9+ Cara Menghilangkan Jerawat Batu. Wah mudahnya! Buat sungguh sungguh.
Oleh
Ibu Syurga
URL Copied
Jika kita mengidamkan untuk mendapat kulit yang licin & cantik berseri, kita tidak bersendirian!
Tapi masalah utama yang perlu kita atasi ialah bagaimana untuk menghilangkan jerawat yang berkesan dan selamat.
Hari ini ibu akan berkongsi tips lengkap mendapatkan kulit cantik tanpa jerawat melalui amalan cara hidup & juga penggunaan skincare yang sesuai.
Cara menghilangkan jerawat di rumah dengan selamat & berkesan! Tak perlu rawatan kulit muka & skincare yang mahal mahal.
Masalah kulit berjerawat dihadapi oleh wanita dari usia remaja, sehinggalah semasa kita mengandung.
Adakah cara yang boleh di amalkan oleh wanita pelbagai lapisan usia, terutama semasa kita sedang hamil supaya kita kekal jelita.
Apa yang ibu mengandung boleh pakai, pasti selamat untuk wanita lain kan, kerana bayi yang di kandung sangat sensitif dengan bahan kimia yang digunakan oleh ibunya.
Jadi hari ini, Ibu akan berkongsi tips tips kecantikan untuk cara hilangkan jerawat batu yang menyebabkan banyak masalah fizikal dan psikologi terhadap wanita. (Baca lebih lanjut tentang jerawat batu di muka dan cara merawatnya!)
Masalah seperti
parut kulit kekal
imej diri yang lemah
Keyakinan diri yang rendah
Kemurungan
Mari kita mulakan dengan melihat apakah yang menyebabkan jerawat dan bagaimana pelbagai jenis jerawat menjejaskan kulit kita dengan cara yang berbeza.
Jenis jenis jerawat & cara mengatasinya dengan rawatan kulit muka / skincare di rumah.
Terdapat beberapa jenis jerawat yang akan menjadikan kulit kita kurang cantik.
Walau apapun jenis jerawat yang menyerang kita, sangat penting untuk kita atasi punca punca asas jerawat sebagai penyelesaian jerawat yang paling berkesan.
Ini akan memastikan kita mampu mengekalkan kulit yang sihat dan bersih sepanjang masa.
1. Jerawat Vulgaris
Jerawat jenis ini lebih dikenali sebagai "jerawat biasa".
Jerawat vulgaris boleh di kenal pasti sebagai bintik putih (whiteheads), bintik hitam dan jerawat yang menyebabkan kulit kita kurang cantik.
Ia disebabkan oleh sel-sel kulit mati dan minyak yang menyumbat folikel rambut.
2. Jerawat Comedonal
Jerawat jenis ini juga disebabkan oleh minyak dan serpihan kulit mati / debu yang menyumbat liang-liang roma kulit.
Boleh dikenalpasti melalui benjolan berwarna pada kulit yang dipanggil papules.
Ia biasanya berlaku di dahi atau dagu.
3. Jerawat Hormon
Lelaki & perempuan mengalami masalah jerawat, tetapi jerawat yang disebabkan hormon lebih mudah menyerang wanita & remaja.
Jerawat yang disebabkan hormon berlaku apabila hormon dalam badan pengeluaran minyak di kawasan muka yang berlebihan.
Jerawat jenis ini boleh menjadi lebih teruk dipengaruhi oleh kepada perubahan hormon.
Wanita yang mengalami masalah jerawat semasa hampir datang haid mengalami masalah jerawat jenis ini.
Ada juga ibu mengandung yang mengalami masalah jerawat yang serius semasa hamil disebabkan oleh perubahan hormon.
Ibu hamil boleh menukar diet yang diambil kepada makanan yang kurang berminyak & bergoreng.
Selain itu, penggunaan skincare yang sesuai untuk ibu hamil sangat memb
4. Jerawat Inflamasi
Jerawat jenis inflamasi boleh dikenali melalui benjolan merah.
Jerawat jenis ini timbul dengan sendirinya & menyebabkan rasa sakit di kawasan tersebut.
Masalah jerawat jenis ini yang berterusan mungkin memerlukan rawatan oleh pakar kulit / dermatologi, disamping penggunaan ubat jerawat.
