Apa yang menarik di Melaka? Kecil kecil cili api. Itulah negeri Melaka. Destinasi perlancongan unggul & best di Malaysia. Nak tahu apa lebih menakjubkan? Di Malaysia, hanya 2 tempat diperakui oleh UNESCO sebagai bandar warisan dunia.
Melaka & Georgetown di Pulau pinang. Dengan sejarah melebihi 500 tahun. Hotel di Melaka pun banyak yang menarik. Booking awal atau pergi luar waktu puncak untuk harga murah. Kalau pergi dalam kumpulan besar, sewa jelah homestay. Memang tak ada masalah untuk bercuti di Melaka.
Tempat tempat menarik di Melaka waktu malam & siang! Rugi tak pergi. [Update 2023]
Mari kita mulakan dengan senarai terbaik tempat menarik Melaka untuk destinasi makan angin.
Tempat mandi manda di Melaka yang cantik untuk berkelah!
Melaka ada banyak pantai yang bersih dengan permandangan matahari terbit & terbenam yang mengasyikkan.
Di bawah ini Ibu senaraikan pantai terbaik di Melaka, sedia menerima kunjungan anda setiap masa.
1. Pantai Puteri Melaka, Tempat menarik untuk family day di melaka.
Apa yang menarik di Pantai Puteri? Biasanya kawasan yang ramai pelancong akan penuh dengan sampah. Pantang betul ramai pelancong, mesti banyak sampah Tapi tidak di Pantai Puteri Melaka. Kawasan pantainya bersih & terjaga rapi.
Kerajaan negeri Melaka memang ambil inisiatif membersihkan pantai ini setiap hari. Sampah di sapu & diangkut dengan teratur. Jadi datang sini memang sedap mata memandang. Cuma, memang tak boleh lawan pantai di langkawi. Datanglah melancong. Boleh menginap di hotel melaka yang terletak di tepi pantai untuk menyaksikan keindahan matahari terbit & terbenam. Pastikan booking awal untuk dapat harga murah. Atau tinggal di homestay.
Pantai seterusnya lebih mainstream. Dah ramai orang kenal, dan jalan memang sesak lah
Pantai apa tu?
_______________________
2. Pantai Klebang, Tempat makan menarik di Melaka!
Pantai ke 2 ini terletak tidak jauh dari pantai puteri. Kawasan ini telah ditambak beberapa tahun lepas & jadilah seperti sekarang Antara tinggalan kerja menambak kawasan pantai yang masih boleh dilihat ialah di Klebang Desert
Banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh buat di Klebang. Ibu kongsikan dalam link di bawah.
Bacaan menarik:Pantai Klebang Melaka! Senarai lengkap tempat menarik di klebang melaka.
Andai tuan puan nak menyewa di Bustel Klebang (Bus + Hotel), baik sewa homestay di pantai Klebang. Sebab bustel dah tak beroperasi dari tahun 2016. Wallahualam sebab apa. Macam mana nak tahu homestay paling bagus di sini?
Dah sampai pantai klebang, ada pilihan nak masuk tempat berbayar di bawah ni Di Malaysia cuma ada 1 saja muzium macam ni Tempat apa tu?
_______________________
3. Muzium Kapal Selam
Anak anak memang teruja dapat pergi muzium kapal selam yang di jaga rapi oleh PERZIM. Maklumlah budak lelaki. Lagipun, bukan senang nak dapat peluang nak naik kapal selam sebenarkan? Alang alang dah ada di Melaka ni, jangan lepaskan peluang tau. Nak tahu lebih lanjut, baca artikel di bawah.
4. Pantai Pengkalan Balak, Tempat penginapan menarik di Melaka.
Kalau nak dibandingkan dengan Pantai puteri dan Klebang. Lokasi pantai pengkalan balak agak jauh ke pedalaman. Perlu melalui jalan persisiran pantai baru tiba ke sini. Tapi, memang tak sia sia perjalanan jauh tu. Di sini kita dapat nikmati suasana di perkampungan nelayan di tepi pantai.
Boleh baca dan lihat sendiri. Yang pasti chalet dan homestay di sana banyak yang lawa lawa.
_______________________
Tempat percutian menarik di Melaka untuk melihat hidupan liar!
