Tempat menarik di Melaka 2023! Best jalan jalan sampai malam

Ini panduan tempat menarik di Melaka. Dari pantai yang bersih & cantik kepada tempat bersejarah. Semua ada
Tempat-menarik-di-melaka-min


Apa yang menarik di Melaka? Kecil kecil cili api. 
Itulah negeri MelakaDestinasi perlancongan unggul & best di Malaysia.

Nak tahu apa lebih menakjubkan? Di Malaysia, hanya 2 tempat diperakui oleh UNESCO sebagai bandar warisan dunia.

Melaka & Georgetown di Pulau pinang. Dengan sejarah melebihi 500 tahun. Hotel di Melaka pun banyak yang menarik. Booking awal atau pergi luar waktu puncak untuk harga murah. Kalau pergi dalam kumpulan besar, sewa jelah homestay. Memang tak ada masalah untuk bercuti di Melaka.



Tempat tempat menarik di Melaka waktu malam & siang! Rugi tak pergi. [Update 2023]

Mari kita mulakan dengan senarai terbaik tempat menarik Melaka untuk destinasi makan angin. 



Tempat mandi manda di Melaka yang cantik untuk berkelah!

Melaka ada banyak pantai yang bersih dengan permandangan matahari terbit & terbenam yang mengasyikkan. 

pantai di melaka

Di bawah ini Ibu senaraikan pantai terbaik di Melaka, sedia menerima kunjungan anda setiap masa.

1. Pantai Puteri Melaka, Tempat menarik untuk family day di melaka.


Apa yang menarik di Pantai Puteri? Biasanya kawasan yang ramai pelancong akan penuh dengan sampah. Pantang betul ramai pelancong, mesti banyak sampah

Tapi tidak di Pantai Puteri Melaka. 
Kawasan pantainya bersih & terjaga rapi.


Kerajaan negeri Melaka memang ambil inisiatif membersihkan pantai ini setiap hari.

Sampah di sapu & diangkut dengan teratur. 
Jadi datang sini memang sedap mata memandang. Cuma, memang tak boleh lawan pantai di langkawi.

Datanglah melancong. Boleh menginap di hotel melaka yang terletak di tepi pantai untuk menyaksikan keindahan matahari terbit & terbenam. Pastikan booking awal untuk dapat harga murah. Atau tinggal di homestay. 




Pantai seterusnya lebih mainstream. Dah ramai orang kenal, dan jalan memang sesak lah

Pantai apa tu?
_______________________

2. Pantai Klebang, Tempat makan menarik di Melaka!

Pantai ke 2 ini terletak tidak jauh dari pantai puteri. Kawasan ini telah ditambak beberapa tahun lepas & jadilah seperti sekarang

Antara tinggalan kerja menambak kawasan pantai yang masih boleh dilihat ialah di Klebang Desert 

Banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh buat di Klebang. Ibu kongsikan dalam link di bawah.
Bacaan menarik: Pantai Klebang Melaka! Senarai lengkap tempat menarik di klebang melaka.
Andai tuan puan nak menyewa di Bustel Klebang (Bus + Hotel), baik sewa homestay di pantai Klebang. 

Sebab bustel dah tak beroperasi dari tahun 2016. Wallahualam sebab apa. Macam mana nak tahu homestay paling bagus di sini? 
Baca review Ibu tentang 12 Homestay terbaik di Klebang.
Dah sampai pantai klebang, ada pilihan nak masuk tempat berbayar di bawah ni

Di Malaysia cuma ada 1 saja muzium macam ni


Tempat apa tu?
_______________________

3. Muzium Kapal Selam


Anak anak memang teruja dapat pergi muzium kapal selam yang di jaga rapi oleh PERZIMMaklumlah budak lelaki.

Lagipun, bukan senang nak dapat peluang nak naik kapal selam sebenarkan?


Alang alang dah ada di Melaka ni, jangan lepaskan peluang tau.


Nak tahu lebih lanjut, baca artikel di bawah.

Bacaan menarik: Muzium kapal selam Melaka! Satu satunya di Malaysia.


4. Pantai Pengkalan Balak, Tempat penginapan menarik di Melaka.


Kalau nak dibandingkan dengan Pantai puteri dan Klebang. Lokasi pantai pengkalan balak agak jauh ke pedalaman.


