Inilah Cara Mengisi Jadual Cuti Musim Sekolah 2019! Anak pasti suka

Cara Mengisi Jadual Cuti Musim Sekolah 2019 

Assalamu'alaikum Wrmbth, Tahun 2017 dah hampir habis. Tahun 2018 pula bakal menyusul.




Penggal persekolahan bakal berakhir. Dan masa yang menggusarkan hati ibu bapa kembali tiba. Ya musim cuti sekolah sudah tiba.


Bagi sesetengah ibu bapa, ini peluang baik nak menghabiskan masa bersama keluarga pergi bercuti.


jadual musim cuti sekolah 2018
Bagaimana menyusun jadual musim cuti sekolah anak anak kita?
Dan meluangkan musim cuti sekolah dengan berkualiti. Lagipun, masih ada baki cuti yang tidak boleh di bawa kehadapan bukan.



Inilah masanya. Perancangan rapi perlu di atur dari awal lagi supaya masa anak anak akan terisi dengan program bermanfaat.

Pantang betul kita bazirkan masa

Cuti sekolah pun dah hampir 2 minggu belalu kan


Bak kata bijak pandai, sekiranya kita tidak mengisi masa dengan sesuatu yang bermanfaat. Maka perkara yang tidak bermanfaat akan mengisinya.



Membiarkan mereka menonton televisyen dan melayari internet sepanjang hari di rumah tanpa pengawasan bakal mendedahkan mereka kepada pengaruh yang tidak baik.



Entri kali ini akan berkongsi kepada para ibu bapa semua cadangan program cuti sekolah yang terbaik untuk di masukkan dalam jadual harian mereka.



Mungkin ada yang sesuai untuk mereka bukan. Jom sama sama kita lihat

6 Program Terbaik Untuk Anak Kita Semasa Musim Cuti Sekolah

rancang masa lapang anak anak


1. Daftarkan Mereka Ke Kem Khas

Bijaksana mengatakan
"Bersakit sakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian"
Kita sebagai ibu bapa memang sedia maklum setiap anak ni berbeza.

Ada yang suka melukis dan dalam bidang seni suara.

Boleh sangat kita hantarkan ke kelas dan kem taranum al quran. Sambil mengasah kemahiran membaca secara betul.

Bagus makhraj hurufnya, tepat tajwidnya dan cara bersanad.

Menggunakan lagu yang pelbagai. Insyaallah akan menjadi pencen kubur kepada kita kelak.

Kerana anak anak yang soleh akan memberikan syafaat dan memberikan pahala berterusan kepada ibu bapanya walaupun selepas mereka tiada lagi di dunia.

Selain kem mengaji, banyak lagi pilihan kem di luar sana.

Kem ibadat. Jati diri. Kem motivasi dan sebagainya.


2. Asah Bakat Mereka Dengan Kursus Dan Kelas Kemahiran



[post_ad]

Kemahiran memainkan peranan penting untuk kekal hidup di masa kelak.

Tak kira samaada kelas penyediaan makanan & ataupun bengkel public speaking

Isi saja masa mereka dengan aktiviti bermanfaat

Kalau kita ambil berat tentang kesihata, kita akan makan makanan berkhasiat & bersenam.

Samalah juga dengan masa depan anak anak

Kalau kita risau dengan masa dengan mereka, kita mesti rancang masa mereka dari kecil

Dari sekarang


Persaingan semakin mencabar. Harga untuk berjaya semakin sukar kerana semakin maju kehadapan sesebuah negara.


Semakin tinggi neraca yang digunakan untuk masuk ke menara gading.


Sijil dan kelas kemahiran akan menambahkan lagi kekuatan portfolio anak anak kita.


Kemahiran akan memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan tuntutan kerja yang pelbagai di alam universiti dan pekerjaan.


Paling tidak pun dapat menjimatkan kos sara hidup mereka kelak.


Kemahiran menguruskan kewangan akan membantu mereka melakukan tabungan dan perancangan kewangan yang betul.


Harga barangan semakin mahal. Minyak pun baru naik 20 sen semasa artikel ini ditulis.

Jika sekarang pun sudah ramai yang rasa terbeban dengan kenaikan tersebut. Bagaimana pula dengan masa akan datang.


Sekarang ni banyak bengkel kemahiran yang di adakan. Terpulang kepada kita untuk memilihnya sahaja.


Contohnya bengkel kemahiran bercakap di atas pentas.


Atau bagi yang minat memasak boleh juga hantarkan ke kelas masakan.


Satu kemahiran yang patut di miliki oleh anak lelaki dan wanita. Barulah anak kita pandai berdikari kan.


Rasa sejuk je hati bila anak masakkan untuk kita. Terasa berbaloi membesarkan mereka dengan susah payah selama ini.


Atau kemahiran seni mempertahankan diri untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin kerana sedikit sebanyak ia membina karakter. 

3. Kembara dan Ziarah Lokasi Bersejarah

Bagi yang memilih aktiviti melancong dan mengembara.

