Susu kambing higoat untuk ibu mengandung! Berbaloi tau.


Sebelum ini Ibu ada kongsi tentang kelebihan minum susu utk ibu mengandung.

Dan

Ibu ada kongsikan perbezaan khasiat antara susu lembu & susu kambing.


Kali ini ibu nak kongsi tentang kebaikan susu kambing higoat.


susu kambing higoat baik untuk ibu mengandung


Susu kambing inilah yang Ibu minum dulu masa mengandung anak pertama.

Sampai balik kampung Melaka pun Ibu bawa juga

Bila ingat balik, dah 8 tahun lepas

Soalan paling penting untuk kita jawab

Sebelum nak cuba susu ni

Ialah



Apa itu susu kambing higoat & boleh ke ibu mengandung minum?

Susu kambing ni kan

Paling terkenal dengan baunya yang hamis

Jadi masa Ibu mengandung dulu, rasa was was juga nak minum susu higoat ni

Pantang minum susu hamis mesti keluar semula

Tapi suami Ibu dah belikan

Dan harganya memang sangat mahal bagi ibu pada masa tu.

Pujuk punya pujuk, Higoat ni kononya tak ada bau hamis & gula tambahan.

Itu yang buat hati Ibu cair juga nak cuba.

Maklumlah orang dah susah susah belikan, sebab Ibu risau nak minum susu ibu hamil lain.

Sebelum tu Ibu beli susu Anmum, manis yang Allah.

Terus tak habis minum risau kena diabetes semasa mengandung (GDM).

Dan masa tu

Susu Higoat adalah susu kambing organik bentuk tepung pertama yang keluar di pasaran dari kilang bumiputera.

Rasa yakin sikit nak minum.

Setau Ibu, sekarang ni Higoat dah tak organik lagi (Wallahualam, kena periksa dua kali kenyataan ni).

Sebab susu ini tak ada gula tambahan, memang betul masa hamil anak pertama dulu

Tak pernah kena kencing manis

Dan rasa badan tu tak sakit sakit

Maklumlah orang mengandung kalau cukup kalsium, kurang masalah sakit badan

Dan

Susu Higoat ni sama saja untuk semua kegunaan

Tak ada formula khas untuk ibu hamil

Kanak kanak dan orang dewasa pun minum saja

Bagus tu

Tapi kan


Sebagus mana pun produk tu

Kita mesti perhati betul betul perkara di bawah ni

Apakah ia?




Berapa harga susu kambing higoat?

Masa 8 tahun lepas

Susu ni ada dalam kotak yang berisi 15 satchet


bungkusan higoat di masa dulu
Ini rupa bungkusan lama susu higoat


Sekarang ni dah tak guna kotak lagi, pakai bungkusan plastik

Tapi isi masih 15 satchet

Harga terkini pada 1 Jan 2018 adalah seperti berikut
  1. Harga ahli: (SM) RM 31.70 | (SS) RM 34.45
  2. Harga Jualan: (SM) 38.80 | (SS) RM 43.04


Harga diatas sudah termasuk GST

Berat/isi kandungan: 15 paket

Apa kelebihan susu higoat untuk ibu mengandung?

Kalau diikutkan minum susu kambing yang terbaik, lebih baik daripada susu lembu.

Memang makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda & susu kambing banyak khasiat.

Ini kerana susu kambing tidak menyebabkan alahan & lebih mudah diserap badan kerana molekul lemaknya yang lebih kecil

Di bawah ini Ibu senaraikan lagi kelebihan minum susu kambing
  1. Bagus untuk kekuatan badan.
  2. Menambah tenaga badan
  3. Memulihkan sel – sel urat
  4. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan
  5. Merangsang tenaga batin
  6. Membersih dan mengingkatkan darah
  7. Mengembalikan dan membetulkan aliran darah beku
  8. Membersihkan lapisan darah dan darah adalah bersih
  9. Mengimbangi lemak dan mengaktifkan jantung
  10. Menghilangkan rasa kebas dan mengurangkan tekanan darah
Dan semestinya

Susu kambing segar lebih baik di minum daripada susu tepung

Cuma harga mahal sangat

Dan bekalan susah juga nak cari

Susu tepung pula tahan disimpan tanpa perlu di masukkan ke dalam peti sejuk.