Perlu melalui jalan persisiran pantai baru tiba ke sini. Tapi, memang tak sia sia perjalanan jauh tu. Di sini kita dapat nikmati suasana di perkampungan nelayan di tepi pantai. 

Lihat lebih banyak gambar cantik tempat menarik di Pengkalan Balak Melaka.
Boleh baca dan lihat sendiri. Yang pasti chalet dan homestay di sana banyak yang lawa lawa. 

_______________________


Tempat percutian menarik di Melaka untuk melihat hidupan liar!

Kalau kita nak melihat sendiri haiwan liar di habitatnya, tak perlu pergi jauh. Melaka ada banyak tempat menarik untuk melihat mereka.

5. Taman Rama Rama Melaka (Reptilia pun ada)


Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ini mempunyai 20 spesies rama-rama yang cantik

Lokasinya strategik & mudah dicapai. 
Ibu secara peribadi dah sampai ke taman rama melaka ni

Memang cantik. 
Ada ibu ceritakan secara terperinci disini. 

Lihat lebih banyak gambar menarik di taman rama rama melaka.
Tempat jalan di melaka seterusnya penuh dengan haiwan dan di buka siang dan malam.

Apa tempat buka siang malam tu? Jawapannya ialah


_______________________


Tempat jalan di melaka seterusnya penuh dengan haiwan. Jawapannya sudah tentulah Zoo Melaka.

6. Zoo Melaka & Safari Malam.


Salah sebuah Zoo terbesar di Malaysia. Menempatkan banyak spesis binatang liar dan ada diantaranya di ancam kepupusan. 
Bacaan menarik: Zoo Melaka. Memang menarik! Boleh lawat siang dan malam
_______________________

7. Taman buaya Melaka.


Ada apa yang best di taman buaya? Kalau setakat nak tengok buaya bermalas malasan, baik pergi zoo kan.

Eh tak, sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang boleh kita lakukan di sini. Baca artikel di bawah untuk maklumat lengkap tentang kunjungan ke taman buaya.
Bacaan menarik: Taman Buaya Melaka! Apa yang menarik di sini?
_______________________

8. Taman burung Melaka.


Sesiapa yang meminati burung, memang tak boleh lepaskan peluang mengunjungi taman burung ini.


Tempat ini adalah antara taman unggas terbesar di asia. Ada banyak burung yang cantik dan "rare" untuk tatapan kita.


Dapat dengar suara kicauan burung yang merdu, mesti anak anak kita gembira tak terkata. Yang bagusnya dengan kebanyakan tempat percutian di melaka, fasiliti untuk kemudahan anak anak kecil disediakan. Memang mesra keluarga. Jadi, kalau bawa anak kecil, nak bancuh susu baby, nak basuh botol susu pun senang sebab kemudahan tu ada.

Bacaan menarik: Taman Burung Melaka! Banyaknya jenis burung yang cantik & berwarna warni.
_______________________

Taman Tema Menarik Di Melaka! 

Memang banyak taman tema untuk kita habiskan masa di Melaka. Di bawah ini Ibu senaraikan yang paling menarik.


9. Melaka Wonderland Theme Park, tempat mandi di melaka yang seronok dikunjungi!


Jika anak anak kita mahu bermandi manda di taman tema air, Ibu syorkan untuk datang ke mari.


Melaka Wonderland merupakan water theme park terbesar di Melaka. Dan ada banyak permainan yang boleh kita cuba sendiri di situ. 

Teruskan membaca review lengkap Ibu tentang pengalaman bercuti di Melaka Wonderland.
Kalau malas nak pergi Melaka Wonderland, cari saja resort yang ada taman tema air. Ada banyak di Melaka yang best best.

Kebanyakan resort di Melaka ada kemudahan water theme park sendiri. Jadi tak payah susah susah nak keluar memandu menempuh sesak semata mata nak mandu manda. 

Boleh baca sendiri 8 Resort di Melaka yang best untuk weekend retreat
_______________________

10. Rumah Terbalik Melaka.


Kalau anda suka tangkap gambar, jangan lupa singgah rumah aneh ini. 

Segala perhiasan dalaman dalam rumah ini telah di susun terbalik, umpama kita sedang berjalan di atas syiling rumah. 

Baca review tentang rumah terbalik Melaka di sini.
_______________________

11. The Pirate Adventure – Melaka Alive


Pada zaman dahulu, lanun lanun bebas berlayar di lautan dan samudera. Bermaharajalela dan menggentarkan hati para pelayar di lautan.


