Sakit bersalin dikatakan sakit paling sakit selepas maut. Ibu ada juga dengar dari mulut kawan kawan.
Ada yang sakit bersalin berhari hari lamanya sebab anak tak nak keluar. Mesti berdebar debar hati tu kan. Kalau boleh ramai nak bersalin secara normal. Lepas tu tak perlu menahan sakit lama.
Pengalaman ibu sendiri melahirkan 2 orang anak, Alhamdulillah lancar. Tapi itu pun dah rasa macam nak tercabut pinggang. Allah kurniakan proses kelahiran yang mudah untuk Ibu. Mungkin juga sebab semasa hamil, kita usaha sikit sikit baca doa & surah Al Quran yang boleh bantu mudahkan urusan dan juga ilmu mengesan tanda hampir bersalin. Sebab itu Ibu nak kongsikan doa doa yang diberkati ini, semoga sama sama dapat manfaat dari petua ini Insyaallah. Dibawah ini senarai doa mudah bersalin normal yang paling mujarab, sebab apa kita ambil terus dari
Doa mudah bersalin cara islam bersumberkan Al Quran
Betul kan. Mana ada doa lebih mustajab dari Al Quran. Allah turunkan Al Quran sebagai penyembuh & panduan
Al Quran panduan hidup kita
Dalam Al Quran pun ada kisah ibu melahirkan anak tau Tak percaya? Kisah Maryam as ibu Nabi Isa as, yang sarat mengandung & sedang sakit bersalin bersendirian di padang pasir Nanti kita kongsikan lebih lanjut Di bawah ini senarai Surah Al Quran yang bagus dibaca semasa ibu hamil
Surah dan ayat Al Quran untuk mudah bersalin.
Ibu yang akan melahirkan anak memerlukan persediaan rohani dan jasmani. Jasmani tu kita boleh buat senaman, berjalan jalan di tepi pantai & ambil makanan sihat semasa hamil. Tapi rohani tu macam mana? Kita boleh banyakkan bacaan zikir & kata kata yang baik. Orang bukan islam pun dah kaji benda ni. Memang terbukti, kata kata yang baik akan memberikan kesan & impak yang baik ke dalam hati. Di dalam Al Quran, ada banyak doa yang baik di amalkan oleh ibu mengandung.
Doa doa & surah untuk bersalin ini baik diamalkan setiap masa Masa bersendirian boleh, lepas solat boleh & pergi bercuti lagilah bole Dalam satu artikel yang Ibu baca di sini Sebenarnya doa doa yang dicadangkan ini tidak disebut secara khusus dalam hadis Sahih Semua ini ini adalah hanya doa cadangan untuk melahirkan anak yang dicadangkan oleh para Ulama Sekali lagi diingatkan bahawa terdapat tiada doa khusus dalam hadis sahih khusus untuk wanita hamil atau bayi. Syaikh Muhammad ibn Saalih al-'Uthaymeen (semoga Allah merahmatinya) telah ditanya: Adakah terdapat ayat-ayat yang boleh dibaca untuk tujuan membantu wanita bersalin lebih mudah?
Beliau menjawab Saya tidak mengetahui apa-apa daripada dalam sunnah Tetap jika ibu yang sedang bersalin membaca ayat ayat ini yang bermaksud mempermudahkan urusan menjadi lebih mudah, seperti ayat (tafsiran makna):
"Allah berhasrat untuk memudahkan kamu, dan Dia tidak mahu melakukan sesuatu sukar untuk kamu "
[Surah Al-Baqarah ayat - 185] Dan juga membaca ayat ayat al quran tentang kelahiran, seperti ayat (terjemahan dari makna):
"Dan tidak ada wanita yang mengandung atau melahirkan, tetapi denganNya pengetahuan "
[Surah Faatir Ayat ke 11] - ini akan memberi manfaat kepada pembacanya Kerana ia telah dicuba dan diuji, dengan izin dari Allah Seluruh Al-Quran adalah penyembuh Jika pembacanya dan orang yang dibacakan mempercayai impaknya Maka ia kesannya tidak dapat dielakkan, kerana Allah SWT berkata (terjemahan ayat)
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."