5. Jerawat Cystic (Jerawat batu)
Ini adalah jenis jerawat yang paling serius.
Jerawat cyst memerlukan rawatan pakar kulit / dermatologi dan juga penggunaan ubat jerawat berdaftar untuk dirawat.
Kebanyakan produk skincare & jerawat di pasaran tidak dapat merawat jerawat jenis ini dengan berkesan.
Jerawat cystik boleh menyebabkan parut kekal yang menyebabkan kulit kita tidak cantik kerana jeragat.
Dapatkan rawatan segera dari doktor atau pakar kulit sebelum keadaan bertambah buruk.
Selepas kita mengetahui jenis jenis jerawat, penting untuk kita amalkan tips dibawah semasa di rumah untuk membantu hilangkan jerawat.
9 Cara nak hilangkan jerawat di rumah dengan mudah & selamat! Selain menggunakan skin care terbaik di farmasi, banyak lagi rawatan kulit muka yang kita boleh amalkan tanpa pergi ke klinik pakar kulit.
Ibu percaya, ramai yang percaya nak hilangkan jerawat mesti pakai ubat kan?
Sebenarnya, penggunaan ubat adalah salah satu dari cara caranya.
Ada banyak lagi cara lain yang kita boleh amalkan di rumah, di bawah ini Ibu senaraikan untuk manfaat bersama.
Dan semua cara di bawah selamat di amalkan ibu mengandung.
1. Jangan sentuh muka dengan tangan kita.
Tangan kita mungkin tercemar dengan pelbagai kotoran daripada aktiviti harian.
Jadi menyentuh kulit muka dengan tangan yang kotor boleh membantu menyebabkan jerawat.
Ini sangat sukar dilakukan, kerana mungkin kita sudah terbiasa menyentuh muka sendiri bawah sedar.
Elakkan menggaru kulit wajah kita, baring sambil meletakkan muka di atas tangan kita, dan paling penting memicit jerawat.
Jangan kita memicit jerawat kerana ini akan mendedahkan lebih banyak bakteria pada kulit kita dan akan menjadikan jerawat lebih teruk.
2. Makan secara sihat.
Apa yang kita makan akan menjadikan kita awet muda atau cepat tua.
Makanan yang diproses & mengandungi banyak kandungan minyak akan meningkatkan jerawat yang muncul pada badan kita.
Amalan pemakanan yang sihat dari bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, dan protein akan membantu kita mendapatkan jumlah nutrien yang betul untuk kulit kita membaiki & tumbuh semula dengan lebih cepat, serta menghalang pengeluaran minyak yang tidak perlu.
Kurangkan atau elakkan makanan yang diproses / mengandungi banyak gula untuk kulit yang cantik dan bebas jerawat.
3. Dapatkan rehat yang cukup setiap hari
Semasa kita tidur & berehat, badan kita akan membaiki kerosakan yang berlaku.
Tidur & rehat sekurang-kurangnya 8 jam sehari akan membantu untuk melegakan badan kita dan juga membuang toksin berbahaya dari badan.
Jika kita tidak mendapat cukup tidur, kulit kita berkemungkinan tidak mempunyai masa atau keupayaan memperbaharui sel kulitnya.
Adalah baik untuk kita tidur awal setiap hari dan bangun awal untuk kualiti tidur yang baik.
4. Bersenam lebih kerap
Bersenam sangat bagus untuk kesihatan kita & juga dalam mengurangkan masalah jerawat yang dihadapi.
Semasa kita bersenam, badan akan melepaskan hormon endorfin yang menurunkan tekanan dan mengurangkan pengeluaran minyak di kulit muka.
Senaman juga akan mengeluarkan peluh yang menyingkirkan toksin dalam tubuh serta membersihkan sel kulit mati.
Amalan bersenam setiap hari selama 30 minit akan membantu mengurangkan jerawat & menjadikan kita lebih sihat & bertenaga.
5. Banyakkan minum kosong.
Badan kita terdiri lebih dari 70% air. Amalan meminum air kosong yang mencukupi setiap hari akan membantu badan kita beroperasi dengan lebih baik.
Air akan membantu kita mengeluarkan toksin dari dalam tubuh & menjadikan kita kelihatan lebih muda & bertenaga.