Walaupun zaman itu telah lama berlalu, rasai sendiri pengalaman tersebut di sini. Ibu telah menulis rujukan lengkap untuk rujukan bersama.

Bacaan menarik: Pirate Adventure Melaka. Tempat menarik untuk seisi keluarga!
_______________________

12. Bayou Lagoon Park Resort Melaka.


Jika anda merancang untuk berjalan jalan di Melaka sambil mandi manda, lebih mudah untuk menyelam sambil minum air.


Tempah saja penginapan yang menyediakan taman tema airnya sendiri. Bayou Lagoon memang terkenal di kalangan pelancong untuk membawa anak mandi manda semasa bercuti di Melaka.

Bacaan menarik: Bayou Lagoon Park Resort Melaka! Bercuti cara orang bijak.
_______________________

13. A Famosa Resort Melaka.


Melaka ada banyak juga pilihan resort 4 bintang + taman tema air dalam 1 lokasi. 


A Famosa Resort menepati ciri ciri ini dengan tambahan 1 lagi taman tema Safari Wonderland yang menempatkan haiwan liar. Baca review bergambar tentang resort ini di bawah.

Bacaan menarik: A Famosa Resort Melaka. Penginapan best untuk hari keluarga.
_______________________



Air terjun dan kolam best untuk mandi di Melaka.

Selain taman tema dan pantai, negeri Melaka juga kaya dengan keindahan alam semulajadi untuk mandi manda.

Air Terjun Asahan Melaka
Banyak tempat mandi manda best di Melaka. Air terjun, pantai, kolam air panas dan taman tema.

Di bawah ini Ibu senaraikan tempat mandi manda menarik di Melaka.

_______________________

14. Kolam air panas jasin.

Tempat ini memang best mandi waktu pagi, sebab airnya hangat dan menyegarkan. Mandi air panas kan. 

Jika anda ingin melihat gambar menarik, dan info berguna seperti harga tiket kolam ini. Baca artikel di bawah.
Bacaan menarik: Kolam air panas Jasin. Tempat mandi di Melaka.
_______________________

15. Air terjun Asahan, Gunung Ledang.

Ramai lagi yang tak tahu kewujudan air terjun ini di Melaka. Sebab, kalau di cari di google pun tak keluar.

Tempat ni memang best sebab tak ramai pengunjung. Permandangan pun lawa. Cuma sekiranya anda sedang berbadan dua, elakkanlah mengunjungi tempat macam ni buat sementara. Selain risiko batu yang licin, mudah tergelincir, baby dalam rahim tu pun wangi kan. Jadi, kalau dah ada tanda mengandung, pergi saja tempat lain.

Kami sekeluarga pernah mengunjungi air terjun lebih dari 2 kali. Kali terakhir kami datang ke mari, sudah agak banyak penerokaan dilakukan di kawasan persekitaran air terjun ini. Nak tahu cantik atau tidak air terjun ini? Baca artikel di bawah ini. Lengkap dengan peta dan gambar.
Bacaan menarik untuk mandi manda: Air Terjun Asahan Melaka.

Destinasi seterusnya sesuai untuk mereka yang suka bergambar. Dari suasana yang damai di air terjun Asahan, Kita kembali ke hutan batu.


_______________________

Masjid Bersejarah Di Melaka.

Masjid Kampung Hulu

Melaka telah menjadi tumpuan pedagang dari serata dunia di zaman kegemilangannya.

Tidak hairanlah, masjid masjidnya kaya dengan kesenian senibina yang di bawa bersama mereka.

Di bawah ini Ibu senaraikan masjid masjid tersebut.

16. Masjid Kampung Hulu.

Masjid ini di bina hampir di tebing Sungai, dan berada sangat hampir dengan Bandar Hilir.

Keunikan seni bina boleh di perhatikan pada rekaan menara azan, ruang solat, mimbar dan lain lain. Baca lebih lanjut di link yang di berikan.
Bacaan menarik: Masjid Kampung Hulu Melaka. Panduan lengkap dengan gambar & info sejarah.
_______________________

17. Masjid Kampung Kling.

Masjid ini juga telah berusia lebih daripada 500 tahun. Telah di bina pada tahun 1748 oleh pedagang muslim yang berlayar dari India.