Ibu doakan agar ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua kerana nak beramal bukan mudah apatah lagi untuk istiqamah. Mengandung sendiri sudah banyak cabarannya. Kita mulakan dengan doa pertama dari Nabi yang menjaga Maryam AS. Siapakah baginda?
Doa mudah bersalin dari Al Quran
1. Doa Nabi Zakaria As
Doa ini kita perolehi dari Surah Ali Imran Ayat ke 38
Nabi Zakaria as telah membaca doa ini
Maksud ayat ini ialah
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
3. Ayat 89, Surah Al Anbiya'
Nabi Zakaria membaca doa ini yang terdapat dalam surah Al Anbiya'
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".
4. Ayat 1 hingga 5, Surah Al Insyiqaaq
Maksud ayat di atas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Apabila langit terbelah,
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh,
Dan apabila bumi diratakan,
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya)
Surah Al Quran untuk ibu mengandung mudah bersalin
Apa yang ibu hamil baca akan beri kesan kepada rohani & jasmani sendiri serta anak yang di kandung
Selain doa diatas Di bawah ini Ibu berikan beberapa lagi Surah di dalam al quran yang bagus diamalkan Insyaallah, amalan ini akan menyuburkan rohani kita agar lebih tenang & mudah bersalin (Ibu yang tenang akan mengeluarkan lebih banyak susu)
"Klik nama surah untuk kelebihannya kepada anak didalam rahim ibu"
Terang hati & kuat ingatan.
Memudahkan proses kelahiran & memperolehi anak yang sabar serta taat kepada ibu bapa
Memperoleh anak pintar akal & cerdik jiwa
Memperolehi anak cantik rupa & berakhlak mulia
Membantu pengeluaran susu ibu & anak bersifat berhati-hati
Menenangkan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
Membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
Melahirkan anak yang berdisiplin
Senaman ibu mengandung untuk mudah bersalin.
Senaman ini boleh dilakukan di rumah atau semasa ambil angin di taman.
Pastikan dapat nasihat doktor ya supaya bahaya dapat dielakkan.
"Klik nama senaman untuk untuk melihat kelebihannya"
Posisi senaman kegel
Senaman kegel bagus dalam menguatkan & melatih otot vagina supaya lebih kenyal
Kelebihannya bukan saja memudahkan bersalin, malah membantu menambahkan kemesraan hubungan suami isteri
Senaman kegel juga menjadikan otot ibu hamil mengembang & melentur dengan lebih baik semasa proses melahirkan bayi
Ia sesuai dilakukan di mana-mana saja tanpa diketuai orang sekeliling
Tips senang untuk melakukan senaman kegel ialah menahan air kencing separuh jalan, tetapi jangan keterlaluan ya. Sebab nanti jadi batu karang
Semasa menahan kencing, hitung masa menahan & kemudian lepaskan kencing
Jangan ingat senaman ini baik untuk wanita saja. Lelaki yang kerap melakukan senaman kegel akan merendahkan risiko menghidap kanser prostat
Tamat senaman 1
Posisi senaman tailor sitting akan meregangkan otot di kawasan peha & juga pelvis.