Jumlah air yang diambil bagi setiap individu berbeza menurut berat badan mereka, cuba amalkan pengambilan 2 liter air setiap hari.
6. Gunakan skincare yang sesuai dengan kulit kita
Terdapat pelbagai jenis skincare yang terdapat dipasaran untuk jenis kulit yang berbeza.
Pilih skincare yang paling sesuai untuk kulit kita supaya masalah kulit yang di alami dapat di atasi dengan betul.
Penggunaan skincare yang kurang sesuai dengan kulit kita akan menyebabkan masalah pengeluaran minyak yang semakin teruk.
Ini akan menyebabkan jerawat yang muncul semakin teruk kerana liang roma tersumbat. Pastikan kita memilih skincare yang sesuai supaya masalah yang lebih serius dapat di elakkan.
Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengetahui kesan yang dialami oleh badan kita (terutama semasa hamil) seperti kajian ini.
7. Gunakan pelindung matahari setiap hari
Sinaran Ultraviolet adalah sebab utama kita tua lebih awal dari usia.
Pendedahan berlebihan kepada sinaran UV semasa berada di luar rumah (Contohnya di taman) juga membawa kepada kanser kulit.
Sinaran matahari boleh menyebabkan penuaan pramatang seperti timbulnya
Bintik-bintik matahari
Garis halus
Dan kedutan.
Bagi wanita yang sering berada di luar, jadikan penggunaan krim pelindung matahari di siang hari untuk semua peringkat umur muda dan tua. Pantang keluar rumah tak pakai sunblock.
Ini boleh mencegah kanser kulit di masa depan.
Apabila kita keluar di bawah sinar matahari untuk jangka masa yang panjang, cuba cari perlindungan di tempat teduh seboleh mungkin.
8. Gunakan kain tuala & pakaian bersih.
Seperti juga tangan, kain pakaian kita juga perlu sentiasa di pastikan bersih.
Mana-mana kain yang bersentuhan dengan kulit kita dengan kerap seperti pakaian, tuala, sarung bantal dan cadar harus dibasuh sekurang kurangnya sekali seminggu.
Ini akan membantu menghilangkan minyak dan bakteria yang terkumpul semasa kita menggunakannya.
Penggunaan pencuci / detergen yang lembut untuk kulit sensitif akan membantu menyelesaikan masalah jerawat kita.
9. Kerap mandi.
Kebersihan adalah separuh daripada iman, amalan penjagaan kebersihan diri yang paling penting adalah mandi setiap jari.
Jika kita selalu mandi, ini akan membantu pengeluaran minyak dari kulit yang rendah, membunuh bakteria, dan membersihkan sel-sel kulit mati.
Gunakan sabun mandian dan gunakan syampu yang sesuai dengan kulit kita supaya pengeluaran minyak di kulit badan dan rambut kita dapat dikurangkan.
Penting untuk kita mandi selepas balik dari bekerja & bersenam kerana peluh kita mengandungi minyak dan sel kulit mati yang boleh menyebabkan jerawat.
Selesai sudah 9 cara untuk kawal jerawat, sekarang ni kita lihat pula bahan berbahaya dalam skincare yang kurang sesuai untuk ibu mengandung.
Elakkan produk hilangkan parut jerawat mengandungi bahan di bawah! Skincare yang bagus untuk kulit tak ada bahan berbahaya ni.
Tips yang ibu berikan tadi ada menggunakan beberapa jenis produk skincare & penjagaan diri.
Antaranya pembersih muka, krim siang, krim pelindung matahari dan sabun mandian.
Produk skincare ada banyak jenis, ada yang menggunakan bahan semulajadi seperti madu lebah & susu (kambing & lembu).
Susu memang baik digunakan secara luaran dan dalaman terutama semasa mengandung.
Ibu sendiri pernah pakai produk skincare berasaskan susu kambing semasa hamil dulu.
Ada pula yang menggunakan bahan kimia.
Tidak semua produk di luar sana selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung kerana bahan bahan aktif yang terkandung di dalamnya akan menyerap masuk ke dalam kulit.
Dan boleh memberikan kesan sampingan jangka pendek dan panjang.
Apakah bahan bahan yang perlu di elakkan semasa kita membeli produk ini?
