Assalamualaikum, Kali ini ibu nak cerita pula tentang susu ibu mengandung Anmum Materna. Antara jenama popular di pasaran.
Susu ibu mengandung anmum materna adalah salah satu produk tenusu yang dihasilkan dan dibangunkan oleh kilang tenusu terkemuka di dunia, Fontterra New Zealand. Alah, biasalah. Kalau iklan susu kat tv tu selalu tunjuk lembu gemuk warna hitamputih sedang berlari lari manja diatas padang rumput hijau. Meragut rumput di bawah sinaran lampu minyak tanah. Eh, cahaya matahari. Sedangkan iklan tu buat di Kundasang Sabah je. Nak pergi tempat menarik di Malaysia banyak. Melaka & Sabah pun tak habis pusing lagi. Pantai yang cantik pun banyak.Balik kepada susu. Seperti yang ibu pernah kongsi dulu, susu ni ada banyak jenis. Sama ada susu kambing, lembu atau soya. Dan dalam kes susu Anmum Materna, susu lembu digunakan sebagai bahan asas anmum menggunakan susu dari ladang lembu tenusu di New Zealand. Cuma susu lembu ni bukan semua orang boleh minum. Kalau ada alahan, sakit perut. Ada masalah kurang toleransi laktosa. Sebut tentang New Zealand, industri perladangan di sana memang maju. Ladang lembu yang mengeluarkan produk anmum dah beroperasi bergenerasi lamanya. Dan untuk dapat kualiti susu yang tinggi, lembu mesti sihat cantik dan bebas dari pencemaran. Mungkin itu satu sebab kenapa susu produk anmum dikatakan mempunyai kualiti yang tinggi. Sebab bumi New Zealand masih dara dari diratah pencemaran dan sangat elok diminum oleh ibu mengandung di rumah.
Susu anmum materna mengandungi banyak kebaikan pasangan suami isteri yang sedang merancang kehamilan. Atau telah pun mengandung, kerana kaya dengan folat, kalsium, zat besi dan lain lain. Bila kita cukup khasiat, muka pun nampak berseri. Taklah pucat saja. Di bawah ini kita akan sama sama bincangkan dengan mendalam segala persoalan. Supaya di akhir artikel, semua jawapan sudah diperolehi. Sama sama kita mulakan.
Susu Anmum Materna untuk awal kehamilan. Pilihan ibu mengandung Malaysia!
Apa yang dimakan semasa trimester 1 atau di awal kehamilan sangat penting. Jika kita memang jenis suka makan, dan sejak hamil berusaha untuk mengamalkan diet sihat. Tetapi pernah banyak kali gagal. Teruskan mencuba, dengan ilmu pemakanan & kesungguhan pasti akan berjaya. Ini penting untuk memastikan kesihatan bayi yang yang akan dilahirkan nanti. Badan kita menggunakan nutrien dan tenaga yang dibekalkan oleh makanan yang di makan untuk
Bayi membesar sihat.
Ibu kekal sihat.
Nak pergi kerja & beriadah di taman semua perlukan tenaga. Diet yang sihat semasa mengandung akan membekalkan kebanyakan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Dan memberikan keseimbangan karbohidrat, lemak, dan protein yang diperlukan badan tanpa kalori berlebihan. Gula tambahan sering ada di dalam pelbagai produk makanan / minuman. Dan kita sering terlepas pandang nama lain gula dalam makanan yang diambil. Antara nama lain gula ialah:
Fruktosa
Glukosa
Maltodekstrin
Gula Putih
Dekstrosa
Pepejal Sirap Glukosa
Gula Perang
Pepejal Sirap Jagung
Maltosa
Penting untuk ibu hamil mengelakkan pengambilan gula tambahan. Ini kerana risiko kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan adalah seperti
Kenaikan berat badan berlebihan
Gula darah tinggi (Gestational Diabetis Mellitus aka GDM)
Tekanan darah tinggi (pre-eclampsia) sewaktu kehamilan.
Dan banyak lagi
Manakala kesan buruk untuk bayi pula adalah
Kelahiran pra-matang.
Berat lahir yang lebih tinggi.
Kanak-kanak membesar dengan kecenderungan untuk memakan makanan manis.
Meningkatkan risiko obesiti.
Gangguan kesihatan mental.
Kanak-kanak membesar dengan mengalami alahan asma.
Cuba mengambil makanan yang berkhasiat, rendah lemak dan gula. Ibu hamil boleh mendapat nutrisi penting di samping mengekalkan berat badan kehamilan yang sihat.
Boleh ke minum anmum materna untuk merancang kehamilan?
Jangan tunggu sehingga kita mengandung untuk mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat. Mulakan seawal mungkin, seeloknya dari kita merancang untuk hamil dengan melakukan perubahan diet sihat. Ini untuk memastikan bayi kita mendapat permulaan baik. Bagi lelaki dan wanita, makanan yang diambil seharian sangat mempengaruhi kesuburan. Diet yang seimbang & sihat akan meningkatkan peluang bayi yang dilahirkan sihat.
Amalkan pengambilan makanan sihat seperti hidangan
Dan makanan kaya kalsium seperti yogurt, keju, dan susu setiap hari.
Tidak mendapat nutrien yang mencukupi boleh menjejaskan kitaran haid wanita. Dan boleh menyebabkan sukar untuk diramal waktu subur (ovulasi) yang tepat berlaku. Wanita yang kurang berat badan atau obes mungkin sukar untuk mengalami ovulasi. Susu memang elok diminum setiap hari, apatah lagi semasa kita merancang untuk mengandung. Ibu sendiri suka minum susu lembu segar, dan susu tepung kambing organik. Tak kisahlah jenama apa pun. Susu kambing Higoat Ibu minum. Jenama Wildan pun ibu minum. Nak minum susu anmum materna untuk persiapan kehamilan pun boleh. Sebelum hamil lagi kita dah elok minum. Ibu syorkan baca dulu respon ibu ibu lain di media sosial dan di blog sebelum cuba. Dan pastikan review tu bukan review berbayar. Barulah telus dan tak berat sebelah. Kalau risau tak sesuai, baik tanya pendapat doktor dulu.