Posisi senaman tailor sitting untuk mudah bersalin normal
Senaman ini membantu memperbaiki postur badan
Ada lagi manfaatnya Ia akan melembutkan sendi pelvik & melancarkan pengaliran darah di kawasan bawah badan
Langkah langkah senaman Tailor Sitting
Ibu hamil duduk di kawasan rata dengan bahagian belakang kita di posisi tegak (Boleh bersandar pada dinding)
Kemudian, cantumkan tapak kaki kiri dengan kanan. Peha & lutut mesti bersentuhan dengan lantai. Otot kawasan peha dan punggung akan terasa regangan
Lazimkan senaman ini setiap kali duduk. Paling senang, selepas solat fardhu terus buat
Boleh juga lakukan senaman ini sambil duduk diatas sofa, sambil menonton tv bersama keluarga
Tamat senaman 2
Kelebihan Senaman Pelvic Rocking
Senaman ini mampu meregangkan & melentur otot di bahagian bawah belakang Ibu yang ada masalah sakit belakang mesti cuba senaman ini
Senaman ini ada banyak gaya Boleh buat macam gambar diatas Atau paling mudah sambil duduk atas kerusi
Langkah langkah senaman pelvic rocking
Mula dengan duduk dilantai
Kemudian tiru posisi pertama dalam gambar diatas. Sama macam anak kita merangkak. Luruskan tulang belakang hingga rata
Tunggu 5 saat
Kemudian bengkokkan belakang kita hingga sama seperti gambar kedua
Tunggu 5 saat
Ulang senaman ini beberapa kali
Tamat senaman 3
Kelebihan Senaman Wall Slide Senaman ini akan membantu membuka laluan semasa proses bersalin dengan lebih cepat
Senaman ini akan melatih ketahanan otot kawasan pelvic Dan memang meletihkan semasa mula mencubanya Tapi lama lama dah terer Makan pizza je ni
Langkah langkah senaman Wall Slide
Berdiri sambil membelakangkan dinding
Kemudian sandar belakang kita pada dinding
Buka kaki kita ke kiri dan ke kanan sama jarak dengan lebar bahu kita
Gelungsurkan bahagian badan yang menyentuh didinding ke bawah sehingga seperti posisi duduk diatas kerusi
Tahan beberapa saat & naik ke atas semula
Ulang semula beberapa kali
Senaman ini membantu menguatkan otot pelvik & memudahkan kita meneran bayi
Tamat senaman 4
Selain senaman ini, kaedah meneran juga penting. Boleh cuba cara dibawah & berlatih lebih awal.
Boleh saja cari ilmu. Nak lihat di youtube ada Klik video pendek 3 minit di bawah ini tentang teknik meneran yang betul
Di bawah ini Ibu ringkaskan tips meneran yang betul supaya mudah melahirkan anak
Baring sambil lutut berlipat dan buka kedua dua kaki
Angkat kepala hingga dagu menyentuh dada
Fokus pandangan mata pada perut
Letakkan tangan pada buku lali kaki
Meneran tanpa mengeluarkan suara
Jangan mengangkat punggung semasa meneran
Ucapkan bismillah & banyakkan zikir, ingat Allah banyak banyak
Tarik nafas dalam dalam, tutup mulut & fokus meneran
Makanan yang membekalkan tenaga supaya mudah bersalin.
Meneran dan bersalin memerlukan tenaga yang banyak. Jadi, pastikan kita makan makanan yang berkhasiat. Semasa mengandung supaya darah merah cukup, barulah kita bertenaga nak bersalin.
Jangan lupa untuk makan sebelum bersalin supaya tidak bersalin dalam perut kosong.
Nanti tak ada tenaga.
Badan akan lebih bersedia untuk bersalin dan bertenaga. Insyaallah, kesannya dapat di rasa. Dibawah ini Ibu senaraikan 14 makanan & minuman yang bagus dimasukkan dalam diet harian Dan membantu kita untuk bersalin
"Klik nama surah untuk kelebihannya kepada anak didalam rahim ibu"
1. Air
Air yang cukup sangat penting semasa melahirkan anak
Kekurangan air boleh menyebabkan kontraksi yang dialami lebih menyakitkan
Pastikan kita minum air yang secukupnya sebelum bersalin Tamat 1
2. Jus buah
Jus buah buahan pilihan yang bagus kerana sumber tenaga segera yang bagus
Jus buah segar ya. Bukan jenis bancuh. Jus yang lebih segar bukan saja sedap diminum.
Malah kaya khasiat, serat dan kurang kandungan gula Tamat 2
3. Madu Asli
Salah satu makanan sunnah. Dalam Al Quran pun ada sebut tentang madu & lebah. Kelebihan madu memang ramai dah tahu dan amalan minum madu adalah cara terbaik untuk mengekalkan gula darah & sebagai sumber tenaga kita.