Kalau kita nak melihat sendiri haiwan liar di habitatnya, tak perlu pergi jauh. Melaka ada banyak tempat menarik untuk melihat mereka.
5. Taman Rama Rama Melaka (Reptilia pun ada)
Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ini mempunyai 20 spesies rama-rama yang cantik Lokasinya strategik & mudah dicapai. Ibu secara peribadi dah sampai ke taman rama melaka ni Memang cantik. Ada ibu ceritakan secara terperinci disini.
Tempat jalan di melaka seterusnya penuh dengan haiwan dan di buka siang dan malam. Apa tempat buka siang malam tu? Jawapannya ialah
_______________________
Tempat jalan di melaka seterusnya penuh dengan haiwan. Jawapannya sudah tentulah Zoo Melaka.
6. Zoo Melaka & Safari Malam.
Salah sebuah Zoo terbesar di Malaysia. Menempatkan banyak spesis binatang liar dan ada diantaranya di ancam kepupusan.
Bacaan menarik:Zoo Melaka. Memang menarik! Boleh lawat siang dan malam
_______________________
7. Taman buaya Melaka.
Ada apa yang best di taman buaya? Kalau setakat nak tengok buaya bermalas malasan, baik pergi zoo kan. Eh tak, sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang boleh kita lakukan di sini. Baca artikel di bawah untuk maklumat lengkap tentang kunjungan ke taman buaya.
Sesiapa yang meminati burung, memang tak boleh lepaskan peluang mengunjungi taman burung ini. Tempat ini adalah antara taman unggas terbesar di asia. Ada banyak burung yang cantik dan "rare" untuk tatapan kita. Dapat dengar suara kicauan burung yang merdu, mesti anak anak kita gembira tak terkata. Yang bagusnya dengan kebanyakan tempat percutian di melaka, fasiliti untuk kemudahan anak anak kecil disediakan. Memang mesra keluarga. Jadi, kalau bawa anak kecil, nak bancuh susu baby, nak basuh botol susu pun senang sebab kemudahan tu ada.
Bacaan menarik:Taman Burung Melaka! Banyaknya jenis burung yang cantik & berwarna warni.
_______________________
Taman Tema Menarik Di Melaka!
Memang banyak taman tema untuk kita habiskan masa di Melaka. Di bawah ini Ibu senaraikan yang paling menarik.
9. Melaka Wonderland Theme Park, tempat mandi di melaka yang seronok dikunjungi!
Jika anak anak kita mahu bermandi manda di taman tema air, Ibu syorkan untuk datang ke mari. Melaka Wonderland merupakan water theme park terbesar di Melaka. Dan ada banyak permainan yang boleh kita cuba sendiri di situ.
Kalau malas nak pergi Melaka Wonderland, cari saja resort yang ada taman tema air. Ada banyak di Melaka yang best best.
Kebanyakan resort di Melaka ada kemudahan water theme park sendiri. Jadi tak payah susah susah nak keluar memandu menempuh sesak semata mata nak mandu manda.
Kalau anda suka tangkap gambar, jangan lupa singgah rumah aneh ini. Segala perhiasan dalaman dalam rumah ini telah di susun terbalik, umpama kita sedang berjalan di atas syiling rumah.
Pada zaman dahulu, lanun lanun bebas berlayar di lautan dan samudera. Bermaharajalela dan menggentarkan hati para pelayar di lautan. Walaupun zaman itu telah lama berlalu, rasai sendiri pengalaman tersebut di sini. Ibu telah menulis rujukan lengkap untuk rujukan bersama.
Jika anda merancang untuk berjalan jalan di Melaka sambil mandi manda, lebih mudah untuk menyelam sambil minum air. Tempah saja penginapan yang menyediakan taman tema airnya sendiri. Bayou Lagoon memang terkenal di kalangan pelancong untuk membawa anak mandi manda semasa bercuti di Melaka.
Melaka ada banyak juga pilihan resort 4 bintang + taman tema air dalam 1 lokasi. A Famosa Resort menepati ciri ciri ini dengan tambahan 1 lagi taman tema Safari Wonderland yang menempatkan haiwan liar. Baca review bergambar tentang resort ini di bawah.
Ramai lagi yang tak tahu kewujudan air terjun ini di Melaka. Sebab, kalau di cari di google pun tak keluar.