Pihak berkuasa negeri Melaka telah mengisytiharkan masjid ini sebagai monumen bersejarah pada tahun 1999. Baca lebih lanjut review bergambar masjid ini di bawah.

Bacaan menarik: Masjid Kampung Kling. Senibina 4 bangsa berusia 500 tahun bertemu di sini.
_______________________

18. Masjid Selat Melaka.

Antara masjid yang di gemari oleh pelancong untuk singgah solat maghrib & kemudian sambung makin angin di malam hari. 
Bacaan menarik: Masjid Selat Melaka. Ini sebabnya ramai pelancong suka singgah ke sini!
Sebab lokasi masjid ini tidak jauh dari Bandar Hilir yang memang terkenal untuk makan angin. Nak pergi pasar malam Jonker street ataupun naik Menara Taming Sari untuk menikmati permandangan kota Melaka. 
_______________________

Tempat Membeli Belah Menarik Di Melaka! 

Ada beberapa lokasi best untuk membeli cenderahati di Melaka. Dari pasar malam hinggalah ke butik berjenama.

Freeport A’famosa Outlet Village tempat shopping melaka

Mesti ada yang sesuai dengan bajet kita. Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa.

19. Free Port Melaka.

Melaka Free port menempatkan kedai kedai terkemuka dari dalam dan luar negara. 

Sesuai untuk pelancong yang berkemampuan & bercitarasa tinggi.
Baca lebih lanjut: Melaka Freeport, tempat terbaik untuk shopping barangan berjenama.

_______________________



20. Jonker Walk / Street.

Kalau kita lebih suka berbelanja di lokasi yang lebih santai, jom singgah di Jonker Walk pada malam hari.

Ada pasar malam yang sangat terkenal di sini. Nak tahu apa yang best sangat dengan pasar malam Jonker street ni?
Bacaan menarik: Jonker Walk, Ini sebabnya ramai pelancong luar dan tempatan naik angau nak singgah sini!
_______________________

Permandangan Menarik Di Melaka!

Menara taming sari melaka

21. Menara Tamingsari.

Jika anda tertanya tanya, mana nak pergi di malam hari semasa bercuti di Melaka. Tak payah fikir lama.

Datang dan naik menara ini untuk permandangan malam bandar ini yang indah. Tak sama tau, apa yang kita lihat pada waktu malam.

Sama macam kita naik river cruise, waktu malam lagi best dari siang hari. 
Bacaan menarik: Menara Tamingsari! Ini sebab kenapa lebih berbaloi naik menara ini di malam hari.
_______________________

22. The Shore Sky Tower.

Apa tempat paling sesuai untuk lihat sunset? Mestilah tepi pantai kan. 

Memang betul tu. Tapi, kalau kita naik menara ini tak perlu pergi pantai pun kita dapat lihat permandangan matahari terbenam yang best.

Bacaan menarik: The Shore Melaka, tempat menarik untuk tangkap gambar!

_______________________


23. Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang.

Pantai ini memang cukup terkenal dengan pelbagai kedai makanan viral. Sampai jam jalan tau sebab ramainya orang nak beratur beli makanan.

Nampak macam tak logik, tapi itulah hakikatnya. Hehe. 
Selain itu, kawasan dataran ini ada kolam mandi percuma dan banyak peniaga.
Bacaan menarik: Dataran 1 Malaysia Klebang, Tempat best melaka untuk santai santai!
_______________________

24. Cruise di Sungai Melaka.

Bandar bandar di tamadun silam di seluruh dunia di bina berhampiran dengan sungai dan laut. Contohnya di Venice Itali. 

Melaka juga tidak terkecuali, Sungai Melaka menjadi jalan perhubungan penting untuk perdagangan.

Jangan lepaskan peluang berlayar & menjamu mata dengan permandangan yang indah di Sungai Melaka.

Banyak sisa tinggalan sejarah yang masih dapat kita perhatikan. Senibina bangunan lama dengan pengaruh budaya asing. Kamera jangan tinggal.
Bacaan menarik: Melaka river cruise! Ini sebabnya lagi best pergi di malam hari.
_______________________

25. Melaka Skytrex.

Tempat best di Melaka seterusnya bukan untuk mereka yang gayat & manja. Hehe. Ibu pun tak berani ke mari. Suka aktiviti lasak? 