Pastikan kita dapat sumber madu asli kerana madu asli ada enzim semulajadi yang menyihatkan.
Madu tiruan banyak gula & takberbaloi dengan harganya.
Tamat 3
4. Air Kelapa
Sekarang ni air kelapa dah ada dalam kotak. Selain rasanya yang segar & sedap diminum.
Air kelapa penuh elektrolit semula jadi yang bagus dalam mengekalkan tenaga ibu yang bakal bersalin Katanya minum air kelapa dekat dekat bersalin ni, kulit bayi yang lahir akan bersih Betul ke?
Tamat 4
5. Smoothies
Jika diberi pilihan, Ibu lebih suka minum smoothies berbanding jus sebab lebih kenyang & kurang gula. Kami sekeluarga memang kerap buat smoothies di rumah. Kita boleh masukkan oat & buah buah seperti kurma dalam smoothies
Nak letak madu pun boleh. Dengan rezepi yang betul, paras gula darah akan terkawal. Baik untuk kawal kencing manis ibu hamil (Kalau ada) Tamat 5
6. Biskut
Letakkan di dalam beg, dalam poket jubah & kereta kerana senang dibawa
Membekalkan tenaga tambahan disaat kecemasan
Pilih biskut berserat & rendah kandungan gula
Tamat 6
7. Mentega Kacang / Peanut butter
Sumber protein yang sedap berkhasiat
Sesuai di makan bersama roti serat penuh untuk kenyang lebih lama
Tamat 7
8. Buah Buahan
Enak di makan segar atau dibuat jus atau smoothies
Membekalkan tenaga segera untuk keperluan ibu hamil
Buah yang berserat mengelakkan sembelit & melancarkan penghadaman
Tamat 8
9. Telur
Sumber protein berkualiti & mudah didapati
Tamat 9
10. Yogurt
Membekalkan tenaga segera
Tamat 10
11. Sup ayam
Masyarakat barat & timur percaya dengan khasiat sup
Ibu yang akan melahirkan anak digalakkan makan sup
Sumber protein dari ayam akan memulihkan luka
Tamat 11
12. Oat
Ibu akan kenyang lebih lama & bertenaga
Bagus untuk membantu melahirkan anak
Antara makanan yang bagus di ambil untuk memudahkan bersalin
Tamat 12
13. Kurma
Seperti yang Ibu kongsi di awal artikel tadi Dalam Al Quran ada kisah tentang ibu bersalin & kurma
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu.
Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)
Kurma membekalkan semua zat dan mineral diperlukan badan kita untuk hidup
Membekalkan tenaga segera yang sedia digunakan badan
Kurma bagus untuk ibu bakal bersalin kerana dipercai memudahkan proses bersalin & mengurangkan kehilangan darah semasa bersalin
Tamat 13
Masyarakat melayu di negara kita sudah pun mengetahui khasiat minyak zaitun & kelapa dara
Tidak khairanlah ia telah digunakan secara turun temurun lagi termasuklah untuk memudahkan proses kelahiran.
Tamat 14
Kesimpulan amalan doa yang bagus untuk ibu senang bersalin
Doa itu bagus. Selain berdoa, kita juga buat persiapan fizikal seperti senaman dan juga pengambilan makanan yang sihat berkhasiat.
Bukankah Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.
Ibu doakan urusan kita semua bersalin dipermudahkan. Amin.
Sokong perkongsian ibu ini.. Sha amalkan baca alquran, sembang dan zikir untuk baby.. Alhamdulillah walaupun still sakit tapi dipermudahkan bersalin secara normal..
Ada yang sakit bersalin berhari hari lamanya sebab anak tak nak keluar.
Mesti berdebar debar hati tu kan. Kalau boleh ramai nak bersalin secara normal. Lepas tu tak perlu menahan sakit lama.
Pengalaman ibu sendiri melahirkan 2 orang anak, Alhamdulillah lancar.