Program ini memerlukan perancangan yang lebih.

Contoh tempat menarik yang boleh di lawati ialah pergi ke Melaka untuk melihat kesan tinggalan sejarah.

Banyak tempat menarik di sana. 

Zoo Melaka juga cantik dan terjaga rapi. Apa yang bagus dengan negeri Melaka ialah lokasi antara satu tarikan perlancongan ke tempat seterusnya sangat dekat. (Baca senarai penuh Tempat menarik di Melaka waktu malam dan siang!)

Daripada melawat Kota A Farmosa tinggalan penjajah Belanda kepada kampung melayu Morten kampung warisan tradisi melayu lama.

Kemudian pergi pula ke Masjid selat. Ada taman buaya dan banyak lagi  tempat menarik.

Ibu suka pergi pantai puteri di Melaka sebab cantik dan bersih

Pokok pun rendang je

Sambil duduk bawah pokok sambil ditiup angin. Syokk oo

Lepas tu makan Sate yang femes kat pantai tu, Sate Pek Tam Nazir

Sabah dan Sarawak pun banyak pulau dan tempat menarik untuk di lawati.

Kawasan pantai timur seperti Terengganu Kelantan dan Pahang terkenal dengan pantainya yang memutih dan keindahan Laut China Selatan yang mempersonakan.

Bagi yang mempunyai bajet lebih bolehlah menginap di hotel hotel mewah seperti Hilton dan Grand Mariyot. Harga pakej percutian sudah tentu mahal.

Pada kualiti terbaik.

Bagi yang mempunyai bajet terhad pula, boleh menginap di homestay yang memberikan harga bilik hotel yang lebih murah dan berpatutan. (Baca senarai lengkap Homestay di Melaka tepi pantai!)

Oleh kerana tuan puan melancong bersama keluarga memang ada pakej khas untuk tuan puan.

Tapi, pada kebiasaannya kadar sewa bilik hotel akan di naikkan pada masa ini.

Biasalah, masa puncak. Memang mereka ambil kesempatan untuk kaut keuntungan sebanyak mungkin.

Satu langkah bijak untuk jimat wang merancang kembara keluarga menunggu MATA Fair.

Semasa ini, agensi perlancongan memang banyak berkumpul bawah satu bumbung. Dan semua berlumba lumba menawarkan harga pakej terbaik.

Ramai yang sudah tahu tawaran terbaik dapat diperolehi semasa ini. Memang berbaloi. 

Ada untuk kembara di dalam negara. Ada pula pakej bercuti di luar negara.

Masa inilah kita nak buat perbandingan harga untuk ziarah ke negara bermusim seperti Turki China Jepun dan lain lain.

Ambil perhatian juga pada tarikh pergi ke negara negara tersebut. Sama ada sedang musim panas atau sejuk.

Sebab kita perlu buat persediaan untuk menyediakan kelengkapan yang sesuai.

Memang seronok pergi ke negara 4 musim semasa musim berbeza.

Contohnya semasa musim sejuk, perlu bawa kot, but dan baju sejuk yang banyak.

Suhu musim sejuk di sesetengah negara boleh turun di bawah takat beku.

Kita perlukan pakaian yang dapat memanaskan badan.

Musim bunga dan musim luruh suhu boleh tahan lagi bagi warga Malaysia.

Pada musim panas pula boleh bawa produk perlindungan cahaya matahari seperti sunblock dan baju yang menyerap peluh.

Bagi mengelakkan kulit kering.

Bagi yang merancang untuk pergi mengerjakan umrah. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah cuaca musim panas dan musim sejuk.

Elok ambil pakej umrah keluarga dan duduk di bilik berempat berlima dan berenam.

Lebih menjimatkan dan atas sebab keselamatan. Kitakan nak habiskan masa bersama keluarga sempena cuti sekolah. (Beafunmum.com)

Menunaikan umrah pada usia muda menjanjikan kelainan kepada anak anak kita.

Disini mereka boleh melihat kesan tinggalan penyebaran agama islam oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya.

Kesusahan mereka berada di padang pasir semasa musim panas yang terik menusuk kulit. Dengan hawa yang membahang.

Tiupan angin kering bercampur debu pasir.

Apalagi berperang semasa bulan ramadhan. Perang apa berlaku semasa al mubarak?

Perang Badar. 

Pada masa malamnya pula cuaca turun dan sangat sejuk. Lebih lebih lagi pada musim sejuk.

Melawat Bukit Uhud lokasi perang kedua dalam islam dan gua Hira' tempat turunnya wahyu pertama memang menginsafkan.

Ini akan mengajar anak anak dan keluarga kita menghargai nikmat agama islam yang mahal harganya ini.

Kita bebas mengamalkan islam di bumi tercinta sedangkan ramai lagi saudara kita di serata dunia menderita kerana di tindas dan di zalimi semata mata kerana mengamalkan agama suci ini.

Semestinya pengalaman cuti sekolah yang sangat berbeza bagi tahun 2017 / 2018 ini.

