11+ Tanda hampir bersalin yang penting! Anak nak keluar dah

"Ikut panduan ini untuk kesan tanda tanda hampir bersalin lebih awal & Elak kejadian tak diingini!"
Ibu ada seorang kawan yang sedar sarat hamil, nak bersalin anak pertama. Keluarga jauh di johor. Kerja di Shah Alam.

Dah sarat sangat nak menunggu hari. Katanya



"Kami suami isteri tak ada saudara mara disini"
Jadi

Memang kena rancang betul betul semasa hamil, nak dijadikan cerita

tanda tanda bersalin semakin hampir

Sepatutnya, ada lagi 1 bulan lagi nak bersalin. Dah beli tiket flight untuk mak ayah datang dari kampung
"Biasalah, cucu pertama kan. Atuk nenek memang excited"
Tiket flight pun bukan murah kan

Melainkan kita tempah awal awal. Mak sendiri jaga kita semasa pantang di rumah.


Rasa lega sikit kan. Ya lah, kalau tidak semua persiapan kena buat sendiri. Set berpantang terbaik dah beli. Ambil pakej urutan tradisional dalam pantang. Beli pam susu ibu untuk penyusuan eksklusif.


Tiba tiba, perkara tak disangka berlaku. Masa buat checkup dengan doktor

"Blood pressure awak tinggi sangat ni, petang ni jugak kena bersalin"
Bayangkan perasaan mereka suami isteri ketika tu

Hari tu juga kena bersalin



kisah benar tanda bersalin tak kesan awal
Ini kisah benar benar berlaku
Suami sampai terduduk tak tahu nak buat apa. Kena cari back up plan.

Ibu pun terfikir

"Penting betul untuk kita ada ilmu nak cari tanda tanda bersalin. Supaya dapat kurangkan kejadian ni berlaku"
Jadi, ibu nak kongsikan kepada bakal bakal ibu semua. Pantang nampak tanda ni, terus ingat

Tak kiralah untuk


  1. Pasangan suami isteri yang menunggu anak pertama ke
  2. Atau dah pernah ada pengalaman bersalin
Sebab apa?
"Tanda bersalin untuk setiap anak, kan tak sama?"
Dan tanda ni pun ada banyak

11 semuanya. 


Tak mungkin semua ni kita ingat kan. Hari ini ibu kongsikan semuanya.


Semoga kita boleh dapat manfaat dari 
tanda bersalin yang ibu mengandung yang mudah diperhatikan ini.

Teruskan membaca untuk jawapannya.



11 Tanda tanda bersalin yang perlu di beri perhatian!

Seperti yang ibu kongsi tadi

Tanda bersalin tak sama untuk setiap anak


Semasa kita hamil & usia kandungan memasuki trimester ke 3


Memang kena berjaga jaga, Ibu yang bijak adalah yang buat persiapan awal


Sebab langit tak selalu cerah kan. Jaga makan nak elak kencing manis


Jaga tanda bersalin boleh sampai hospital awal. Kalau dah hampir bersalin, elakkan perjalanan jauh, contohnya bercuti di tengah pulau ke. Susah kalau apa apa jadi nanti. Nak bercuti boleh, pergi ke Melaka. Boleh tenangkan diri duduk tepi pantai. (Baca senarai Homestay Melaka tepi pantai!)


Senarai 11 tanda tanda bersalin, anak dah nak keluar!

Kita mulakan dengan


perhatikan tanda-tanda bersalin ibu mengandung

Tanda 1: Perut jatuh / Bayi turun ke bawah

Menurut laman livescience.com, Tanda pertama ini boleh berlaku antara beberapa jam atau minggu sebelum kelahiran berlaku.
  • Semasa perut jatuh, bayi kita turun ke pelvis.
  • Bayi akan masuk ke kedudukan yang sesuai untuk keluar dari rahim.
  • Iaitu kepala bayi akan berada di bawah & hampir dengan pintu rahim. 
  • Kepala bayi akan menekan pundi kencing ibu, jadi rasa untuk membuang air kecil lebih kerap dari biasa.
  • Yang baiknya, ibu terasa lebih mudah bernafas & tidak lagi rasa mengah kerana paru paru kita ada lebih banyak ruang
  • Ini memudahkan kita untuk bernafas semasa bersalin


2. Pintu rahim semakin mengembang & membuka

pintu rahim membuka tanda bersalin hampir

Menurut laman Babycenter, pintu rahim atau serviks akan mula menipis & akhirnya membuka laluan untuk bayi keluar
  • Ini salah satu persediaan badan kita untuk kelahiran.
  • Tanda ini bukan jaminan kelahiran akan berlaku segera
  • Doktor akan memeriksa & mengukur saiz bukaan serviks / pintu rahim jika bukaan sudah ada
  • Dari pengalaman ibu sendiri, kedua dua anak ibu lahir dalam masa 24 jam selepas pintu rahim mula terbuka
  • Mungkin kita semua ada pengalaman tersendiri semasa melahirkan anak kan?