Tapi itu pun dah rasa macam nak tercabut pinggang.
Allah kurniakan proses kelahiran yang mudah untuk Ibu.
Mungkin juga sebab semasa hamil, kita usaha sikit sikit baca doa & surah Al Quran yang boleh bantu mudahkan urusan dan juga ilmu mengesan tanda hampir bersalin.
Sebab itu Ibu nak kongsikan doa doa yang diberkati ini, semoga sama sama dapat manfaat dari petua ini
Insyaallah.
Dibawah ini senarai doa mudah bersalin normal yang paling mujarab, sebab apa kita ambil terus dari
Doa mudah bersalin cara islam bersumberkan Al Quran
Dalam Al Quran pun ada kisah ibu melahirkan anak tau
Tak percaya?
Kisah Maryam as ibu Nabi Isa as, yang sarat mengandung & sedang sakit bersalin bersendirian di padang pasir
Nanti kita kongsikan lebih lanjut
Di bawah ini senarai Surah Al Quran yang bagus dibaca semasa ibu hamil
Surah dan ayat Al Quran untuk mudah bersalin.
Tapi rohani tu macam mana? Kita boleh banyakkan bacaan zikir & kata kata yang baik.
Orang bukan islam pun dah kaji benda ni.
Memang terbukti, kata kata yang baik akan memberikan kesan & impak yang baik ke dalam hati.
Di dalam Al Quran, ada banyak doa yang baik di amalkan oleh ibu mengandung.
Doa doa & surah untuk bersalin ini baik diamalkan setiap masa
Masa bersendirian boleh, lepas solat boleh & pergi bercuti lagilah bole
Dalam satu artikel yang Ibu baca di sini
Sebenarnya doa doa yang dicadangkan ini tidak disebut secara khusus dalam hadis Sahih
Semua ini ini adalah hanya doa cadangan untuk melahirkan anak yang dicadangkan oleh para Ulama
Sekali lagi diingatkan bahawa terdapat tiada doa khusus dalam hadis sahih khusus untuk wanita hamil atau bayi.
Syaikh Muhammad ibn Saalih al-'Uthaymeen (semoga Allah merahmatinya) telah ditanya: Adakah terdapat ayat-ayat yang boleh dibaca untuk tujuan membantu wanita bersalin lebih mudah?
Saya tidak mengetahui apa-apa daripada dalam sunnah
Tetap jika ibu yang sedang bersalin membaca ayat ayat ini yang bermaksud mempermudahkan urusan
menjadi lebih mudah, seperti ayat
(tafsiran makna):
[Surah Al-Baqarah ayat - 185]
Dan juga membaca ayat ayat al quran tentang kelahiran, seperti ayat (terjemahan dari makna):
[Surah Faatir Ayat ke 11] - ini akan memberi manfaat kepada pembacanya
Kerana ia telah dicuba dan diuji, dengan izin dari Allah
Seluruh Al-Quran adalah penyembuh
Jika pembacanya dan orang yang dibacakan mempercayai impaknya
Maka ia kesannya tidak dapat dielakkan, kerana Allah SWT berkata (terjemahan ayat)
Surah Al-Isra' ayat ke 82
Ibu doakan agar ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua kerana nak beramal bukan mudah apatah lagi untuk istiqamah.
Mengandung sendiri sudah banyak cabarannya. Kita mulakan dengan doa pertama dari Nabi yang menjaga Maryam AS.
Siapakah baginda?
Doa mudah bersalin dari Al Quran
1. Doa Nabi Zakaria As
Doa ini kita perolehi dari Surah Ali Imran Ayat ke 382. Ayat 100 Surah As Saaffaat
Terjemahan ayat ini berbunyi
3. Ayat 89, Surah Al Anbiya'
4. Ayat 1 hingga 5, Surah Al Insyiqaaq
Surah Al Quran untuk ibu mengandung mudah bersalin
Selain doa diatas
Di bawah ini Ibu berikan beberapa lagi Surah di dalam al quran yang bagus diamalkan
Insyaallah, amalan ini akan menyuburkan rohani kita agar lebih tenang & mudah bersalin (Ibu yang tenang akan mengeluarkan lebih banyak susu)
Senaman ibu mengandung untuk mudah bersalin.