Berat Badan Ibu Ketika Mengandung & Perkembangan Bayi
Kenapa perlu pantau kenaikan berat badan semasa mengandung? Penting sangat ni. Paling mudah untuk mengelakkan kita terkena kencing manis semasa hamil (GDM). Pantang makan kena jaga. Banyak risiko & bahaya jangka masa pendek serta panjang yang akan melanda kalau kita ada GDM. Jadi penting untuk kita mengetahui berapa berat badan yang harus dicapai ketika hamil. Indeks Jisim Badan (BMI) sebelum hamil & selepas hamil perlu di catat oleh doktor untuk menilai tahap kesihatan kita. Ibu sendiri pernah disyaki menghidap kencing manis semasa hamil anak pertama. Masa tu minum susu anmum pada tahun 2011, manis sangat. Tapi sebab konon nak sihat, minumlah juga. Sudahnya berat badan naik banyak 2kg. Kena minum air gula. Syukur tak ada kencing manis. Tapi katanya sekarang ni formula susu anmum materna untuk ibu hamil baru dah kurang gula tambahan.
Anmum Materna untuk ibu mengandung dikatakan mempunyai kandungan rendah lemak dan tanpa gula tambahan. Tapi wallahualam lah kan. Sebab Ibu sendiri tak minum lagi formulasi baru ni.
Antara info menarik mengenai susu anmum materna ialah
Susu ini dikatakan sebagai jenama susu ibu mengandung no.1 berpandukan Retail Audit for Health Food Drinks Category untuk 12 bulan berakhir Julai 2016.
Kalau di lihat dari kempen pemasaran Fontera yang di lakukan, memang tak hairan lah kan. Di kaca tv sana sini keluar iklan susu ni. Fonterra ni syarikat yang sama keluarkan susu fernleaf untuk kanak kanak. Memang pakar bahagian susu untuk kegunaan seisi keluarga.
Harga Susu Anmum Materna Malaysia Perisa Coklat & Asli.
Info bagi susu Anmum Materna adalah seperti berikut:
Boleh didapati dalam pek yang mempunyai 7 sachet.
Mempunyai 2 perisa untuk pilihan ibu mengandung.
Berat bagi setiap sachet perisa asli adalah 36 gram & perisa coklat 42 gram.
Setiap pek bernilai RM 19.90.
Anmum Materna mempunyai bag-in-box 650 gram perisa asli dan coklat. Setiap kotak bernilai RM 42.00
Ibu ada buat satu entri khas mengenai harga susu jenama anmum di pasaran. Tak kiralah untuk ibu, ataupun untuk bayi. Insyaallah ada.
Mengandungi pengemulasi (Lesitin Soya) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.
Mengandungi bahan-bahan perisa yang dibenarkan. Semua bahan tambahan makanan adalah daripada sumber sintetik dan tumbuhan.
Sedapnya susu coklat Anmum Materna ni, tapi tak banyak gula ke? Risau pulak kena kencing manis masa hamil ni!
Memang mencabar semasa mengandung ni. Apa yang kita suka makan semua kena pantang.
Terutama sekali kalau kita suka makan manis. Sedap betul makan coklat kan.
Itu yang beli susu anmum perisa coklat ni.
Baca review susu coklat ini sampai habis, anda dijamin akan
Tahu kandungan gula dalam susu ini.
.
Faham cara yang betul untuk minum susu ini tanpa kesan sampingan.
.
Pandai cari sample susu anmum coklat percuma di internet & klinik.
.
Tanpa membuang masa, kita mulakan segera.
Apa kandungan susu ibu mengandung Anmum Materna?
Di bawah ini Ibu kongsikan perbandingan khasiat dalam Anmum jika dibandingkan dengan jenama lain di pasaran.
Sumber: Laman web Anmum
Secara umumnya, ada 9 khasiat yang menjadi perbandingan. Iaitu
GA+
DHA
Asid Folik
Prebiotik
Probiotik
Zat besi
Kalsium & vitamin D
Kandungan lemak yang rendah
Tiada gula tambahan
Dari perbandingan jadual di atas, hanya susu anmum materna mengandungi ke semua 9 khasiat.
Balik pada persoalan utama, susu anmum perisa coklat ni manis ke?
Sebenarnya baik & buruk sesuatu produk tu pucuk pangkalnya pada diri kita juga.
Ikuti 3 tips mudah ini untuk memastikan kita dapat kawal kandungan gula semasa hamil.
Sebelum mencuba sesuatu produk, dapatkan dulu pandangan doktor yang memantau kehamilan kita. . Doktor ini lebih tau keadaan kesihatan kita & boleh berikan nasihat yang khusus untuk kita. .
Pastikan kita tahu baca jadual nutrisi di belakang produk. Ilmu ini sangat penting untuk memastikan nutrisi harian kita mencukupi. . Lagi penting sekiranya kita memang dah ada sejarah kencing manis. .
Pastikan kita minum produk ini tidak melebihi sukatan yang dicadangkan dibelakang bungkusan produk. .
Contohnya, boleh lihat gambar di bawah ni.
Sumber: Laman web Anmum
Cara penyediaan anmum materna coklat.
Sediakan 1 gelas air suam sebanyak 200 ml. .