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti ekstrem di kanopi hutan yang di sediakan untuk pengunjung Skytrex Melaka tempat menarik untuk mereka yang suka aktiviti lasak penuh cabaran.

Nak tahu berapa ekstrem? Baca artikel di bawah ni. Jangan gayat tau.
Bacaan menarik: Melaka Skytrex! Tempat mencabar lagi mendebarkan!
_______________________

Tempat Seni & Bersejarah Di Melaka Untuk Menghayati Tamadun Peradaban Melaka.

Kebanyakan tamadun lama di dunia terletak di tepi laut & sungai. Negeri Melaka memang bertuah kerana kaya dengan warisan sejarah dunia.

kota a farmosa tempat menarik melaka malam

Di bawah ini Ibu berikan beberapa tempat menarik yang menyimpan khazanah peradaban & keseniah negara kita. 



Tempat bersejarah di Melaka.

26. Kota A Famosa.

Kubu yang kelihatan usang ini terletak di tengah tengah Bandar Hilir. 
Bacaan menarik: Tempat menarik di Bandar Hilir Melaka!
Sangat sesak kalau ke sini di hujung minggu. Ibu sendiri pernah datang beberapa kali ke sini, tetapi pulang hampa kerana tak jumpa tempat letak kereta.

Baca lebih lanjut tentang kota ini di dalam entri di bawah. Ada banyak info menarik & gambar tentang kota ini.

Bacaan menarik: Kota A Famosa, apa yang seronok di sini?

Banyak lagi tempat bersejarah yang berbaloi di lawati.



Baca lebih lanjut tentang tempat no. 27 hingga no. 41 dengan klik link di bawah.


Daripada muzium sultan zaman silam, muzium tentera laut dan banyak lagi.

Teruskan membaca 15+ Tempat bersejarah Melaka seperti muzium dan monumen.
_______________________

42. ~ 71. Kedai makan sedap.

Tempat makan menarik di Melaka, Sedap sedap semuanya!

Tempat makan sedap di melaka

Sambil jalan jalan, mesti kita nak makan di kedai yang sedap kan? Tak perlu risau sebab Melaka cukup banyak tempat makan sedap yang viral.


Baca lebih lanjut tentang tempat no 42 hingga no 71 dengan klik link di bawah.


Daripada coconut shake, kuih keria, asam pedas & banyak lagi. Nak sarapan, lunch dan dinner memang sedap belaka! 

Teruskan membaca 30+ senarai kedai makan sedap di Melaka untuk menjamu selera.
_______________________

Homestay Melaka yang menarik! Nak tepi pantai? Ada swimming pool? Dekat dengan tempat best? Nak sewa banglo? Semua ada.

homestay di melaka yang ada swimming pool
Nak depan pintu rumah ada swimming pool? Beres, semua ada.


Jika kita dah penat berjalan jalan di sekitar Melaka, mesti nak balik berehat di tempat yang selesa kan?

Selain tinggal di hotel, apa kata kita tinggal di homestay. Di bawah ini ibu berikan contoh homestay yang pernah viral dulu.


72. Masbro Village Homestay.

Ibu ada tulis artikel khas tentang Masbro homestay yang unik ini. Satu perniagaan keluarga yang mendapat nama selepas viral di media sosial.

Homestay moden berbentuk segitiga yang di cat berwarna warni & di hadapannya pula ada kolam renang dengan air yang jernih kebiru biruan.

Memang cantik lah.

Nak tempah pastikan buat awal awal ya, sebab selalu penuh. Dan cuba elak waktu cuti sekolah. Banyak review kurang memuaskan semasa musim puncak. Ibu ada tulis entri khas mengenai Masbro village.
Bacaan menarik: Masbro village homestay Melaka. Review lengkap!
_______________________

73. ~ 122. Homestay di Melaka.


Klik link di bawah untuk tempat no 73 hingga no 122.

Homestay di Melaka ini memang banyak pilihan. Nak yang murah, yang mahal semua ada. 
Terpulang pada kita nak pilih yang mana. Memang berbaloi.

Bacaan menarik: Homestay Melaka. Pilih saja lokasi dan harga. Macam macam pilihan ada.
_______________________

Kesimpulan tentang tempat percutian menarik di Melaka.

Tamat sudah senarai panjang tempat yang menarik di melaka, negeri bersejarah ini. Pantang cuti, mesti penuh sesak dengan orang.