Tempat ni memang best sebab tak ramai pengunjung. Permandangan pun lawa. Cuma sekiranya anda sedang berbadan dua, elakkanlah mengunjungi tempat macam ni buat sementara. Selain risiko batu yang licin, mudah tergelincir, baby dalam rahim tu pun wangi kan. Jadi, kalau dah ada tanda mengandung, pergi saja tempat lain.
Kami sekeluarga pernah mengunjungi air terjun lebih dari 2 kali. Kali terakhir kami datang ke mari, sudah agak banyak penerokaan dilakukan di kawasan persekitaran air terjun ini. Nak tahu cantik atau tidak air terjun ini? Baca artikel di bawah ini. Lengkap dengan peta dan gambar.
Masjid ini juga telah berusia lebih daripada 500 tahun. Telah di bina pada tahun 1748 oleh pedagang muslim yang berlayar dari India. Pihak berkuasa negeri Melaka telah mengisytiharkan masjid ini sebagai monumen bersejarah pada tahun 1999. Baca lebih lanjut review bergambar masjid ini di bawah.
Bacaan menarik:Masjid Kampung Kling. Senibina 4 bangsa berusia 500 tahun bertemu di sini.
_______________________
18. Masjid Selat Melaka.
Antara masjid yang di gemari oleh pelancong untuk singgah solat maghrib & kemudian sambung makin angin di malam hari.
Bacaan menarik:Masjid Selat Melaka. Ini sebabnya ramai pelancong suka singgah ke sini!
Sebab lokasi masjid ini tidak jauh dari Bandar Hilir yang memang terkenal untuk makan angin. Nak pergi pasar malam Jonker street ataupun naik Menara Taming Sari untuk menikmati permandangan kota Melaka.
_______________________
Tempat Membeli Belah Menarik Di Melaka!
Ada beberapa lokasi best untuk membeli cenderahati di Melaka. Dari pasar malam hinggalah ke butik berjenama.
Mesti ada yang sesuai dengan bajet kita. Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa.
19. Free Port Melaka.
Melaka Free port menempatkan kedai kedai terkemuka dari dalam dan luar negara.
Sesuai untuk pelancong yang berkemampuan & bercitarasa tinggi.
Baca lebih lanjut:Melaka Freeport, tempat terbaik untuk shopping barangan berjenama.
_______________________
20. Jonker Walk / Street.
Kalau kita lebih suka berbelanja di lokasi yang lebih santai, jom singgah di Jonker Walk pada malam hari. Ada pasar malam yang sangat terkenal di sini. Nak tahu apa yang best sangat dengan pasar malam Jonker street ni?
Bacaan menarik:Jonker Walk, Ini sebabnya ramai pelancong luar dan tempatan naik angau nak singgah sini!
_______________________
Permandangan Menarik Di Melaka!
21. Menara Tamingsari.
Jika anda tertanya tanya, mana nak pergi di malam hari semasa bercuti di Melaka. Tak payah fikir lama.
Datang dan naik menara ini untuk permandangan malam bandar ini yang indah. Tak sama tau, apa yang kita lihat pada waktu malam.
Sama macam kita naik river cruise, waktu malam lagi best dari siang hari.
Bacaan menarik:Menara Tamingsari! Ini sebab kenapa lebih berbaloi naik menara ini di malam hari.
_______________________
22. The Shore Sky Tower.
Apa tempat paling sesuai untuk lihat sunset? Mestilah tepi pantai kan. Memang betul tu. Tapi, kalau kita naik menara ini tak perlu pergi pantai pun kita dapat lihat permandangan matahari terbenam yang best.
Bacaan menarik:The Shore Melaka, tempat menarik untuk tangkap gambar!
_______________________
23. Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang.
Pantai ini memang cukup terkenal dengan pelbagai kedai makanan viral. Sampai jam jalan tau sebab ramainya orang nak beratur beli makanan. Nampak macam tak logik, tapi itulah hakikatnya. Hehe. Selain itu, kawasan dataran ini ada kolam mandi percuma dan banyak peniaga.
Bandar bandar di tamadun silam di seluruh dunia di bina berhampiran dengan sungai dan laut. Contohnya di Venice Itali.
Melaka juga tidak terkecuali, Sungai Melaka menjadi jalan perhubungan penting untuk perdagangan.