Tambahkan 5 sudu besar / makan serbuk susu tepung Anmum coklat. Air suam akan memudahkan susu larut sebati ke dalam air. . Pastikan juga kita tak gunakan air panas mendidih kerana suhu air yang tinggi ini akan merosakkan khasiat yang sensitif pada panas. .
Ibu hamil di sarankan mengambil saiz hidangan di atas sebanyak 2 kali setiap hari. .
Panduan di atas hanyalah cadangan saja.
Apa kelebihan minum susu coklat Anmum ni?
Susu formula ini sesuai di ambil oleh ibu mengandunganmum materna coklat. Formula khas ntuk wanita hami dan menyusu badan. .
Rasa susu coklat yang lazat pasti digemari, ditambah pula dengan kandungan asid folik yang sangat penting untuk ibu hamil. Dahlah banyak mineral dan vitamin yang penting. .
Semua khasiat ini sangat perlu untuk perkembangan bayi di dalam rahim ibu. .
Memenuhi keperluan kalsium yang penting untuk badan wanita hamil. .
Susu ini mempunyai kandungan lemak yang rendah.
Kaya DHA untuk perkembangan minda anak kita.
Cara dapatkan sample susu Anmum.
Kadang kadang, rasa dilema nak cuba sesuatu produk baru kan. Yalah, mana tau tak serasi. Sebab itu, syarikat susu kerap beri sample susu percuma. Mana nak dapatkan sampel susu anmum? Ibu ada tulis 4 cara mudah untuk dapat susu percuma dari Anmum.
Kebanyakan wanita yang dah berusia akan mengalami sakit sakit badan & berisiko mengalami osteoprosis.
Ini disebabkan semasa muda, mereka kurang mengambil berat tentang pengambilan sumber kalsium.
Apatah lagi semasa hamil, mineral ini memainkan peranan dalam pembentukan tulang janin dari makanan yang diambil ibunya.
Kegagalan mencukupkan keperluan kalsium harian dari diet akan menyebabkan janin mengambil kalsium dari tulang & gigi ibunya, lalu menyebabkan kerosakan gigi & kehilangan jisim tulang.
Ibu mengandung memerlukan kalsium setinggi 1000 mg / hari.
Di bawah ini Ibu kongsikan manfaat kalsium untuk wanita hamil.
Memelihara kesihatan tulang ibu.
Penting dalam pertumbuhan gigi dan tulang janin.
Terlibat dalam pembentukan tisu jantung, otot & sistem saraf.
Memainkan peranan dalam mengekalkan denyutan jantung yang sihat pada janin.
Sebenarnya ada banyak lagi khasiat kalsium, sebab itu kita wajib minum susu setiap hari tau.
2. Zat besi.
Selepas kita hamil dan menghadiri temunjanji dengan doktor, mesti doktor akan cek darah kita.
Sekiranya bacaan darah merah dalam badan kita kurang dari tahap normal, mesti doktor & nurse nurse semua bising.
Kenapa agaknya?
Bacaan darah merah ni sangat bergantung kepada zat besi yang kita ambil dalam diet harian.
Kita wajar mengambil makanan & minuman yang kaya mineral ini semasa merancang kehamilan lagi. Maklumlah, ada ibu hamil yang mengalami alahan mengandung yang teruk.
Cukup teruk, sampai terbaring je lesu kerana gangguan hormon. Sampai nak makan pun tak ada selera.
Paksa makan keluar semula.
Manfaat zat sangat banyak, antaranya ialah
Membantu peredaran oksigen ke seluruh badan.
Membuatkan badan kita terasa lebih cergas bermaya.
Memainkan peranan dalam pembentukan plasenta.
Apa jadi sekiranya kita Kekurangan zat besi semasa hamil?
Semasa mengandung, kita memerlukan lebih banyak sel darah merah kerana kini bukan saja perlu menjaga keperluan ibu, malah perkembangan janin dalam rahim.
Kekurangan zat besi yang kritikal menyebabkan anemia yang pastinya menjejaskan kesihatan anda & bayi.
3. Folat
Ibu hamil sangat memerlukan khasiat ini untuk kesihatan dirinya sendiri & anak yang di kandung.
Antara kepentingan zat ini semasa hamil adalah seperti berikut.
Menyokong pertumbuhan otak si manja.
Memainkan peranan dalam pembentukan tiub saraf bayi & saraf tunjang.
Mengurangkan risiko keguguran.
Membantu wanita hamil mengekalkan mood yang baik.
Mengurangkan risiko anak yang lahir nanti mengalami kecacatan.
Terlibat dalam penghasilan tisu badan.
Mengurangkan risiko kerosakan otak bayi.
Saintis telah melakukan banyak kajian tentang cara yang bagus untuk ibu hamil memperolehi folat yang mencukupi, dan telah mendapati meminum susu yang kaya kandungan folat mampu meningkatkan tahap folat dalam darah.
4. Asid Docosahexaenoic (DHA).
Ibu yakin, kita mesti pernah dengar tentang DHA. Terutama sekali kalau kita lihat iklan susu untuk kanak kanak.
Apa sebenarnya DHA ni?
Sebatian bernama DHA ni sebenarnya wujud dalam otak manusia. Jadi, kita perlukan bekalan DHA dari makanan yang kita ambil untuk kesihatan otak.
Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa khasiat DHA yang telah dibuktikan kajian sains moden.
Bagi wanita hamil, DHA memainkan peranan dalam pembangunan pesat sel sel otak untuk bayi.
Diet yang mengandungi DHA yang cukup boleh membantu otak kanak-kanak lebih mudah memahami apa yang dipelajarinya setiap hari.