Antara pakej yang bagus untuk keluarga ialah pakej umrah hilton.

Kerana kemungkinan untuk terlepas solat fardhu berjemaah di masjidil haram lebih rendah. Dekat sangat.

Kalau nak buat ibadat umrah dan ziarah tempat bersejarah dalam islam serentak pun boleh.

Memang ada pakej untuk ke istanbul di Turki. Melawat empayar islam terakhir turki Uthmaniyah.

Di sana kita boleh lihat bagaimana Sultan Muhammad Al Fateh berjuang membebaskan dan membuka kota kebal tersebut dan menukar namanya kepada Istanpol yang bermaksud islam seluruhnya.

Bagaimana armada kapal baginda dihentikan kemaraannya di selat Bosphorus oleh rantai gergasi yang menyeberangi selat tersebut.

Dan kesungguhan dan ketabahan sebaik baik raja dan tentera ini melakukan inovasi dalam strategi ketenteraan.

Daripada penggunaan meriam Durban untuk menembak kubu dan juga mengangkat kapal perang menyeberangi daratan dengan kuasa manusia.

Ya, kapal melungsur diatas daratan melalui bukit bukau untuk melepasi halangan rantai gergasi.

Kembara ini pasti akan meninggalkan bekas yang kekal di dalam lubuk hati anak anak dan keluarga.

Betapa generasi terdahulu berusaha bermati matian menyebarkan agama islam.


Selain Turki, bumi Mesir, Jordan dan Sepanyol juga meninggalkan banyak lagi kesan tinggalan.


Bermusafirlah kita. Kerana ini tuntutan agama. Ini sunnah para Rasul dan Anbiya.


Kerana dari perjalanan bermusafir ini kita meluaskan pandangan dan melihat kebesaran Allah swt.


Seperti mana yang di sebut di dalam Al Quranul Karim

Yang bermaksud: 
Katakanlah (Muhammad), "Jelajahilah bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.''
Surah Al An'am(6:11) 

Yang bermaksud: 
Katakanlah (Muhammad) "Berjalanlah kamu di muka bumi, lalu perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.
Surah An-Naml(27:69)
Yang bermaksud: Katakanlah (Muhammad) "Berpergianlah kamu di muka bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan mereka adalah orang yang mempersekutukan (Allah)."
Surah Ar-Rum(30:42): 
Yang Bermaksud: Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dada.
Surah Al-Hajj(22:46)

Ok tamat bahagian melancong.

4. Belikan Sumber Bacaan Yang Berfaedah

Orang bijak pandai kata, pemimpin hari esok adalah pembaca hari ini

Macam mana nak galakkan anak anak kita membaca?

Ibu bapa boleh cuba tips di dalam buku ini. Bagus tau

Boleh amalkan dari ibu mengandung, sampai anak dah besar. 
"Mesti kita teringin nak bantu anak berjaya dalam hidup kan?"
Dengan membaca buku di bawah, kita dapat bantu mereka dari awal
"Klik gambar di bawah untuk bantu anak anak kita belajar membaca di usia muda"

Dah klik dan baca?

Itu baru sikit, kalau kita amalkan setiap hari di rumah

Insyaallah anak anak kita akan rasa beruntung sangat di kemudian hari

Sebab dapat ibu ayah yang prihatin

Ada mak ayah yang buka akaun tabung haji, dan tabung pendidikan dari mereka muda

Semua yang boleh kita bantu

Kita buat segera

Mari sama sama kita galakkan budaya pembacaan di rumah.


Sentiasa belikan keluarga kita bahan bacaan yang bermanfaat.


Wujudkan perpustakaan sendiri di rumah. Bacakan kisah para sahabat dan para nabi dari al quran kepada mereka sebelum tidur.


Jika di lakukan sejak dari awal, insyaallah lebih mudah.

5. Melawat Datuk Dan Nenek Di Kampung

Mari kita rapatkan tali persaudaraan. Pulanglah ke kampung bersama keluarga.


Kita jenguk ibu dan ayah yang sudah tua.


Mereka pasti gembira dengan kehadiran cucu yang menggamatkan suasana.


Sambil sambil tu boleh lawat sekali saudara mara di kampung. 

6. Berbudi Kepada Tanah


Bagi yang tinggal di kawasan bandar atau pun di kampung. Manfaatkan ruang yang ada untuk bercucuk tanam.


Tak perlu ruang yang besar pun. 


Tanam dalam pasu pun boleh. Kita beli segala peralatan di pasar tani. Jadikan projek kecil kecilan.


Sambil sambil tu sedekah pada jiran jika ada sayur sayuran lebih. Jimat duit belanja.


Dan bersedekah serentak. Sama sama dapat keberkatan.


Sudah pun enam aktiviti. Cukup sampai disini dahulu ya.


Ibu ucapkan

Selamat bercuti, rancanglah sebaiknya baki masa yang ada
"Orang yang gagal merancang, Sedang merancang untuk gagal"