbang di di angkasa. 

Jangan lepaskan peluang untuk melalui pengalaman yang luar biasa, sangat mengesyorkan untuk di lakukan.

Aspek keselamatan sangat di titik beratkan, tiupan angin yang kencang boleh membuatkan trip di tunda. 
_________________


The Remarkables Tempat menarik di new zealand

1. The Remarkables.

Satu lagi kawasan pusat peranginan ski di New Zealand.

Pusat ski Remarkable ini memang luar biasa! Terdapat kafe besar & memudahkan pengunjung dapat mencari tempat duduk. 

Makanan dan kopi yang menyelerakan (Penting untuk pastikan halal). Tapi harga memang mahal, maklumlah memang harga di pusat hiburan.

Kita boleh bawa makanan sendiri jika mahu menjimatkan wang. Kakitangan sangat mesra dan gembira melayan kita. 

_________________
Alamat The Remarkable untuk rujukan anda.

Alamat: The Remarkables Ski Area, Queenstown 9300, New Zealand

Waktu perniagaan The Remarkables: Sedia di lawati dari 9 pagi hingga 4 petang.

Telefon: +64 800 697 547


_________________
Review pengunjung The Remarkable.

4.6 dari 5.0 bintang hasil dari 291 ulasan terkumpul di Google.

Sebuah resort ski yang hebat.
_________________


Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di NEW ZEALAND. Insyaallah Ibu akan sambung di masa akan datang.

Kongsikan pengalaman dan pendapat di ruangan komen di bawah ya. Terima kasih banyak kerana mengunjungi blog Ibu.