Malah, selepas bersalin pun kita digalakkan mengambil makanan yang kaya sumber DHA kerana anak kita boleh memperolehinya dari susu ibu yang diberikan kepada mereka. Tiada susu terbaik untuk bayi melainkan susu ibu. Inilah juga sebabnya susu formula premium untuk kanak kanak seperti susu S26, enfagrow dan lain lain tinggi kandungan DHA. Susu ini semua dirumus khas untuk membantu tumbesaran minda anak anak.
5. Inulin.
Zaman sekarang ni ramai betul mengalami sembelit, lebih teruk lagi kanser usus.
Salah satu puncanya adalah tabiat makan yang tidak sihat.
Salah satu cara untuk mendapatkan usus yang sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang mengandungi prebiotik.
Wanita hamil sangat kerap mengalami sembelit, ini disebabkan makanan bergerak lebih perlahan di dalam usus kerana perubahan hormon yang berlaku semasa mengandung.
Inulin adalah sejenis prebiotik yang berfungsi untuk saluran pencernaan ibu lebih sihat semasa kehamilan.
Usus yang sihat akan memudahkan penyerapan zat yang telah dihadam.
Selain itu, inulin juga bermanfaat untuk
Menghalang sembelit.
Mempengaruhi badan kita mengawal metabolisme.
Memelihara usus kita dimasuki bakteria jahat.
Menambah baik sistem imun badan.
Kesimpulan.
Pemakanan yang seimbang sangat penting semasa hamil, kalau tak selera makan nanti hb turun. Berat pun tak naik. Bahaya tu.
Terlebih makan pula boleh jadi kencing manis.
Itu memang kita nak elakkan.
Sebab itu, apa yang paling penting ialah keseimbangan. Pengambilan susu semasa hamil dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi ini.
Memang banyak jenama dipasaran, sekiranya anda memilih Anmum Materna untuk diamalkan sepanjang 9 bulan mengandung, pastikan kita mengetahui cara pengambilan yang tepat.
Elakkan pengambilan yang melebihi sukatan dibenarkan supaya tiada kesan sampingan buruk yang berlaku.
Minum susu anmum pun boleh ada kesan sampingan? Baca panduan ini sampai habis untuk elakkan tersalah guna & dapat hasil terbaik!
Ibu mengandung macam kita ni memang wajib jaga kesihatan. Apatah lagi, nyawa anak dalam rahim terletak pada bahu kita. Apa yang kita makan & minum seharian sangat mempengaruhi kesihatan diri & anak yang akan dilahirkan nanti. Bukankah setiap dari kita ada tanggungjawab untuk dilaksanakan, seperti yang disebut dalam hadis.
"Sesungguhnya tubuhmu punya hak atas Dirimu."HR. Imam Muslim
Ikuti tips yang diberikan di bawah & anda pasti akan
Tahu cara menggunakan anmum materna dengan betul. .
Faham risiko yang akan diterima sekiranya menggunakan produk ini tanpa kawalan. .
Di akhir artikel Ibu kongsi cara dapat sample Anmum percuma. Bestkan! .
Tanpa membuang masa, kita pergi terus ke soalan paling penting. Iaitu,
Bagaimana cara mengelakkan kesan sampingan semasa menggunakan Anmum Materna?
Mula mula sekali, Ibu nak kita jelas. Produk ni bagus, dengan syarat kita gunakan dengan betul. Kalau diambil kiasan, tidur malam ni penting. Tapi kalau terlebih tidur, akan bawa mudarat. Kita akan kerap penat & kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Samalah macam kita minum susu anmum ni.
Sebelum mencuba.
1. Anmum Materna harus digunakan selepas mendapatkan pandangan daripada doktor.
Walaupun ada banyak testimoni mengatakan sesuatu produk tu bagus, tak bermakna ia akan sesuai untuk kita. Badan kita kan tak sama. Boleh jadi kita ada masalah kesihatan yang menyebabkan kesan pada kesihatan di kemudian hari. Contohnya, ibu mengandung yang mempunyai masalah alahan harus mengelakkan penggunaan Anmum Materna. Jika kita ada kencing manis semasa belum hamil lagi, perlu ambil tahu kandungan gula & kalori yang terkandung dalam susu ni.
Sebab tu pandangan doktor penting, mereka boleh berikan nasihat yang tepat.
2. Baca jadual nutrisi & label di belakang bungkusan produk Anmum Materna.
Kena ada ilmu sikit nak faham jadual ni, Ibu ada kongsikan sebelum ni dalam artikel susu pediasure. Boleh baca di bawah ni. Apa yang kita dapat selepas baca jadual ni?
Sekurang kurangnya kita sedar jumlah kalori & khasiat yang terkandung dalam segelas susu ini. Dari situ kita boleh anggarkan keperluan harian makanan yang perlu diambil untuk memenuhi hak diri sendiri & anak yang dikandung.
3. Susu Anmum Materna adalah untuk wanita hamil.
Jika kita tidak merancang untuk mengandung, dan belum juga hamil, lebih baik minum susu lain. Susu ini khas untuk orang yang merancang & sudah pun berbadan dua saja. Lagipun, harga susu anmum materna lebih mahal dari susu biasa. Kalori pun lebih tinggi. Wanita biasa minum memang tak sesuai. Nanti berat naik mendadak baru tau kan. Lepas tu nak shopping beli baju dah susah, saiz tak ada. Siapa yang rugi?
Semasa menggunakan.