Jangan lepaskan peluang berlayar & menjamu mata dengan permandangan yang indah di Sungai Melaka.
Banyak sisa tinggalan sejarah yang masih dapat kita perhatikan. Senibina bangunan lama dengan pengaruh budaya asing. Kamera jangan tinggal.
Bacaan menarik:Melaka river cruise! Ini sebabnya lagi best pergi di malam hari.
_______________________
25. Melaka Skytrex.
Tempat best di Melaka seterusnya bukan untuk mereka yang gayat & manja. Hehe. Ibu pun tak berani ke mari. Suka aktiviti lasak?
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti ekstrem di kanopi hutan yang di sediakan untuk pengunjung Skytrex Melaka tempat menarik untuk mereka yang suka aktiviti lasak penuh cabaran.
Nak tahu berapa ekstrem? Baca artikel di bawah ni. Jangan gayat tau.
Bacaan menarik:Melaka Skytrex! Tempat mencabar lagi mendebarkan!
_______________________
Tempat Seni & Bersejarah Di Melaka Untuk Menghayati Tamadun Peradaban Melaka.
Kebanyakan tamadun lama di dunia terletak di tepi laut & sungai. Negeri Melaka memang bertuah kerana kaya dengan warisan sejarah dunia.
Di bawah ini Ibu berikan beberapa tempat menarik yang menyimpan khazanah peradaban & keseniah negara kita.
Tempat bersejarah di Melaka.
26. Kota A Famosa.
Kubu yang kelihatan usang ini terletak di tengah tengah Bandar Hilir.
Sangat sesak kalau ke sini di hujung minggu. Ibu sendiri pernah datang beberapa kali ke sini, tetapi pulang hampa kerana tak jumpa tempat letak kereta. Baca lebih lanjut tentang kota ini di dalam entri di bawah. Ada banyak info menarik & gambar tentang kota ini.
Bacaan menarik:Kota A Famosa, apa yang seronok di sini?
Banyak lagi tempat bersejarah yang berbaloi di lawati. Baca lebih lanjut tentang tempat no. 27 hingga no. 41 dengan klik link di bawah. Daripada muzium sultan zaman silam, muzium tentera laut dan banyak lagi.
Tempat makan menarik di Melaka, Sedap sedap semuanya!
Sambil jalan jalan, mesti kita nak makan di kedai yang sedap kan? Tak perlu risau sebab Melaka cukup banyak tempat makan sedap yang viral. Baca lebih lanjut tentang tempat no 42 hingga no 71 dengan klik link di bawah. Daripada coconut shake, kuih keria, asam pedas & banyak lagi. Nak sarapan, lunch dan dinner memang sedap belaka!
Homestay Melaka yang menarik! Nak tepi pantai? Ada swimming pool? Dekat dengan tempat best? Nak sewa banglo? Semua ada.
Nak depan pintu rumah ada swimming pool? Beres, semua ada.
Jika kita dah penat berjalan jalan di sekitar Melaka, mesti nak balik berehat di tempat yang selesa kan? Selain tinggal di hotel, apa kata kita tinggal di homestay. Di bawah ini ibu berikan contoh homestay yang pernah viral dulu.
72. Masbro Village Homestay.
Ibu ada tulis artikel khas tentang Masbro homestay yang unik ini. Satu perniagaan keluarga yang mendapat nama selepas viral di media sosial.
Homestay moden berbentuk segitiga yang di cat berwarna warni & di hadapannya pula ada kolam renang dengan air yang jernih kebiru biruan.
Memang cantik lah.
Nak tempah pastikan buat awal awal ya, sebab selalu penuh. Dan cuba elak waktu cuti sekolah. Banyak review kurang memuaskan semasa musim puncak. Ibu ada tulis entri khas mengenai Masbro village.
Klik link di bawah untuk tempat no 73 hingga no 122. Homestay di Melaka ini memang banyak pilihan. Nak yang murah, yang mahal semua ada. Terpulang pada kita nak pilih yang mana. Memang berbaloi.
Bacaan menarik:Homestay Melaka. Pilih saja lokasi dan harga. Macam macam pilihan ada.
_______________________
Kesimpulan tentang tempat percutian menarik di Melaka.