Dan mudah di bawa ke mana mana

Jadi nak balik kampung ke, Macam Ibu balik melaka boleh angkut saja. Nak pergi berjalan jalan dan bercuti pun senang. (Baca senarai Homestay menarik di Melaka!)


susu kambing hi goat premium
Sekarang ni dah ada susu higoat premium

Katanya ada campuran kurma & madu

Dan harga susu kambing higoat premium lebih mahal


Kalau tanya Ibu lah

Ibu suka lagi makan kurma & madu asli

Sebab bila kita dah campur semua sekali dalam susu tepung, tambah air panas mesti dah ada khasiat yang rosak


Sebab tu Ibu suka blend susu kambing dengan buah kurma & madu

Nak kawal manis sendiri pun senang

Tapi


Itu pendapat Ibu lah

Wallahualam

Siapa yang buat susu kambing higoat ni?

Susu ini di buat dan di kilangkan oleh



HR MARKETING SENDIRIAN BERHAD

(376772-U)

(GST ID No. 000671670272)



Lot 808, Jalan Kampung Batin,

Mergong, 05710 Alor Star,

Kedah Darul Aman, Malaysia



Ada halal Malaysia dan syarikat ni pun dah 20 tahun di pasaran negara kita



Kesimpulannya


Andai kata puan sedang hamil dan risau kalsium tak cukup



Minum saja susu higoat ni tanpa was was



Ibu pula dah berhenti minum susu higoat ni dah 3 tahun



Sejak anak Ibu yang kedua lahir (Si Zaid), dan bayi pramatang



Zaid ada masalah kahak dan selalu kena sedut gas untuk kurangkan kahak dan lendir di saluran pernafasan



Sampai doktor kata zaid dah hampir kena asma



Ibu usaha beri susu ibu + susu formula + makanan kesihatan yang lain pada 



Susu formula dah cuba macam macam


Dari susu formula Friso, S26, Pediasure dan banyak lagi



Semua tak sesuai



Dan sebab susu higoat ni tak ada sebarang jaminan selamat untuk bayi berusia 1 tahun



Ibu pun cari alternatif lain


Dan hasilnya ibu di rekemen oleh seorang kakak di pejabat

Yang juga pernah menghadapi masalah yang sama sebelum ni

Tetapi sejak beri susu kambing wildan pada anaknya dan ditambah dengan minyak habbatus sauda

susu-kambing-wildan-ibu-mengandung
Susu kambing wildan


Alhamdulillah 

Sekarang ni, anak akan tu dah sihat

Kami pun cuba, walaupun harganya sangat mahal

Dan sebulan habis 10 kotak, untuk susu kambing wildan saja sebulan RM500++

Perubahan dah banyak berlaku

Bukan perubahan drastik, sikit sikit boleh nampak beza

Zaid dah kurang kahak, kalau demam dan selesema pun tak perlu nebulizer atau pakai aero chamber

Kami istiqamah pakai susu kambing wildan + minyak habatus sauda selama hampir 3 tahun dah

Alhamdulillah sejak pakai ni

Dah lama Allah tak uji kami kena jaga anak di hospital

Kalau tidak, dalam setahun adalah 2 ke 3 kali menunggu di hospital

Sampai habis cuti tahun, cuti tanpa gaji lagi

Jadi

Kalau rasa RM500 sebulan tu mahal untuk 10 kotak susu wildan

Berbanding dengan tak perlu risau dengan masalah kesihatan zaid

Dan tak perlu cuti selalu

Bagi kami dah sangat berbaloi

Siapa yang nak lihat video tentang kelebihan susu kambing, boleh klik video dibawah ni


Tapi tak apa, lain kali kami kongsi tentang susu kambing wildan pula secara terperinci

Insyaallah

Terima kasih singgah blog Ibu

25 Ulasan

Ulasan

Org yg rajin minum susu.. badan akan kelihatan sasa dan mantop.
Mama Hakim berkata…
Susu kambing ni sedap ke? Mama kurang sikit minum susu ni
Wani SK berkata…
huuu kita pun kurang sikit susu kambing ni.. tapi akui khasiat dia banyak jugak
CIK TOM berkata…
ciktom awl pregnant minum anmum..terus naik mendadak 4kg sebulan..kena marah dek nurse..pdhal dah kawal pemakanan..stop minum br normal naik berat..ciktom minum frisomum..alhamdulillah ok serasi..