Semoga artikel ini telah membantu anda mengenalpasti
  1. Tempat best waktu siang.
  2. Lokasi menarik di malam hari.
  3. Kedai makan sedap.
  4. Tempat bersejarah.
  5. Pantai & tempat mandi manda.
  6. Tempat percuma & berbayar.

Terima kasih kerana baca perkongsian ini hingga habis. Semoga perjalanan kita di Melaka penuh dengan keriangan & kesyukuran.


Insyaallah. 
Jumpa lagi.
39 Ulasan

Ulasan

Mazni Azmi berkata…
Banyaknya tempat menarik untuk jalan jalan di Melaka

Ada yang percuma & ada pula kena bayar

Maznee suka lagi pergi tempat alam semulajadi macam air terjun dan tepi pantai

Dapat rehatkan minda

Mama Hakim berkata…
Ini yang rasa nak jalan jalan di Melaka lagi

Rasa macam dah pergi banyak tempat best

Rupa rupanya ada lagi yang belum pernah sampai

Terbaik lah review ibu zaid ni
emarieys berkata…
Pernah pergi Kapal Selam dan Zoo Melaka..yg lain-lain belum lagi
Ibu Syurga berkata…
Banyak lagi ema belum pergi

Cuti pun panjang lagi ni

Jom jalan ke Melaka
Ibu Syurga berkata…
Ibu sendiri pun ada yang tak sampai lagi

Orang Melaka ni

Lagipun tempat baru makin lama makin banyak buka kan

Perlahan lahan kita pergi satu satu

Nak pergi semua kena keluar belanja lagi kan

Yang penting kita isi masa berkualiti
Ibu Syurga berkata…
Nak jalan jalan tak perlu keluar belanja besar pun

Sewa homestay

Lepas tu bawa makanan dari rumah

Masak di home stay

Pergi tempat percuma yang tak perlu bayar macam pantai puteri dan air terjun asahan tu

Memang keluar belanja

Tapi masih mampu milik dan berbaloi

Insyaallah
Mama Hakim berkata…
Bukan main sibuk promote negeri sendiri ni mama

Hehe

ajumohit berkata…
banyak juga tempat menarik yang saya dah singgah di melaka, paling ingat beratur panjang di keria antarabangsa waktu mengandung dulu hihi
JMR berkata…
1 hingga 5 tempat tu dah pernah sampai..yg lain lain mungkin next visit hehe.. tap kami sefamili mmg suka Melaka.. - JMR23
Unknown berkata…
Tempat jalan menarik di Melaka Pak cik pun suka bawa keluarga ke sana terutama semasa cuti sekolah
mamapp berkata…
2 minggu lepas ingat nak beli coconut shake Klebang tapi cancel sebab ramai Sgt haha
Ibu Syurga berkata…
Semangat betul aju beratur ya

Agaknya baby dalam perut teringin makan tu

Jadi kenangan sampai bila bila kan
Ibu Syurga berkata…
Banyak lagi tempat jalan yang kami belum pergi

Tak habis sekali pusing

Selamat melancong ke melaka tuan jmr
Ibu Syurga berkata…
Pergi masa cuti sekolah jalan sesak kan tuan

Nak buat macam mana kan 😁

Sewa homestay saja di lokasi yang dekat
Ibu Syurga berkata…
Jalan di limbongan (kawasab coconut shake) tu boleh jadi sesak sebab orang ramai nak beli saja

Ibu pun tak sanggup
Sha Mohamed berkata…
Melaka memang banyak tempat menarik.. Jarak antara tempat pun tak jauh sangat.. Tapi tulah.. Kesesakkan tu kadang-kadang memenatkan.. hehehe..
Mazni Azmi berkata…
Tapi tak menghalang orang ramai dari terus melancong kan Sha.