4. Elakkan minum susu anmum lebih dari kuantiti yang di cadangkan di label.
Sebab itu, penting untuk kita baca label. Di atas label ada arahan penyediaan yang betul, bukan saja saja macam tu. Syarikat ni dah buat kajian tentang kuantiti yang sesuai diambil wanita hamil di Malaysia. Lagi satu, susu anmum Malaysia & luar negara mungkin mempunyai sukatan berbeza. Jadi tak boleh pukul rata je. Manalah tau anda pergi keluar negara & beli susu ni. Sukatan untuk orang barat tak sama untuk wanita asia yang bersaiz kecil. Menggunakan produk ini lebih daripada disyorkan dalam sehari boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk jangka pendek & panjang. Contohnya, pertambahan berat badan yang terlalu cepat & lebih teruk kencing manis semasa hamil. Nanti saiz bayi terlalu besar, tak boleh lahir secara normal. Terpaksa guna kaedah czer juga. Jadi, fikir masak masak ya. Mungkin anda suka sangat rasa susu anmum ni. Siapa tahu, kalau dah sedap dengan tekak. Siang malam minum pun tak jemu.
Cara penyimpanan.
5. Elakkan menyimpan susu ini di tempat bersuhu tinggi.
Produk ini mengandungi banyak khasiat yang diformulasikan khusus untuk ibu hamil. Kebanyakan zat ini sensitif dengan suhu tinggi. Kita ni tinggal di Malaysia yang cerah sepanjang tahun. Kalau tak kena gaya, datang musim kering mahu mencecah hampir 40 darjah celcius. Jadi, sebaiknya kita simpan susu ini di tempat yang kering & dingin. Tak perlu sampai masuk peti ais. Letak saja dalam matahari atau tempat yang kita yakin tak akan menerima sinaran matahari secara terus. Barulah kita yakin khasiatnya terpelihara & susu ni tahan lama. Tak rosak kerana suhu.
6. Elakkan terdedah kepada udara.
Susu ini mesti disimpan dalam bekas yang kedap udara untuk mengurangkan pendedahan kepada udara segar. Udara kita ni selain ada debu & habuk yang dicemari kuman, kaya juga dengan lembapan. Kedua dua faktor di atas boleh menyebabkan susu anmum kita rosak lebih awal dari tarikh luput yang tertera di atas kotak.
Tamat senarai.
Seperti yang dijanjikan,
Cara dapat sample anmum materna percuma?
Banyak kelebihannya kita minta sampel susu ni. Paling utama, jimat sebab dapat elakkan pembaziran. Daripada kita beli sekotak besar yang berharga puluhan ringgit, dan dibiarkan tersadai. Baik kita minta sampel kan. Ibu kongsikan 3 cara dapat sample free di bawah ni.
Walau bagus mana pun sesuatu makanan & minuman, kita harus bersederhana & faham cara pengambilan yang betul. Barulah anak dalam rahim kita membesar dengan sihat & ceria. Nak jumpa doktor pun rasa yakin macam nak terima anugerah pekerja cemerlang di pejabat. Anak kita dalam rahim tu pula sentiasa bangga dengan kehebatan ibunya yang menjadi heroin sepenuh masa & tak berbayar.
Ibu harap, artikel yang dikongsikan ini mendatangkan manfaat kepada anda semua. Seperti yang ibu tekankan sebelum ini, masa mengandung kita perlu banyak khasiat. Minumlah susu yang sesuai dengan diri sendiri. Ada yang sesuai minum susu segar, teruskan. Kalau lalu minum Anmum Materna ni silakan. Tapi kalau baru nak cuba, elok beli bekas kecil saja. Atau dapatkan sample. Kang dah beli tak lalu kan dah membazir. Sampai bertemu lagi di lain masa.
AS minum anmum masa anak first, berat naik melambung-lambung. Tapi sekarang Anmum dah keluarkan yang kurang gula. So mommies bole pilih yang kurang gula.
Sy baru bbrapa hari mnum susu anmum materna perut sy sngt skit n cirit birit...perut sy sngt xselsa n ssah buat kerja...susu apa yg paling ssuai klau mcm stuasi ni..
Assalammulaikum... masa ank pertama sy minum susu anmum materna ni mimang bgus skrng sya hamil anak ke dua alhamdulillah d awal ke hamilan sy skrang ni sy dh amal kn susu anmum materna ni.......
Btoi tu.. Dietetik di klinik pon ada bgtahu, susu ni mmg kandungan gula tinggi. Staf perubatan pob ada nasihat nk elak big baby & gdm jgn amal sgt susu anmum materna, mmg manis rasanya. Sy pernah minum sblum check urine trus dpt trace glucose dlm urine.
Sya pon baru start minum susu anmum. Alhamdulillah sesuai utk bby dlm kandungan saya. Kandungan sya baru nk masuk 2 bulan. Tiada alahan apa2. Sbb susu lain sya x leh minum. Kandungan sya pon sudah nmpak membesar sikit
Susu ibu mengandung anmum materna adalah salah satu produk tenusu yang dihasilkan dan dibangunkan oleh kilang tenusu terkemuka di dunia, Fontterra New Zealand.
Alah, biasalah. Kalau iklan susu kat tv tu selalu tunjuk lembu gemuk warna hitam putih sedang berlari lari manja diatas padang rumput hijau.
Meragut rumput di bawah sinaran lampu minyak tanah. Eh, cahaya matahari. Sedangkan iklan tu buat di Kundasang Sabah je.
Nak pergi tempat menarik di Malaysia banyak. Melaka & Sabah pun tak habis pusing lagi. Pantai yang cantik pun banyak.Balik kepada susu. Seperti yang ibu pernah kongsi dulu, susu ni ada banyak jenis. Sama ada susu kambing, lembu atau soya.
Dan dalam kes susu Anmum Materna, susu lembu digunakan sebagai bahan asas anmum menggunakan susu dari ladang lembu tenusu di New Zealand.
Cuma susu lembu ni bukan semua orang boleh minum. Kalau ada alahan, sakit perut. Ada masalah kurang toleransi laktosa.