Cuba semak jadual bahan mentah di belakang label produk untuk bahan di bawah ini.
1. Retinol
Juga dikenali sebagai Retin-A dan retinyl palmitate, adalah terbitan dari vitamin A.
Pengambilan vitamin A yang mencukupi penting untuk pertumbuhan embrio, tetapi beberapa kajian telah mengaitkan pengambilan berlebihan kepada
Kecacatan kepala
Jantung
Otak
Saraf tunjang.
Jumlah retinol yang akan diserap melalui kulit adalah sedikit tetapi lebih baik kita berjaga jaga kerana kesan buruk akibat berlebihan mengambilnya sangat banyak.
2.Benzoyl peroksida & asid salisilik
Wanita mengandung akan mengalami perubahan & peningkatan hormon androgen dan boleh menyebabkan masalah jerawat.
Penggunaan ubat-ubatan yang kuat untuk jerawat seperti Accutane harus dielakkan, malah bahan seperti benzoyl peroksida dan asid salisilik jika diambil dalam kuantiti yang banyak boleh memberi kesan negatif.
Penggunaan secara luaran mungkin selamat, tetapi penting untuk menggunakannya dalam kuantiti yang betul, dan pada kawasan yang tidak terlalu besar untuk mengelakkan penyerapan berlebihan melalui kulit.
3. Hydroquinone
Sesetengah wanita mengandung akan mengalami melasma ayau pigmentasi kulit. Masalah ini akan hilang selepas bersalin.
Tetapi ada ibu hamil yang bertindak menggunakan produk kulit yang mengandungi hydroquinone yang mempunyai kadar penyerapan kulit setinggi - 35 hingga 45 peratus.
Pakar tidak menggalakkan ibu hamil menggunakan produk yang mempunyai kandungan hydroquinone semasa hamil.
4. Parabens
Bahan pengawet yang biasa terdapat di dalam kosmetik, paraben mempunyai kesan sebagai pengganggu hormon dan bahan ini mudah diserap ke dalam kulit.
Beberapa tahun lepas, kajian pada tahun 2016 oleh Jurnal Kimia, mendedahkan pendedahan bahan BPA (salah satu jenis paraben) semasa mengandung telah dikaitkan dengan
Keguguran
Berat lahir rendah
Masalah berat badan berlebihan
Masalah pertumbuhan janin
Dan banyak lagi masalah lain.
Sebelum Ibu akhiri artikel ini, ini cara yang betul untuk mencuci muka supaya jerawat tidak timbul.
Cara mencuci muka yang betul untuk hilangkan jerawat!
Mencuci muka juga memerlukan ilmu yang betul supaya hasilnya memuaskan hati.
Kita kan nak kulit yang cantik dan bebas jerawat.
Langkah pertama dalam mencuci muka adalah seperti berikut.
1. Pilih pembersih muka yang betul.
Pembersih yang akan digunakan mestilah mencuci muka kita dengan lembut & tidak kasar.
Pastikan produk yang andkita a gunakan bebas daripada alkohol untuk mengelakkan kulit menjadi merah dan sensitif.
Dapatkan pandangan pakar kulit / dermatologi untuk mendapat kepastian tentang jenis kulit kita & pembersih terbaik yang sesuai.
2. Basahkan kulit muka kita dengan air suam.
Air sejuk akan menyebabkan liang roma kita mengecut & menutup liang-liang tersebut.
Penting semasa mencuci muka supaya liang roma di muka kita terbuka supaya kotoran, minyak, dan bakteria akan mengalir keluar dari kulit.
3. Sapukan pencuci muka ke wajah kita.
Teknik yang betul sangat penting semasa langkah no 3 ini.
Pastikan supaya kita hanya menggunakan hujung jari semasa mengenakan pembersih ke kulit muka.
Kulit jari kita yang lembut akan menghalang dari merengsakan kulit.
Jangan gosok kulit kita semasa mencuci muka. Ini juga akan merengsakan kulit muka. Hanya sapukan pembersih dan biarkan ia selama satu minit atau lebih.
4. Bilas pencuci muka dengan air suam.
Dengan menggunakan air suam, liang roma akan terbuka dan memudahkan kotoran dan bakteria mengalir keluar dari kulit kita.