Tamat sudah senarai panjang tempat yang menarik di melaka, negeri bersejarah ini. Pantang cuti, mesti penuh sesak dengan orang. Semoga artikel ini telah membantu anda mengenalpasti
Tempat best waktu siang.
Lokasi menarik di malam hari.
Kedai makan sedap.
Tempat bersejarah.
Pantai & tempat mandi manda.
Tempat percuma & berbayar.
Terima kasih kerana baca perkongsian ini hingga habis. Semoga perjalanan kita di Melaka penuh dengan keriangan & kesyukuran. Insyaallah. Jumpa lagi.
Insyaallah hujung tahun ini akan melawat melaka lagi. Meamng tak puas bejalan jalan di melaka. Banyak tempat makan sedap dan lokasi menarik untuk di kunjungi
Baru beberapa tempat singgah bila bali Melaka. Semestinya kena terjah tempat² best ni. Walaupun negeri Melaka kecil, tapi banyak tempat best di Melaka kan..
Wah banyak rupanya tempat yang Yaya tak jejak lagi di Melaka walaupun kampung belah ayah kat Melaka tapi kami ni berjalan area Afamosa tu je. Thanks for sharing lepas ni boleh rujuk blog awak kalau nak jalan2 di Melaka hee
Banyak kan lokasi menarik baik nak ber rekreasi di kawasan laut, air terjun atau pun nak enjoy pergi park macam zoo dan lain-lain. Kampung husband di melaka tapi jalan Melaka tak habis lagi. Next target nak pergi rumah terbalik tu.
Selama ni jalan-jalan di Melaka tak pernah tau yang Melaka ada pantai. Selalu pergi tempat yang sama je. Lepasni boleh target pergi ke pantai Melaka pulakla
Banyak lagi rupanya tempt menarik di Melaka. Separuh drpd apa yg disenaraikan di atas dah pon pernah pergi. Lepas nie kalau pergi Melaka nak cuba lah dtg ke tempat2 menarik yg lain
Banyaknya tempat menarik di melaka. Kena rajin explore rupanya. Tak semetinya di bandar di kwwasan lain di melaka juga byk tempat yg blh kita lawati. Melaka ni biasanya saya suka food hunting
39 pastu ke 89. Jauhnya nak sampai. Hahaha. Ruby kalau ke melaka, tak risau apa pun. Cuma sediakan hotel selesa dan kenderaan untuk travel. Sehari tu boleh belajar macam-macam di melaka. Makan jangan ceritalah. Semuanya sedap belaka. Tunggu nanti nak pi road trip. hahaha
I am planning a trip to Melaka either in Aug or Sept. Will keep this list as a reference. Thanks! Already visited some of these places of interest but there are many unexplored.
Wah! Nampaknya banyak lagi lokasi yang Rawlins tak sampai kat Melaka. Nampak gaya kena pergi la next time. Boleh ajak rerakan pergi melancong ke Melaka lagi la nampaknya kan.
Banyaknya Tempat menarik yng kongsi kt sini . Lama betul tk singgah Melaka. Suka suasana sana lagi warisan dan Unesco . Nk star pge ni untuk reference ke Melaka nanti .
Banyaknya Tempat menarik yng kongsi kt sini . Lama betul tk singgah Melaka. Suka suasana sana lagi warisan dan Unesco . Nk star pge ni untuk reference ke Melaka nanti .
OMG! Akak terima kasih atas perkongsian artikel ini,esok dan lusa saya nak ke Melaka. Even dah pergi banyak kali pun, tapi tetap nak pergi. Bangga pergi tempat yang diiktiraf oleh UNESCO. Dan onie suka gila Melaka :D
#b- Tempat untuk melihat hidupan liar
#c- Taman tema
#d- Air terjun & kolam air panas
#e- Masjid bersejarah
#f- Tempat membeli belah
#g- Tempat dengan permandangan paling cantik
#h- Tapak bersejarah penuh warisan
#i- Kedai makan paling sedap
#j- Homestay terbaik
Nak tahu apa lebih menakjubkan? Di Malaysia, hanya 2 tempat diperakui oleh UNESCO sebagai bandar warisan dunia.