Sebut tentang New Zealand, industri perladangan di sana memang maju. Ladang lembu yang mengeluarkan produk anmum dah beroperasi bergenerasi lamanya.
Dan untuk dapat kualiti susu yang tinggi, lembu mesti sihat cantik dan bebas dari pencemaran. Mungkin itu satu sebab kenapa susu produk anmum dikatakan mempunyai kualiti yang tinggi.
Sebab bumi New Zealand masih dara dari diratah pencemaran dan sangat elok diminum oleh ibu mengandung di rumah.
Susu anmum materna mengandungi banyak kebaikan pasangan suami isteri yang sedang merancang kehamilan.
Atau telah pun mengandung, kerana kaya dengan folat, kalsium, zat besi dan lain lain.
Bila kita cukup khasiat, muka pun nampak berseri. Taklah pucat saja. Di bawah ini kita akan sama sama bincangkan dengan mendalam segala persoalan. Supaya di akhir artikel, semua jawapan sudah diperolehi.
Sama sama kita mulakan.
Susu Anmum Materna untuk awal kehamilan. Pilihan ibu mengandung Malaysia!
Apa yang dimakan semasa trimester 1 atau di awal kehamilan sangat penting.
Jika kita memang jenis suka makan, dan sejak hamil berusaha untuk mengamalkan diet sihat.
Tetapi pernah banyak kali gagal.
Teruskan mencuba, dengan ilmu pemakanan & kesungguhan pasti akan berjaya.
Ini penting untuk memastikan kesihatan bayi yang yang akan dilahirkan nanti.
Badan kita menggunakan nutrien dan tenaga yang dibekalkan oleh makanan yang di makan untuk
Diet yang sihat semasa mengandung akan membekalkan kebanyakan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita.
Dan memberikan keseimbangan karbohidrat, lemak, dan protein yang diperlukan badan tanpa kalori berlebihan.
Gula tambahan sering ada di dalam pelbagai produk makanan / minuman.
Dan kita sering terlepas pandang nama lain gula dalam makanan yang diambil.
Antara nama lain gula ialah:
Ini kerana risiko kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan adalah seperti
Manakala kesan buruk untuk bayi pula adalah
Cuba mengambil makanan yang berkhasiat, rendah lemak dan gula.
Ibu hamil boleh mendapat nutrisi penting di samping mengekalkan berat badan kehamilan yang sihat.
Boleh ke minum anmum materna untuk merancang kehamilan?
Jangan tunggu sehingga kita mengandung untuk mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat.
Mulakan seawal mungkin, seeloknya dari kita merancang untuk hamil dengan melakukan perubahan diet sihat.
Ini untuk memastikan bayi kita mendapat permulaan baik.
Bagi lelaki dan wanita, makanan yang diambil seharian sangat mempengaruhi kesuburan.
Diet yang seimbang & sihat akan meningkatkan peluang bayi yang dilahirkan sihat.
Amalkan pengambilan makanan sihat seperti hidangan
Tidak mendapat nutrien yang mencukupi boleh menjejaskan kitaran haid wanita. Dan boleh menyebabkan sukar untuk diramal waktu subur (ovulasi) yang tepat berlaku.
Wanita yang kurang berat badan atau obes mungkin sukar untuk mengalami ovulasi.
Susu memang elok diminum setiap hari, apatah lagi semasa kita merancang untuk mengandung.
Ibu sendiri suka minum susu lembu segar, dan susu tepung kambing organik. Tak kisahlah jenama apa pun.
Susu kambing Higoat Ibu minum. Jenama Wildan pun ibu minum.
Nak minum susu anmum materna untuk persiapan kehamilan pun boleh. Sebelum hamil lagi kita dah elok minum.
Ibu syorkan baca dulu respon ibu ibu lain di media sosial dan di blog sebelum cuba. Dan pastikan review tu bukan review berbayar. Barulah telus dan tak berat sebelah.
Kalau risau tak sesuai, baik tanya pendapat doktor dulu.
Berat Badan Ibu Ketika Mengandung & Perkembangan Bayi
Penting sangat ni. Paling mudah untuk mengelakkan kita terkena kencing manis semasa hamil (GDM). Pantang makan kena jaga.
Banyak risiko & bahaya jangka masa pendek serta panjang yang akan melanda kalau kita ada GDM.
Jadi penting untuk kita mengetahui berapa berat badan yang harus dicapai ketika hamil. Indeks Jisim Badan (BMI) sebelum hamil & selepas hamil perlu di catat oleh doktor untuk menilai tahap kesihatan kita.
Ibu sendiri pernah disyaki menghidap kencing manis semasa hamil anak pertama.
Masa tu minum susu anmum pada tahun 2011, manis sangat. Tapi sebab konon nak sihat, minumlah juga.
Sudahnya berat badan naik banyak 2kg. Kena minum air gula. Syukur tak ada kencing manis.
Tapi katanya sekarang ni formula susu anmum materna untuk ibu hamil baru dah kurang gula tambahan.
Sebab Ibu sendiri tak minum lagi formulasi baru ni.
Kalau di lihat dari kempen pemasaran Fontera yang di lakukan, memang tak hairan lah kan. Di kaca tv sana sini keluar iklan susu ni. Fonterra ni syarikat yang sama keluarkan susu fernleaf untuk kanak kanak. Memang pakar bahagian susu untuk kegunaan seisi keluarga.
Harga Susu Anmum Materna Malaysia Perisa Coklat & Asli.
Bahan yang terdapat dalam susu Anmum Materna.
Dibawah ini Ibu senaraikan ramuan bahan mentah di dalam susu anmum.Baca review susu coklat ini sampai habis, anda dijamin akan
Apa kandungan susu ibu mengandung Anmum Materna?