Kesilapan yang biasa dilakukan semasa mencuci muka adalah menggunakan air sejuk yang akan menyebabkan liang roma mengecut dan menyebabkan kotoran sukar untuk dibersihkan.
5. Lap kulit anda kering dengan tuala bersih.
Jangan gosok muka dengan tuala kerana ini boleh menyebabkan kulit kita menjadi merah merengsa.
Hanya tekan lembut tuala ke kulit muka untuk mengeringkannya.
Menggosok tuala di muka kita akan menyebarkan bakteria dan kotoran ke seluruhan wajah kita, menyebabkan masalah jerawat yang lebih buruk.
Kesimpulan dalam cara menjaga wajah kita dari jerawat.
Kulit kita satu aset penting untuk dijaga rapi dari mudah, terutama sekali bagi wanita.
Ibu galakkan untuk kita amalkan ilmu yang ada ini dalam kehidupan seharian supaya wajah kita sentiasa jelita dan terjaga.
Lebih mudah untuk kita jaga dari awal, daripada memulihkannya di kemudian hari selepas wajah penuh jeragat.
Bagus tips yang ibu share. AS mengandung kali ni, kulit tak bermasalh sangat. Jerawat pun segan nak tumbuh. Mungkin sebab mengandung anak perempuan kot hihi
Terima kasih berkongsi. Baru tahu banyak rupanya jenis-jenis jerawat. Sekarang ni, saya kurang sudah kena jerawat. Tapi sekali kena jerawat, geram juga laa. Sekali kena, terus rasa nak picit.
Perempuan memang fobia dgn jerawat. Lelaki tak kisah sgt, tapi ada yg kisah. Saya masa muda remaja tu kalau naik jerawta, tensen gak. Dah tua ni taklah jerawat nak keluar hehehe
Cara menghilangkan jerawat di rumah dengan selamat & berkesan! Tak perlu rawatan kulit muka & skincare yang mahal mahal.
Masalah kulit berjerawat dihadapi oleh wanita dari usia remaja, sehinggalah semasa kita mengandung.
Jenis jenis jerawat & cara mengatasinya dengan rawatan kulit muka / skincare di rumah.
Terdapat beberapa jenis jerawat yang akan menjadikan kulit kita kurang cantik.
1. Jerawat Vulgaris
2. Jerawat Comedonal
3. Jerawat Hormon
4. Jerawat Inflamasi
5. Jerawat Cystic (Jerawat batu)
9 Cara nak hilangkan jerawat di rumah dengan mudah & selamat! Selain menggunakan skin care terbaik di farmasi, banyak lagi rawatan kulit muka yang kita boleh amalkan tanpa pergi ke klinik pakar kulit.
1. Jangan sentuh muka dengan tangan kita.
2. Makan secara sihat.
3. Dapatkan rehat yang cukup setiap hari
4. Bersenam lebih kerap
5. Banyakkan minum kosong.
6. Gunakan skincare yang sesuai dengan kulit kita
7. Gunakan pelindung matahari setiap hari
8. Gunakan kain tuala & pakaian bersih.
9. Kerap mandi.
Elakkan produk hilangkan parut jerawat mengandungi bahan di bawah! Skincare yang bagus untuk kulit tak ada bahan berbahaya ni.
1. Retinol
2.Benzoyl peroksida & asid salisilik
3. Hydroquinone
4. Parabens
Cara mencuci muka yang betul untuk hilangkan jerawat!
1. Pilih pembersih muka yang betul.
2. Basahkan kulit muka kita dengan air suam.
3. Sapukan pencuci muka ke wajah kita.
4. Bilas pencuci muka dengan air suam.
5. Lap kulit anda kering dengan tuala bersih.
Kesimpulan dalam cara menjaga wajah kita dari jerawat.
Ulasan
Tengok mana yang sesuai.
Selalu remaha saja yang ada masalah jerawat ni.
Seafood penyebab resdung dan gatal gatal muka sampai naik jerawat batu
Kulit pun terkesan dan menyebabkan jerawat
AS mengandung kali ni, kulit tak bermasalh sangat. Jerawat pun segan nak tumbuh.
Mungkin sebab mengandung anak perempuan kot hihi