Melaka & Georgetown di Pulau pinang. Dengan sejarah melebihi 500 tahun. Hotel di Melaka pun banyak yang menarik. Booking awal atau pergi luar waktu puncak untuk harga murah. Kalau pergi dalam kumpulan besar, sewa jelah homestay. Memang tak ada masalah untuk bercuti di Melaka.
Tempat tempat menarik di Melaka waktu malam & siang! Rugi tak pergi. [Update 2023]
Mari kita mulakan dengan senarai terbaik tempat menarik Melaka untuk destinasi makan angin.Tempat mandi manda di Melaka yang cantik untuk berkelah!
Di bawah ini Ibu senaraikan pantai terbaik di Melaka, sedia menerima kunjungan anda setiap masa.
1. Pantai Puteri Melaka, Tempat menarik untuk family day di melaka.
Tapi tidak di Pantai Puteri Melaka. Kawasan pantainya bersih & terjaga rapi.
Sampah di sapu & diangkut dengan teratur. Jadi datang sini memang sedap mata memandang. Cuma, memang tak boleh lawan pantai di langkawi.
Datanglah melancong. Boleh menginap di hotel melaka yang terletak di tepi pantai untuk menyaksikan keindahan matahari terbit & terbenam. Pastikan booking awal untuk dapat harga murah. Atau tinggal di homestay.
2. Pantai Klebang, Tempat makan menarik di Melaka!
Antara tinggalan kerja menambak kawasan pantai yang masih boleh dilihat ialah di Klebang Desert
Banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh buat di Klebang. Ibu kongsikan dalam link di bawah.
Andai tuan puan nak menyewa di Bustel Klebang (Bus + Hotel), baik sewa homestay di pantai Klebang.
Sebab bustel dah tak beroperasi dari tahun 2016. Wallahualam sebab apa. Macam mana nak tahu homestay paling bagus di sini?
Di Malaysia cuma ada 1 saja muzium macam ni
Tempat apa tu?
3. Muzium Kapal Selam
Lagipun, bukan senang nak dapat peluang nak naik kapal selam sebenarkan?
Alang alang dah ada di Melaka ni, jangan lepaskan peluang tau.
Nak tahu lebih lanjut, baca artikel di bawah.
4. Pantai Pengkalan Balak, Tempat penginapan menarik di Melaka.
Kalau nak dibandingkan dengan Pantai puteri dan Klebang. Lokasi pantai pengkalan balak agak jauh ke pedalaman.
Perlu melalui jalan persisiran pantai baru tiba ke sini. Tapi, memang tak sia sia perjalanan jauh tu. Di sini kita dapat nikmati suasana di perkampungan nelayan di tepi pantai.
Boleh baca dan lihat sendiri. Yang pasti chalet dan homestay di sana banyak yang lawa lawa.
Tempat percutian menarik di Melaka untuk melihat hidupan liar!
5. Taman Rama Rama Melaka (Reptilia pun ada)
Lokasinya strategik & mudah dicapai. Ibu secara peribadi dah sampai ke taman rama melaka ni
Memang cantik. Ada ibu ceritakan secara terperinci disini.
Apa tempat buka siang malam tu? Jawapannya ialah
6. Zoo Melaka & Safari Malam.
7. Taman buaya Melaka.
Ada apa yang best di taman buaya? Kalau setakat nak tengok buaya bermalas malasan, baik pergi zoo kan.
Eh tak, sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang boleh kita lakukan di sini. Baca artikel di bawah untuk maklumat lengkap tentang kunjungan ke taman buaya.
8. Taman burung Melaka.
Sesiapa yang meminati burung, memang tak boleh lepaskan peluang mengunjungi taman burung ini.
Tempat ini adalah antara taman unggas terbesar di asia. Ada banyak burung yang cantik dan "rare" untuk tatapan kita.
Dapat dengar suara kicauan burung yang merdu, mesti anak anak kita gembira tak terkata. Yang bagusnya dengan kebanyakan tempat percutian di melaka, fasiliti untuk kemudahan anak anak kecil disediakan. Memang mesra keluarga. Jadi, kalau bawa anak kecil, nak bancuh susu baby, nak basuh botol susu pun senang sebab kemudahan tu ada.
Taman Tema Menarik Di Melaka!
Memang banyak taman tema untuk kita habiskan masa di Melaka. Di bawah ini Ibu senaraikan yang paling menarik.9. Melaka Wonderland Theme Park, tempat mandi di melaka yang seronok dikunjungi!