Ikuti 3 tips mudah ini untuk memastikan kita dapat kawal kandungan gula semasa hamil.
.
Doktor ini lebih tau keadaan kesihatan kita & boleh berikan nasihat yang khusus untuk kita.
.
.
Lagi penting sekiranya kita memang dah ada sejarah kencing manis.
.
.
Cara penyediaan anmum materna coklat.
.
.
Pastikan juga kita tak gunakan air panas mendidih kerana suhu air yang tinggi ini akan merosakkan khasiat yang sensitif pada panas.
.
.
Panduan di atas hanyalah cadangan saja.
Apa kelebihan minum susu coklat Anmum ni?
.
.
.
.
Cara dapatkan sample susu Anmum.
Kadang kadang, rasa dilema nak cuba sesuatu produk baru kan.Yalah, mana tau tak serasi. Sebab itu, syarikat susu kerap beri sample susu percuma.
Mana nak dapatkan sampel susu anmum? Ibu ada tulis 4 cara mudah untuk dapat susu percuma dari Anmum.
Perbandingan susu anmum materna dengan jenama susu ibu mengandung yang lain
Memang banyak jenama susu ibu hamil, yang mana satu nak jadi pilihan kita?Di bawah ini Ibu buat bandingan dari segi kalori atau gula dalam susu.
1. Anmum materna vs frisomum
Bagi setiap serbuk 37.5g, ia memberikan 150 kalori.
Susu Anmum Materna perisa coklat. Saiz 1 hidangan / Sajian: 1 cawan, Kalori: 190, Lemak: 5g, Karbohidrat: 24g, Protein: 13g
Susu Anmum Materna perisa asli. Saiz 1 hidangan: 37.5 g, Kalori: 160, Lemak: 4.4g, Karbohidrat: 20g, Protein: 8.9g
PS: Saiz sajian diatas tak sama. Jadi tak boleh buat perbandingan langsung.
Pendapat ibu, masa nak beli susu tu semak jadual nutrisi dan bandingkan saiz hidangan yang sama.
Perbandingan Anmum materna vs Frisomum
Ibu pernah minum susu anmum saja masa hamil dulu, tak pernah minum frisomum.
Kalau nak cari mana yang serasi, boleh mintak sampel dari laman web.
Atau boleh juga minta sample dari klinik swasta yang membekalkan.
2. Enfamama Vs Anmum Materna.
Cara Membuat Susu Anmum Materna!
Air suam lebih baik kerana mudah larut. Kalau malas nak bancuh, boleh masuk dalam shaker.
Elak pakai air panas kerana nutrien dalam susu akan rosak kerana suhu tinggi.
Selepas membaca artikel ini, anda dijamin akan
Apa kandungan susu Anmum Materna & kenapa kita elok amalkan semasa hamil?
1. Kalsium.
2. Zat besi.
Apa jadi sekiranya kita Kekurangan zat besi semasa hamil?
3. Folat
4. Asid Docosahexaenoic (DHA).
Apa sebenarnya DHA ni?
5. Inulin.
Kesimpulan.
Ibu mengandung macam kita ni memang wajib jaga kesihatan. Apatah lagi, nyawa anak dalam rahim terletak pada bahu kita.
Apa yang kita makan & minum seharian sangat mempengaruhi kesihatan diri & anak yang akan dilahirkan nanti.
Bukankah setiap dari kita ada tanggungjawab untuk dilaksanakan, seperti yang disebut dalam hadis.
Ikuti tips yang diberikan di bawah & anda pasti akan
.
.
.
Tanpa membuang masa, kita pergi terus ke soalan paling penting.
Iaitu,
Bagaimana cara mengelakkan kesan sampingan semasa menggunakan Anmum Materna?
Mula mula sekali, Ibu nak kita jelas. Produk ni bagus, dengan syarat kita gunakan dengan betul.
Kalau diambil kiasan, tidur malam ni penting. Tapi kalau terlebih tidur, akan bawa mudarat. Kita akan kerap penat & kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
Samalah macam kita minum susu anmum ni.
Sebelum mencuba.
1. Anmum Materna harus digunakan selepas mendapatkan pandangan daripada doktor.
Walaupun ada banyak testimoni mengatakan sesuatu produk tu bagus, tak bermakna ia akan sesuai untuk kita.
Badan kita kan tak sama.
Boleh jadi kita ada masalah kesihatan yang menyebabkan kesan pada kesihatan di kemudian hari.
Contohnya, ibu mengandung yang mempunyai masalah alahan harus mengelakkan penggunaan Anmum Materna.
Jika kita ada kencing manis semasa belum hamil lagi, perlu ambil tahu kandungan gula & kalori yang terkandung dalam susu ni.
Sebab tu pandangan doktor penting, mereka boleh berikan nasihat yang tepat.
2. Baca jadual nutrisi & label di belakang bungkusan produk Anmum Materna.
Kena ada ilmu sikit nak faham jadual ni, Ibu ada kongsikan sebelum ni dalam artikel susu pediasure. Boleh baca di bawah ni.Apa yang kita dapat selepas baca jadual ni?
Sekurang kurangnya kita sedar jumlah kalori & khasiat yang terkandung dalam segelas susu ini.
Dari situ kita boleh anggarkan keperluan harian makanan yang perlu diambil untuk memenuhi hak diri sendiri & anak yang dikandung.
3. Susu Anmum Materna adalah untuk wanita hamil.
Jika kita tidak merancang untuk mengandung, dan belum juga hamil, lebih baik minum susu lain.
Susu ini khas untuk orang yang merancang & sudah pun berbadan dua saja.
Lagipun, harga susu anmum materna lebih mahal dari susu biasa. Kalori pun lebih tinggi.