ramai gak kwn suggest minum hi goat ni...tp ciktom tak smpt nak cuba...hihi
Ibu Syurga berkata…
Mantap sebab susu kan kaya protein dan kalsium, jadi jisim otot bertambah

Melainkan kita selalu minum susu penuh krim dan juga susu yang manis

Memang jadi lemak
Ibu Syurga berkata…
Rasanya masa mula mula saja susah mama hakim

Lagipun sekarang ni dah ada banyak pilihan

Kalau dulu nak minum susu kambing wajib fikir berkali kali

Bau hamis kan

Sekarang dah tak ada
Ibu Syurga berkata…
Betul tu Wani, sama macam sayur masa kecik kecik dulu

Kita pun tak suka makan sayur

Lama lama belajar makan

Sekarang ni kalau nak makan tak sah tak ada sayur
Ibu Syurga berkata…
Seram kan Cik Tom, hari tu masa mengandung anak no 1

Ibu minum juga anmum ni, manis tapi sebab nak khasiat untuk baby

teruskan minum juga

Sudahnya berat badan naik banyak macam cik tom

Doktor tak marah, tapi dia dah suruh minum air gula untuk cek bacaan

Dah seram

Alhamdulillah tak ada apa

Terus Ibu berhenti dan tukar minum susu kambing

Masa ni Ibu minum susu kambing higoat masa mengandung

Alhamdulillah

Tak ada masalah lagi lepas tu
Salam puan, salam perkenalan dari saya

Singgah blog walking

Susu memang bagus untuk kesihatan. Gigi dan tulang pun kuat
Sha Mohamed berkata…
Suka susu nie.. tak mengandung pun sha minum.. hehehe
mamapp berkata…
Bagus lah kalau rasanya x manis..
Ibu Syurga berkata…
Terima kasih singgah tuan

Sila singgah selalu
Ibu Syurga berkata…
Wah bagus tu sha, itu yang sel sel otak bergabung

Setahun dapat baca sampai 200++ buku

Laju benar
Ibu Syurga berkata…
Kalau minum cam tu saja memang tak manis mama pp

Melainkan tambah gula
Mazni Azmi berkata…
Susu kambing untuk ibu mengandung lebih baik dari susu lembu

Sebab susu lembu sebabkan alahan
Mazni Azmi berkata…
Benda yang elok selalunya susah nak mula

Tapi bagus untuk amalkan
Mazni Azmi berkata…
Nak bentuk tabiat positif memang perlukan kesungguhan
Mazni Azmi berkata…
Boleh jadikan panduan ni, kena pilih susu rendah gula
Mazni Azmi berkata…
Bagus tu selalu minum susu
Mazni Azmi berkata…
Betul tu, sekarang ni nak dapat kalsium ada banyak cara. Bukan setakat minum susu lembu saja

Nak susu kambing, susu biri biri. Susu unta pun ada

Cuma tak tahu mana paling bagus. Lagipun ibu mengandung kan kena jaga makan
Sha Mohamed berkata…
Hehehe.. Sebab susu kambing nie lagi sedap ibu.. Sha okay je jenama apa pun.. janji susu kambing dan tak berbau.. setakat nie hi-goat nie, wildan.. okay..
Unknown berkata…
Pakcik memang tak minum susu kambing sebelum ni

Tapi kalau baik

Apa salahnya untuk minum hari-hari
Unknown berkata…
Sis..untuk ibu hamil bile boleh start minum?ad org kate susu kmbing ni panas..
Mazni Azmi berkata…
Susu kambing dan madu orang kata panas, boleh saja kita ambil tapi jangan berlebihan.

Kalau ambil dengan betul dan sederhana semua makanan sihat.

Nak lebih yakin, dapatkan nasihat doktor semasa pemeriksaan ibu hamil.
Dah meningkat usia pun kena jaga makan sebab penyakit senang datang