Jika anak anak kita mahu bermandi manda di taman tema air, Ibu syorkan untuk datang ke mari.
Melaka Wonderland merupakan water theme park terbesar di Melaka. Dan ada banyak permainan yang boleh kita cuba sendiri di situ.
Kalau malas nak pergi Melaka Wonderland, cari saja resort yang ada taman tema air. Ada banyak di Melaka yang best best.
Kebanyakan resort di Melaka ada kemudahan water theme park sendiri. Jadi tak payah susah susah nak keluar memandu menempuh sesak semata mata nak mandu manda.
10. Rumah Terbalik Melaka.
Segala perhiasan dalaman dalam rumah ini telah di susun terbalik, umpama kita sedang berjalan di atas syiling rumah.
11. The Pirate Adventure – Melaka Alive
Pada zaman dahulu, lanun lanun bebas berlayar di lautan dan samudera. Bermaharajalela dan menggentarkan hati para pelayar di lautan.
Walaupun zaman itu telah lama berlalu, rasai sendiri pengalaman tersebut di sini. Ibu telah menulis rujukan lengkap untuk rujukan bersama.
12. Bayou Lagoon Park Resort Melaka.
Jika anda merancang untuk berjalan jalan di Melaka sambil mandi manda, lebih mudah untuk menyelam sambil minum air.
Tempah saja penginapan yang menyediakan taman tema airnya sendiri. Bayou Lagoon memang terkenal di kalangan pelancong untuk membawa anak mandi manda semasa bercuti di Melaka.
13. A Famosa Resort Melaka.
Melaka ada banyak juga pilihan resort 4 bintang + taman tema air dalam 1 lokasi.
A Famosa Resort menepati ciri ciri ini dengan tambahan 1 lagi taman tema Safari Wonderland yang menempatkan haiwan liar. Baca review bergambar tentang resort ini di bawah.
Air terjun dan kolam best untuk mandi di Melaka.
14. Kolam air panas jasin.
15. Air terjun Asahan, Gunung Ledang.
Ramai lagi yang tak tahu kewujudan air terjun ini di Melaka. Sebab, kalau di cari di google pun tak keluar.Destinasi seterusnya sesuai untuk mereka yang suka bergambar. Dari suasana yang damai di air terjun Asahan, Kita kembali ke hutan batu.
Masjid Bersejarah Di Melaka.
16. Masjid Kampung Hulu.
17. Masjid Kampung Kling.
Masjid ini juga telah berusia lebih daripada 500 tahun. Telah di bina pada tahun 1748 oleh pedagang muslim yang berlayar dari India.Pihak berkuasa negeri Melaka telah mengisytiharkan masjid ini sebagai monumen bersejarah pada tahun 1999. Baca lebih lanjut review bergambar masjid ini di bawah.
18. Masjid Selat Melaka.
Antara masjid yang di gemari oleh pelancong untuk singgah solat maghrib & kemudian sambung makin angin di malam hari.Sebab lokasi masjid ini tidak jauh dari Bandar Hilir yang memang terkenal untuk makan angin. Nak pergi pasar malam Jonker street ataupun naik Menara Taming Sari untuk menikmati permandangan kota Melaka.
Tempat Membeli Belah Menarik Di Melaka!
19. Free Port Melaka.
20. Jonker Walk / Street.
Kalau kita lebih suka berbelanja di lokasi yang lebih santai, jom singgah di Jonker Walk pada malam hari.Ada pasar malam yang sangat terkenal di sini. Nak tahu apa yang best sangat dengan pasar malam Jonker street ni?
Permandangan Menarik Di Melaka!
21. Menara Tamingsari.
22. The Shore Sky Tower.
Apa tempat paling sesuai untuk lihat sunset? Mestilah tepi pantai kan.Memang betul tu. Tapi, kalau kita naik menara ini tak perlu pergi pantai pun kita dapat lihat permandangan matahari terbenam yang best.
23. Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang.
Pantai ini memang cukup terkenal dengan pelbagai kedai makanan viral. Sampai jam jalan tau sebab ramainya orang nak beratur beli makanan.Nampak macam tak logik, tapi itulah hakikatnya. Hehe. Selain itu, kawasan dataran ini ada kolam mandi percuma dan banyak peniaga.