Senaman ini membantu memperbaiki postur badan
Ia akan melembutkan sendi pelvik & melancarkan pengaliran darah di kawasan bawah badan
Ibu yang ada masalah sakit belakang mesti cuba senaman ini
Boleh buat macam gambar diatas
Atau paling mudah sambil duduk atas kerusi
Senaman ini akan membantu membuka laluan semasa proses bersalin dengan lebih cepat
Dan memang meletihkan semasa mula mencubanya
Tapi lama lama dah terer
Makan pizza je ni
Tamat senaman 4
Boleh saja cari ilmu. Nak lihat di youtube ada
Klik video pendek 3 minit di bawah ini tentang teknik meneran yang betul
Di bawah ini Ibu ringkaskan tips meneran yang betul supaya mudah melahirkan anak
Makanan yang membekalkan tenaga supaya mudah bersalin.
Semasa mengandung supaya darah merah cukup, barulah kita bertenaga nak bersalin.
Dibawah ini Ibu senaraikan 14 makanan & minuman yang bagus dimasukkan dalam diet harian
Dan membantu kita untuk bersalin
1. Air
Air yang cukup sangat penting semasa melahirkan anakTamat 1
2. Jus buah
Jus buah buahan pilihan yang bagus kerana sumber tenaga segera yang bagusJus buah segar ya. Bukan jenis bancuh. Jus yang lebih segar bukan saja sedap diminum.
Malah kaya khasiat, serat dan kurang kandungan gula
Tamat 2
3. Madu Asli
Salah satu makanan sunnah. Dalam Al Quran pun ada sebut tentang madu & lebah.Kelebihan madu memang ramai dah tahu dan amalan minum madu adalah cara terbaik untuk mengekalkan gula darah & sebagai sumber tenaga kita.
Tamat 3
4. Air Kelapa
Sekarang ni air kelapa dah ada dalam kotak. Selain rasanya yang segar & sedap diminum.Air kelapa penuh elektrolit semula jadi yang bagus dalam mengekalkan tenaga ibu yang bakal bersalin
Katanya minum air kelapa dekat dekat bersalin ni, kulit bayi yang lahir akan bersih
Betul ke?
Tamat 4
5. Smoothies
Jika diberi pilihan, Ibu lebih suka minum smoothies berbanding jus sebab lebih kenyang & kurang gula.Kami sekeluarga memang kerap buat smoothies di rumah. Kita boleh masukkan oat & buah buah seperti kurma dalam smoothies
Nak letak madu pun boleh. Dengan rezepi yang betul, paras gula darah akan terkawal.
Baik untuk kawal kencing manis ibu hamil (Kalau ada)
Tamat 5
6. Biskut
Tamat 6
7. Mentega Kacang / Peanut butter
Tamat 7
8. Buah Buahan
Tamat 8
9. Telur
Tamat 9
10. Yogurt
Tamat 10
11. Sup ayam
Tamat 11
12. Oat
Tamat 12
13. Kurma
Seperti yang Ibu kongsi di awal artikel tadiDalam Al Quran ada kisah tentang ibu bersalin & kurma
Tamat 13
Tidak khairanlah ia telah digunakan secara turun temurun lagi termasuklah untuk memudahkan proses kelahiran.
Kesimpulan amalan doa yang bagus untuk ibu senang bersalin
Ulasan
Apa yang kita bisikkan dalam hati hari hari
Akan membentuk peribadi dan akhlak
Memang Maznee setuju dengan kehebatan kuasa doa ni
Masa mengandung memang elok banyak doa dan berzikir
Sha amalkan baca alquran, sembang dan zikir untuk baby..
Alhamdulillah walaupun still sakit tapi dipermudahkan bersalin secara normal..
Nice entry. Amalan ibu2 mempengaruhi anak2 yg dikandung.