Wanita biasa minum memang tak sesuai. Nanti berat naik mendadak baru tau kan.
Lepas tu nak shopping beli baju dah susah, saiz tak ada.
Siapa yang rugi?
Semasa menggunakan.
4. Elakkan minum susu anmum lebih dari kuantiti yang di cadangkan di label.
Sebab itu, penting untuk kita baca label.
Di atas label ada arahan penyediaan yang betul, bukan saja saja macam tu.
Syarikat ni dah buat kajian tentang kuantiti yang sesuai diambil wanita hamil di Malaysia.
Lagi satu, susu anmum Malaysia & luar negara mungkin mempunyai sukatan berbeza. Jadi tak boleh pukul rata je.
Manalah tau anda pergi keluar negara & beli susu ni. Sukatan untuk orang barat tak sama untuk wanita asia yang bersaiz kecil.
Menggunakan produk ini lebih daripada disyorkan dalam sehari boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk jangka pendek & panjang.
Contohnya, pertambahan berat badan yang terlalu cepat & lebih teruk kencing manis semasa hamil.
Nanti saiz bayi terlalu besar, tak boleh lahir secara normal. Terpaksa guna kaedah czer juga.
Jadi, fikir masak masak ya. Mungkin anda suka sangat rasa susu anmum ni. Siapa tahu, kalau dah sedap dengan tekak.
Siang malam minum pun tak jemu.
Cara penyimpanan.
5. Elakkan menyimpan susu ini di tempat bersuhu tinggi.
Produk ini mengandungi banyak khasiat yang diformulasikan khusus untuk ibu hamil.Kebanyakan zat ini sensitif dengan suhu tinggi.
Kita ni tinggal di Malaysia yang cerah sepanjang tahun. Kalau tak kena gaya, datang musim kering mahu mencecah hampir 40 darjah celcius.
Jadi, sebaiknya kita simpan susu ini di tempat yang kering & dingin.
Tak perlu sampai masuk peti ais.
Letak saja dalam matahari atau tempat yang kita yakin tak akan menerima sinaran matahari secara terus.
Barulah kita yakin khasiatnya terpelihara & susu ni tahan lama.
Tak rosak kerana suhu.
6. Elakkan terdedah kepada udara.
Susu ini mesti disimpan dalam bekas yang kedap udara untuk mengurangkan pendedahan kepada udara segar.Udara kita ni selain ada debu & habuk yang dicemari kuman, kaya juga dengan lembapan.
Kedua dua faktor di atas boleh menyebabkan susu anmum kita rosak lebih awal dari tarikh luput yang tertera di atas kotak.
Tamat senarai.
Seperti yang dijanjikan,Cara dapat sample anmum materna percuma?
Banyak kelebihannya kita minta sampel susu ni. Paling utama, jimat sebab dapat elakkan pembaziran.Daripada kita beli sekotak besar yang berharga puluhan ringgit, dan dibiarkan tersadai. Baik kita minta sampel kan.
Ibu kongsikan 3 cara dapat sample free di bawah ni.
Sampai juga kita ke hujung artikel.
Kesimpulan tentang Susu Anmum Materna.
Walau bagus mana pun sesuatu makanan & minuman, kita harus bersederhana & faham cara pengambilan yang betul.Barulah anak dalam rahim kita membesar dengan sihat & ceria.
Nak jumpa doktor pun rasa yakin macam nak terima anugerah pekerja cemerlang di pejabat.
Anak kita dalam rahim tu pula sentiasa bangga dengan kehebatan ibunya yang menjadi heroin sepenuh masa & tak berbayar.
Ibu harap, artikel yang dikongsikan ini mendatangkan manfaat kepada anda semua.
Seperti yang ibu tekankan sebelum ini, masa mengandung kita perlu banyak khasiat.
Minumlah susu yang sesuai dengan diri sendiri.
Ada yang sesuai minum susu segar, teruskan. Kalau lalu minum Anmum Materna ni silakan.
Tapi kalau baru nak cuba, elok beli bekas kecil saja. Atau dapatkan sample.
Kang dah beli tak lalu kan dah membazir.
Sampai bertemu lagi di lain masa.
تعليقات
Masa tu maznee cek di internet ramai mak mak mengandung lain yang ada masalah sama. Terus berhenti minum.
Dalam peti ais di rumah tu sentiasa ada je susu segar.
Sekarang ni anak anak mama yang pergi sekolah, bekalnya susu segar.
Jadi tak hairanlah masa mengandung dulu mama minum susu juga. Cuma susu anmum materna ni tak pasti bagus atau tidak untuk ibu hamil.
Mama lebih prefer minum susu segar dan makan suplemen.
Lagipun kawan kawan cakap susu anmum ni manis. Entahlah sebab tak pernah rasa nak cuba.
Betul ke tak ada gula tambahan?
Kalau dulu ada gula tambahan tetap jadi susu ibu mengandung no 1 di pasaran kan? Kena hati hati bila nak beli produk.
Kempen pemasaran bukan telus pun. Kita sebagai pengguna mesti bijak
Happy weekend Ibu Syurga.
Mungkin puan ada alahan laktosa. Sebab tu minum susu anmum materna pun cirit birit.
Jenama macam higoat, lazz dan wildan memang ramai kata bagus. Ibu pun pernah minum masa hamil. Tapi, badan kita lain lain kan.
Apa yang sesuai untuk Ibu mungkin tak serasi untuk puan.kena cuba cari sampai jumpa.
Kalau ikutkan dari rancang mengandung kita dah boleh minum. Cuma pastikan kita jaga diet sebaiknya.
Kurangkan gula, walaupun susu ibu mengandung anmum ni bagus, terlebih sukatan pun x elok 🤣