24. Cruise di Sungai Melaka.
25. Melaka Skytrex.
Tempat Seni & Bersejarah Di Melaka Untuk Menghayati Tamadun Peradaban Melaka.
Kebanyakan tamadun lama di dunia terletak di tepi laut & sungai. Negeri Melaka memang bertuah kerana kaya dengan warisan sejarah dunia.Di bawah ini Ibu berikan beberapa tempat menarik yang menyimpan khazanah peradaban & keseniah negara kita.
Tempat bersejarah di Melaka.
26. Kota A Famosa.
Kubu yang kelihatan usang ini terletak di tengah tengah Bandar Hilir.Sangat sesak kalau ke sini di hujung minggu. Ibu sendiri pernah datang beberapa kali ke sini, tetapi pulang hampa kerana tak jumpa tempat letak kereta.
Baca lebih lanjut tentang kota ini di dalam entri di bawah. Ada banyak info menarik & gambar tentang kota ini.
Banyak lagi tempat bersejarah yang berbaloi di lawati.
Baca lebih lanjut tentang tempat no. 27 hingga no. 41 dengan klik link di bawah.
Daripada muzium sultan zaman silam, muzium tentera laut dan banyak lagi.
42. ~ 71. Kedai makan sedap.
Tempat makan menarik di Melaka, Sedap sedap semuanya!
Sambil jalan jalan, mesti kita nak makan di kedai yang sedap kan? Tak perlu risau sebab Melaka cukup banyak tempat makan sedap yang viral.
Baca lebih lanjut tentang tempat no 42 hingga no 71 dengan klik link di bawah.
Daripada coconut shake, kuih keria, asam pedas & banyak lagi. Nak sarapan, lunch dan dinner memang sedap belaka!
Homestay Melaka yang menarik! Nak tepi pantai? Ada swimming pool? Dekat dengan tempat best? Nak sewa banglo? Semua ada.
Jika kita dah penat berjalan jalan di sekitar Melaka, mesti nak balik berehat di tempat yang selesa kan?
Selain tinggal di hotel, apa kata kita tinggal di homestay. Di bawah ini ibu berikan contoh homestay yang pernah viral dulu.
72. Masbro Village Homestay.
73. ~ 122. Homestay di Melaka.
Homestay di Melaka ini memang banyak pilihan. Nak yang murah, yang mahal semua ada. Terpulang pada kita nak pilih yang mana. Memang berbaloi.
Kesimpulan tentang tempat percutian menarik di Melaka.
Tamat sudah senarai panjang tempat yang menarik di melaka, negeri bersejarah ini. Pantang cuti, mesti penuh sesak dengan orang.Semoga artikel ini telah membantu anda mengenalpasti
Terima kasih kerana baca perkongsian ini hingga habis. Semoga perjalanan kita di Melaka penuh dengan keriangan & kesyukuran.
Insyaallah. Jumpa lagi.
تعليقات
Ada yang percuma & ada pula kena bayar
Maznee suka lagi pergi tempat alam semulajadi macam air terjun dan tepi pantai
Dapat rehatkan minda
Rasa macam dah pergi banyak tempat best
Rupa rupanya ada lagi yang belum pernah sampai
Terbaik lah review ibu zaid ni
Cuti pun panjang lagi ni
Jom jalan ke Melaka
Orang Melaka ni
Lagipun tempat baru makin lama makin banyak buka kan
Perlahan lahan kita pergi satu satu
Nak pergi semua kena keluar belanja lagi kan
Yang penting kita isi masa berkualiti
Sewa homestay
Lepas tu bawa makanan dari rumah
Masak di home stay
Pergi tempat percuma yang tak perlu bayar macam pantai puteri dan air terjun asahan tu
Memang keluar belanja
Tapi masih mampu milik dan berbaloi
Insyaallah
Hehe
Agaknya baby dalam perut teringin makan tu
Jadi kenangan sampai bila bila kan
Tak habis sekali pusing
Selamat melancong ke melaka tuan jmr
Nak buat macam mana kan 😁
Sewa homestay saja di lokasi yang dekat
Ibu pun tak sanggup
Semut juga yang datang kerana gula
suka homestay village tu.. love deco and colours. bagus business ni..