3. Kejang dan sakit belakang lebih kerap berlaku

tanda bersalin sakit tulang belakang

Sakit belakang itu biasa dialami ibu hamil kan

Tapi, menurut Parents.com, semakin dekat kita dengan masa bersalin semakin sakit bahagian belakang kita. Dan ini berlaku kepada 1/3 dari ibu hamil
  • Sakit belakang semasa mengandung boleh juga disebabkan kekurangan bekalan kalsium yang diperlukan ibu
  • Tanda awal bersalin ini kerap berlaku pada ibu yang baru pertama kali melahirkan anak.
  • Kesakitan ini berlaku disebabkan kepala bayi menekan tulang belakang ibu menyebabkan rasa sakit
  • Rasa sakit ini berlaku di pangkal paha dan bahagian bawah punggung 


4. Perubahan pada tulang & sendi meregang dan beralih.

Ibu pasti, sekarang ni puan sedang hamil trimester ke 3. Semasa bulan bulan terakhir kehamilan ni, makin lama sendi sendi terasa longgar
  • Menurut laman whattoecpect.com, Ini persediaan badan untuk bersalin
  • Ini mekanisme badan kita untuk memudahkan proses melahirkan anak
  • Badan kita merembeskan hormon relaxin yang menyebabkan ligamen & sendi kita lembut dan longgar.
  • Kesan sampingan hormon ini menyebabkan ibu hamil rasa lebih malas & perlu lebih rehat.

5. Berat badan turun atau tidak lagi naik

tanda bersalin berat badan turun

Semasa trimester 1 & 2, kalau berat badan tak naik memang merisaukan. Tapi berbeza pula dengan trimester 3

  • Semakin hampir dengan tarikh bersalin, berat badan kita tak naik lagi. Malah mungkin turun
  • Berat badan ibu mungkin turun, tetapi berat bayi dalam rahim makin bertambah
  • Ini disebabkan kuantiti air ketuban semakin berkurang
  • Berat juga mungkin berkurang disebabkan sebab ke 6 iaitu



6. Kerap cirit-birit

Adakah cirit birit yang dialami ibu hamil disebabkan oleh salah makan?

Belum tentu lagi
  • Ibu yang akan bersalin akan kerap cirit birit
  • Ini disebabkan otot dalam badan berehat untuk persediaan kelahiran termasuk otot di kawasan usus besar menyebabkan pergerakan usus menjadi lancar & tidak ketat seperti biasa.
  • Banyakkan minum air kosong untuk mengganti air yang hilang.



7. Badan rasa letih & perlu banyak rehat

tanda bersalin ibu rasa letih mengantuk nak tidur

Ibu hamil akan ada banyak sebab untuk rasa penat di minggu terakhir mengandung

  • Perut besar menyukarkan pergerakan, makan sikit cepat kenyang, kerap kencing kerana bayi menekan punci kencing, tak lena tidur malam kerana tulang belakang sakit
  • Cuba dapatkan rehat yang berkualiti & jaga pemakanan. Makanan seperti madu sangat bagus untuk bekalkan tenaga
  • Pemakanan yang seimbang akan bantu kita lebih bertenaga.
  • Ibu pernah cerita sebelum ini tentang rakan sepejabat yang sarat mengandung tapi masih cergas bekerja sehingga jam 3 pagi.



8. Cecair keluar dengan banyak

tanda bersalin keluar lendir dan darah

Pada hari-hari terakhir sebelum bersalin, anda akan melihat pelepasan dari pintu rahim banyak dan pekat. 
  • Tanda bersalin ini menunjukkan, kita ada beberapa jam saja lagi sebelum bersalin
  • Lendir boleh keluar bersama darah.


9. Kontraksi berlaku semakin kerap & menyakitkan

Kontraksi ada 2 jenis, Yang pertama kontraksi yang berlaku sepanjang kehamilan. Dikenali sebagai Braxton hicks (BH)
  • Kontraksi BH boleh dirasa berbulan bulan sebelum bersalin
  • Kontraksi BH berlaku semakin kerap dan kuat kontraksi menjelang minggu minggu akhir kehamilan
  • Otot rahim buat "rehearsel untuk bersalin"
  • Apa beza kontraksi sebenar untuk bersalin & kontraksi BH? Kontraksi sebenar tidak berhenti dengan menukar posisi duduk & baring. Dan kesakitan semakin bertambah.


10. Mudah marah

tanda ibu hampir bersalin mudah marah
  • Ibu yang hampir bersalin lebih mudah marah & sukar mengawal emosi. 
  • Maklumlah serba sakit badan. Dengan kucing pun kita boleh marah. Hehe



11. Keluarnya air ketuban


  • Kalau dah keluar tanda ini, memang dah amaran terakhir bayi nak keluar
  • Tapi hanya 15% ibu bersalin mengalami tanda ini
  • Jadi, kalau betul air dah keluar cepat cepat ke hospital

Selesai sudah 11 tanda bersalin dah hampir

Ibu doakan supaya ilmu ini bermanfaat

Ada pengalaman nak dikongsikan? Boleh taip di ruangan komen di bawah

6 Ulasan

Ulasan

Mazni Azmi berkata…
Memang penting kita tahu tanda tanda bersalin ni

Sebab bersalin ni kan antara hidup dan mati

Semoga kita ada persediaan sebaiknya

Fizikal dan mental
Mama Hakim berkata…
Mama baca dari 11 tanda ni, ada banyak juga yang dah merasa

Bagus untuk ibu mengandung baca semua ni
Mama Hakim berkata…
Hidup pun lawannya mati kan Maznee

Cuma kalau dah takdirnya begitu

Allah lebih tahu
mrhanafi berkata…
dah 3 kali isteri pertama saya bersalin..

alhamdulillah semua dalam keadaan ok.

si suami paling risau jika isteri nak bersalin..
Admin berkata…
Oh baru faham..
Mazni Azmi berkata…
Seeloknya dapat pergi dalam keadaan husnul khatimah