Semut juga yang datang kerana gula
Unknown berkata…
Terbaiklah page ni. Nnti bleh lh jln2 sekitar melaka. Trima ksih.
Mama Hakim berkata…
Insyaallah hujung tahun ini akan melawat melaka lagi. Meamng tak puas bejalan jalan di melaka. Banyak tempat makan sedap dan lokasi menarik untuk di kunjungi
nurmisnan berkata…
Melaka memang tempat menarik utk dikujungi. kalau nak kesana kena spend 3 hari baru best. puas dan kenyang..

suka homestay village tu.. love deco and colours. bagus business ni..
sitirohaida berkata…
Baru beberapa tempat singgah bila bali Melaka. Semestinya kena terjah tempat² best ni. Walaupun negeri Melaka kecil, tapi banyak tempat best di Melaka kan..
yaya_flanella berkata…
Wah banyak rupanya tempat yang Yaya tak jejak lagi di Melaka walaupun kampung belah ayah kat Melaka tapi kami ni berjalan area Afamosa tu je. Thanks for sharing lepas ni boleh rujuk blog awak kalau nak jalan2 di Melaka hee
The Smell of Coffee berkata…
Wah best nya mmg complete info kat sini..thanks ks much! Really helpful and saya nak pegi pantai puteri tu sbb slalu pegi klebang je hehe
Rodiah Amir berkata…
Banyak kan lokasi menarik baik nak ber rekreasi di kawasan laut, air terjun atau pun nak enjoy pergi park macam zoo dan lain-lain. Kampung husband di melaka tapi jalan Melaka tak habis lagi. Next target nak pergi rumah terbalik tu.
Unknown berkata…
Melaka ni banyak tempat menarik, kena spend banyak hari kalau nak pergi ke semua tempat menarik di Melaka ni
Fadzi Razak berkata…
So far melaka antara negeri yang selalu pergi dan paling menarik nak lawat. Pergilah banyak kali pun, setiap kali mesti banyak benda baru jumpe
Rini Ismail berkata…
Selama ni jalan-jalan di Melaka tak pernah tau yang Melaka ada pantai. Selalu pergi tempat yang sama je. Lepasni boleh target pergi ke pantai Melaka pulakla
Zharif Azis berkata…
Banyak lagi rupanya tempt menarik di Melaka. Separuh drpd apa yg disenaraikan di atas dah pon pernah pergi. Lepas nie kalau pergi Melaka nak cuba lah dtg ke tempat2 menarik yg lain
AyuArjuna BiGoshh berkata…
Banyaknya tempat menarik di melaka. Kena rajin explore rupanya. Tak semetinya di bandar di kwwasan lain di melaka juga byk tempat yg blh kita lawati. Melaka ni biasanya saya suka food hunting
Ruby berkata…
39 pastu ke 89. Jauhnya nak sampai. Hahaha. Ruby kalau ke melaka, tak risau apa pun. Cuma sediakan hotel selesa dan kenderaan untuk travel. Sehari tu boleh belajar macam-macam di melaka. Makan jangan ceritalah. Semuanya sedap belaka. Tunggu nanti nak pi road trip. hahaha
Mama Hakim berkata…
No 39 ke 88 tu ada dalam artikel tu. Bahagian khas untuk homestay. Ruby boleh klik dan baca 😁
Wawa Ashihara berkata…
Wow bnyknya koleksi tmpt menarik kt mlka.. No wonder la melaka dh jd tmpt pelancong dtg sbb bndr bersejarah & mcm2 ada disana kan??
Em berkata…
I am planning a trip to Melaka either in Aug or Sept. Will keep this list as a reference. Thanks! Already visited some of these places of interest but there are many unexplored.
Rawlins GLAM berkata…
Wah! Nampaknya banyak lagi lokasi yang Rawlins tak sampai kat Melaka. Nampak gaya kena pergi la next time. Boleh ajak rerakan pergi melancong ke Melaka lagi la nampaknya kan.
Lia Hasty berkata…
Banyaknya Tempat menarik yng kongsi kt sini . Lama betul tk singgah Melaka. Suka suasana sana lagi warisan dan Unesco . Nk star pge ni untuk reference ke Melaka nanti .
Lia Hasty berkata…
Banyaknya Tempat menarik yng kongsi kt sini . Lama betul tk singgah Melaka. Suka suasana sana lagi warisan dan Unesco . Nk star pge ni untuk reference ke Melaka nanti .
Mek Onie berkata…
OMG! Akak terima kasih atas perkongsian artikel ini,esok dan lusa saya nak ke Melaka. Even dah pergi banyak kali pun, tapi tetap nak pergi. Bangga pergi tempat yang diiktiraf oleh UNESCO. Dan onie suka gila Melaka :D
Mawardi yunus berkata…
Pantai puteri tu x pernah sampai lagi tu. Next time boleh singgah kalau ke Melaka kan.
Jaja Zaleha berkata…
Best best melaka, boleh plan ni hehe